Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 5

Fungsi Lembaga

Lembaga hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menetapkan kelayakan yang dikehendaki bagi kemasukan mana-mana orang menjalani artikel dengan tujuan dia diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara;

(b)

untuk mengadakan kursus pengajaran bagi, dan untuk mengawal selia latihan dan pengajaran bagi, kerani berartikel;

(c)

untuk mengadakan peperiksaan bagi kerani berartikel yang hendak menjadi orang berkelayakan;

 CATATAN—lihat subseksyen 4(2) –

(4)

Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2006 [Akta A1269].

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

(d)

untuk memutuskan kelayakan, jika ada, selain kelayakan yang ditetapkan dalam perenggan (a) dan (b) bagi takrif

“orang berkelayakan” dalam seksyen 3, yang boleh mengehakkan seseorang menjadi orang berkelayakan bagi maksud Akta ini;

(e)

untuk mengadakan kursus pengajaran bagi, dan peperiksaan bagi, orang yang kelayakannya tidak cukup untuk menjadikan mereka itu orang berkelayakan bagi maksud Akta ini kecuali selepas menjalani kursus dan lulus peperiksaan;

(f)

untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan dan penjalanan Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia.

Kuasa am Lembaga dan kuasa membuat kaedah-kaedah