Malaysia legislation
Section 69
Seksyen 69
Gabungan mana-mana sepuluh orang ahli atau lebih dalam sebuah
Negeri atau gabungan mana-mana sepuluh orang ahli atau lebih dalam dua buah Negeri atau lebih bagi maksud Bahagian IV Ordinan hendaklah diiktiraf sebagai suatu Badan Peguam Negeri bagi maksud
Akta ini dengan syarat bahawa tidak kurang daripada sepuluh orang daripada ahli itu yang mewakili Badan Peguam Negeri itu telah menjalankan amalan dalam Negeri atau Negeri-Negeri yang berkaitan itu dalam sepanjang tempoh dua belas bulan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.