Malaysia legislation

Section 70

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 70

Mesyuarat agung tahunan Badan Peguam Negeri

(1A)

Jawatankuasa Badan Peguam Negeri hendaklah menyebabkan disediakan dan dibentangkan di mesyuarat agung tahunan—

(a)

suatu laporan tentang aktiviti Badan Peguam Negeri selama tempoh jawatannya; dan

(b)

akaun yang sempurna, yang telah diaudit dengan sewajarnya, bagi segala wang, harta dan aset Badan Peguam

Negeri bagi dua belas bulan yang berakhir pada 31

Disember sebelum sahaja mesyuarat agung tahunan itu.

(1B)

Notis mengenai suatu mesyuarat agung tahunan Badan

Peguam Negeri hendaklah dihantar kepada ahli-ahli Badan Peguam

Negeri itu, mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Jawatankuasa

90 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

Badan Peguam Negeri, tidak kurang daripada empat belas hari sebelum tarikh mesyuarat itu:

Dengan syarat bahawa tempoh tidak kurang daripada empat belas hari itu tidak terpakai dalam hal suatu mesyuarat agung tahunan yang ditangguhkan menurut subseksyen (2B).

(2)

Pada tiap-tiap mesyuarat agung tahunan,

Pengerusi

Jawatankuasa Badan Peguam Negeri hendaklah mempengerusikan mesyuarat dan sekiranya dia tidak hadir, ahli yang paling kanan yang hadir yang sanggup hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(2A)

Kuorum bagi suatu mesyuarat agung tahunan ialah lima peratus daripada jumlah bilangan ahli Badan Peguam Negeri setakat tarikh notis mesyuarat itu; dan tiada urusan boleh dijalankan dalam mana-mana mesyuarat agung tahunan melainkan jika ada cukup kuorum apabila mesyuarat itu bertindak menjalankan urusannya.

(2B)

Jika kuorum yang disebut dalam subseksyen (2A) tidak ada dalam masa satu jam dari masa yang ditetapkan untuk mengadakan mesyuarat itu, mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan ke hari yang berikutnya pada masa dan di tempat yang sama melainkan jika ahli-ahli diberitahu selainnya oleh Jawatankuasa Badan Peguam Negeri dalam notis yang memanggil mesyuarat yang asal; dan jika pada mesyuarat agung tahunan yang ditangguhkan itu tidak ada cukup kuorum dalam masa satu jam dari masa yang ditetapkan untuk mengadakan mesyuarat yang ditangguhkan itu, ahli yang hadir hendaklah membentuk suatu kuorum.

(2C)

Jika mana-mana ahli berhasrat untuk mencadangkan apa-apa usul untuk dipertimbangkan dalam mesyuarat agung tahunan yang dipanggil di bawah seksyen ini, dia hendaklah, tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh yang mula-mula ditetapkan untuk mengadakan mesyuarat itu, menyampaikan notis usul itu secara bertulis kepada Setiausaha Badan Peguam Negeri itu.

(3)

Pada tiap-tiap mesyuarat agung tahunan, tiap-tiap ahli yang hadir hendaklah mempunyai satu undi dan jika terdapat undi yang sama banyak, ahli yang mempengerusikan hendaklah mempunyai undi pemutus.

Profesion Undang-Undang 91

(4)

Mesyuarat itu hendaklah memilih daripada kalangan ahli Badan

Peguam Negeri itu seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada empat tetapi tidak lebih daripada sepuluh orang ahli untuk menjadi

Jawatankuasa Badan Peguam Negeri.

(5)

Pengerusi dan ahli jawatankuasa yang dipilih sedemikian hendaklah memegang jawatan sehingga tamatnya mesyuarat agung tahunan Badan Peguam Negeri itu yang akan datang.

(6)

Tiap-tiap Jawatankuasa Peguam Negeri hendaklah melantik seorang Setiausaha yang hendaklah seorang Ahli Badan Peguam

Negeri.

(7)

Selepas pemilihan ahli Jawatankuasa Badan Peguam Negeri mesyuarat itu hendaklah memilih seorang ahli Badan Peguam Negeri

(yang tidak semestinya anggota Jawatankuasa Badan Peguam Negeri)

untuk mewakili Badan Peguam Negeri dalam Majlis Peguam:

Dengan syarat bahawa jika Pengerusi Jawatankuasa Badan Peguam

Negeri yang dipilih menurut subseksyen (4) adalah juga Yang Dipertua atau Naib Yang Dipertua Badan Peguam Malaysia semasa, mesyuarat itu hendaklah memilih dua orang ahli dan bukannya seorang untuk mewakili Badan Peguam Negeri dalam Majlis Peguam.

