Malaysia legislation
Section 68
Seksyen 68
Gabungan Badan Peguam — Jawatankuasa Peguam Negeri
(2)
Bagi maksud Bahagian ini, seseorang ahli Badan Peguam
Negeri disifatkan sebagai menjalankan amalan di suatu Negeri jika dia biasanya menjalankan amalan di Negeri itu. Pendapat Jawatankuasa
Peguam Negeri ialah keterangan prima facie bahawa ahli itu biasanya menjalankan amalan di Negeri itu.
(3)
Seseorang ahli boleh biasanya menjalankan amalan di lebih daripada satu Negeri dan semua ahli yang menjalankan amalan dalam
Wilayah Persekutuan boleh disifatkan sebagai ahli Badan Peguam
Selangor.
(4)
Ahli yang menjalankan amalan di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur hendaklah berhak menubuhkan badan peguam yang berasingan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Badan Peguam Kuala Lumpur. Keputusan untuk mengadakan badan peguam yang berasingan hendaklah dibuat melalui undi majoriti ahli yang hadir dalam mesyuarat agung yang dipanggil bagi maksud ini.
(5)
Pada masa penubuhan Badan Peguam Kuala Lumpur mana-mana ahli yang telah membayar yuran tahunan bagi tahun kalendar itu kepada Jawatankuasa Peguam Negeri Selangor tidak dikehendaki membayar satu lagi yuran tahunan bagi tahun yang sama kepada
Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur.
(6)
Aset Badan Peguam Selangor, yang lazim dikenali sebagai
Badan Peguam Selangor dan Wilayah Persekutuan, hendaklah, apabila tertubuhnya Badan Peguam Kuala Lumpur, dibahagikan antara Badan
Peguam Selangor dengan Badan Peguam Kuala Lumpur menurut
Profesion Undang-Undang 89
kadar keahlian masing-masing dalam keahlian Badan Peguam gabungan terdahulu.
Gabungan ahli sebagai Badan Peguam Negeri