Malaysia legislation

Section 71

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 71

(2)

Satu bulan selepas diluluskan ketetapan itu, gabungan Badan

Peguam itu hendaklah dipisahkan, dan ahli dalam setiap Negeri yang menubuhkan gabungan Badan Peguam itu hendaklah selepas itu menubuhkan suatu Badan Peguam Negeri yang berasingan.

(3)

Pengerusi mesyuarat yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah melaporkan kelulusan apa-apa ketetapan kepada Pendaftar dan kepada Majlis Peguam.

(4)

Jika bilangan ahli dalam satu daripada Negeri yang menubuhkan suatu gabungan Badan Peguam tidak lebih daripada sepuluh, ahli Badan Peguam bagi Negeri itu boleh memisahkan diri mereka daripada ahli Badan Peguam bagi Negeri yang satu lagi itu jika—

94 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

(a)

bilangan ahli dalam Negeri yang satu lagi itu lebih daripada sepuluh; dan

(b)

ahli Badan Peguam bagi Negeri yang pertama disebut itu telah mendapat suatu Negeri lain yang ahli Badan

Peguamnya telah menyatakan kemahuan mereka dengan undi lebih suara ahlinya dalam suatu mesyuarat agung untuk bergabung dengan ahli Badan Peguam bagi Negeri yang pertama disebut itu.

(c)

(Dipotong oleh Akta A567).

(5)

Subseksyen (2) dan (3) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi pemisahan sesuatu gabungan Badan Peguam yang dilakukan menurut subseksyen (4).

(6)

Jika pemisahan berlaku menurut seksyen ini, aset Badan

Peguam gabungan terdahulu hendaklah dibahagikan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 68(6) mutatis mutandis.

Mesyuarat Jawatankuasa Badan Peguam Negeri

Section 71 — AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976 | mylaw.my