(7A)

Jika kerana apa-apa sebab seseorang ahli yang dipilih di bawah subseksyen (4) atau (7) mengosongkan jawatan, Jawatankuasa Badan

Peguam Negeri hendaklah melantik seorang ahli lain Badan Peguam

Negeri itu untuk mengambil tempatnya dan ahli yang dilantik itu hendaklah memegang jawatan selama baki tempoh jawatan ahli yang digantikannya itu.

(8)

Pengerusi Jawatankuasa Badan Peguam Negeri hendaklah memberitahu Pendaftar dan Setiausaha Badan Peguam Malaysia tentang nama orang yang dipilih dan dilantik masing-masing sebagai

Pengerusi, ahli dan Setiausaha Jawatankuasa Badan Peguam Negeri itu dan nama orang yang dipilih sebagai wakil atau wakil-wakil Badan

Peguam Negeri itu dalam Majlis Peguam.

(9)

(Dipotong oleh Akta A1269).

92 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

Mesyuarat Agung Luar Biasa Badan Peguam Negeri

70A. (1) Tiap-tiap Jawatankuasa Peguam Negeri boleh memanggil suatu mesyuarat agung Badan Peguam Negeri selain mesyuarat agung tahunan pada bila-bila masa yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Jawatankuasa Peguam Negeri; dan mesyuarat itu hendaklah dikenali sebagai mesyuarat agung luar biasa.

(2)

Kuorum bagi suatu mesyuarat agung luar biasa yang dipanggil di bawah seksyen ini ialah lima peratus daripada jumlah bilangan ahli

Badan Peguam Negeri setakat tarikh notis yang memanggil mesyuarat itu; dan tiada urusan boleh dijalankan dalam mana-mana mesyuarat agung luar biasa melainkan jika ada cukup kuorum apabila mesyuarat itu bertindak menjalankan urusannya.

(3)

Mana-mana sepuluh orang ahli Badan Peguam Negeri atau dua peratus daripada bilangan ahli Badan Peguam Negeri mengikut mana-mana yang lebih besar boleh pada bila-bila masa meminta diadakan mesyuarat agung luar biasa melalui notis bertulis bagi maksud itu yang ditandatangani oleh mereka dan disampaikan kepada Pengerusi atau

Setiausaha Jawatankuasa Badan Peguam Negeri dan Jawatankuasa

Badan Peguam Negeri itu hendaklah memanggil suatu mesyuarat agung luar biasa untuk diadakan dalam masa tiga puluh hari selepas notis itu disampaikan.

(4)

Notis bertulis itu hendaklah menyatakan tujuan mesyuarat yang dicadangkan itu.

(5)

Jika Jawatankuasa Badan Peguam Negeri tidak dapat mengadakan mesyuarat agung luar biasa mengikut permintaan itu dalam masa tiga puluh hari selepas permintaan itu disampaikan, ahli yang meminta diadakan mesyuarat itu boleh memanggil mesyuarat agung luar biasa itu dalam masa enam puluh hari selepas permintaan itu disampaikan.

(6)

Mana-mana mesyuarat agung luar biasa yang dipanggil di bawah seksyen ini hendaklah dibubarkan jika tidak ada cukup kuorum

 CATATAN—lihat subseksyen 17(1) –

(2)

Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2006 [Akta A1269].

Profesion Undang-Undang 93

dalam masa satu jam dari masa yang ditetapkan untuk mengadakan mesyuarat.

(7)

Pada tiap-tiap mesyuarat agung luar biasa tiap-tiap ahli yang hadir mempunyai satu undi dan jika terdapat undi yang sama banyak,

Pengerusi mesyuarat itu mempunyai undi pemutus.

(8)

Jika mana-mana ahli Badan Peguam Negeri berhasrat untuk mencadangkan apa-apa usul untuk dipertimbangkan dalam mesyuarat agung luar biasa yang dipanggil di bawah seksyen ini, dia hendaklah, tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat itu, menyampaikan notis usul itu secara bertulis kepada Setiausaha Badan

Peguam Negeri.

Pemisahan gabungan Badan Peguam

Section 70 — AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976 | mylaw.my