Malaysia legislation
Section 73
Seksyen 73
Setiap Jawatankuasa Badan Peguam Negeri mempunyai kuasa yang berikut:
(i)
untuk melevi yuran daripada ahlinya dalam mana-mana satu tahun amaun tidak melebihi satu ratus ringgit daripada setiap ahli melainkan jika telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Badan Peguam Negeri dalam mesyuarat agung tahunannya bahawa yuran itu hendaklah lebih daripada satu ratus ringgit; dan yuran hendaklah dibayar pada setiap tahun kepada
Jawatankuasa Badan Peguam Negeri yang berkenaan oleh setiap peguam bela dan peguam cara pada atau sebelum 30 Jun;
(ii)
untuk memajukan dan menjaga kepentingan peguam bela dan peguam cara yang menjadi ahli Badan Peguam
Negeri;
(iii)
untuk membuat rayuan yang sesuai kepada Badan
Peguam Malaysia berkenaan dengan perkara mengenai
Badan Peguam Negeri;
(iv)
untuk melayani dan menguruskan perkara yang dari semasa ke semasa dirujuk kepadanya sama ada secara am atau secara tertentu oleh Majlis Peguam atau Badan
Peguam Negeri dalam mesyuarat agung;
(v)
untuk mengadakan kemudahan bagi dan secara am untuk memajukan kebajikan ahli Badan Peguam Negeri;
(vi)
untuk menyiasat dan mengambil tindakan atas apa-apa aduan mengenai kelakuan seseorang peguam bela dan peguam cara atas sifat profesionalnya atau mengenai kelakuan mana-mana pelatih atau kerani berartikel di bawah