Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 6

(1)

Sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa lain yang diberikan oleh Akta ini Lembaga boleh membuat kaedah-kaedah dan melakukan segala perkara yang perlu dan bersampingan untuk melaksanakan tujuan Bahagian ini dan juga fungsi Lembaga.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), tetapi tertakluk kepada Bahagian ini, Lembaga khususnya boleh membuat kaedah-kaedah—

(a)

bagi mengawal selia mesyuarat dan penjalanan Lembaga;

(b)

bagi membolehkan kerani berartikel diambil dan diguna khidmat oleh prinsipal dan bagi kelakuan, kewajipan dan tanggungjawab pihak itu;

(c)

bagi mengawal selia cara kerani berartikel menjalani tempoh keartikelannya;

(d)

menentukan subjek yang kerani berartikel dikehendaki mahir di dalamnya;

(e)

bagi peperiksaan kerani berartikel dari semasa ke semasa;

Profesion Undang-Undang 21

(f)

bagi pengecualian kerani berartikel daripada kursus pengajaran atau peperiksaan;

(g)

bagi pelantikan pensyarah dan pemeriksa dan bagi pembayaran fi kepada mereka;

(h)

bagi pengurusan dan penjalanan, dan pengecualian kategori tertentu orang berkelayakan dan kerani berartikel daripada,

Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia;

(i)

bagi menetapkan borang yang hendak digunakan dan fi yang hendak dibayar di bawah Bahagian ini.

(3)

(Dipotong oleh Akta A567).

Keahlian Lembaga