Malaysia legislation

Section 64

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 64

Mesyuarat agung tahunan

(2)

Majlis Peguam hendaklah menyebabkan supaya disediakan dan dikemukakan kepada mesyuarat agung tahunan—

(a)

suatu laporan mengenai aktiviti Badan Peguam Malaysia sepanjang tempoh jawatannya; dan

(b)

akaun yang betul, yang telah diaudit dengan sewajarnya, bagi semua wang, harta dan aset Badan Peguam Malaysia bagi dua belas bulan yang berakhir pada 31 Disember sebelum sahaja mesyuarat agung tahunan itu.

(3)

Notis mengenai suatu mesyuarat agung tahunan Badan Peguam

Malaysia hendaklah dihantar kepada ahli-ahli, mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Majlis Peguam, tidak kurang daripada empat belas hari sebelum tarikh mesyuarat itu:

Dengan syarat bahawa tempoh tidak kurang daripada empat belas hari itu tidak terpakai dalam hal suatu mesyuarat agung tahunan yang ditangguhkan menurut subseksyen (5).

86 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

(4)

Kuorum bagi suatu mesyuarat agung tahunan ialah lima ratus orang ahli Badan Peguam Malaysia; dan tiada urusan boleh dijalankan dalam mana-mana mesyuarat agung tahunan melainkan jika ada cukup kuorum apabila mesyuarat itu bertindak menjalankan urusannya.

(5)

Jika kuorum yang disebut dalam subseksyen (4) tidak ada dalam masa satu jam dari masa yang ditetapkan bagi mengadakan mesyuarat itu, mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan ke hari yang berikutnya pada masa dan di tempat yang sama melainkan jika ahli-ahli diberitahu selainnya oleh Majlis Peguam dalam notis yang memanggil mesyuarat yang asal; dan jika pada mesyuarat agung tahunan yang ditangguhkan itu tidak ada cukup kuorum dalam masa satu jam dari masa yang ditetapkan untuk mengadakan mesyuarat yang ditangguhkan itu, ahli yang hadir hendaklah membentuk suatu kuorum.

(6)

Jika mana-mana ahli berhasrat untuk mencadangkan apa-apa usul untuk dipertimbangkan dalam mesyuarat agung tahunan yang dipanggil di bawah seksyen ini, dia hendaklah, tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh yang mula-mula ditetapkan untuk mengadakan mesyuarat itu, menyampaikan notis usul itu secara bertulis kepada Setiausaha Badan Peguam Malaysia.

Mesyuarat Agung Luar Biasa

Section 64 — AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976 | mylaw.my