Malaysia legislation

Section 78

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 78

(a)

yang memperuntukkan pembukaan dan penyimpanan akaun di bank oleh peguam bela dan peguam cara bagi wang klien;

(b)

yang memperuntukkan penyimpanan oleh peguam bela dan peguam cara akaun yang mengandungi butir-butir dan maklumat tentang wang yang diterima, dipegang atau dibayar oleh mereka untuk atau bagi pihak klien mereka;

dan

(c)

yang memberi kuasa kepada Majlis Peguam untuk mengambil tindakan yang perlu untuk membolehkan ia menentukan sama ada kaedah-kaedah itu dipatuhi atau tidak.

(2)

Majlis Peguam hendaklah juga membuat kaedah-kaedah—

(a)

yang memperuntukkan pembukaan dan penyimpanan oleh tiap-tiap peguam bela dan peguam cara yang menjadi seorang pemegang amanah tunggal, atau yang menjadi pemegang amanah bersama dengan seorang atau lebih pekongsi, kerani atau pekhidmatnya akan sesuatu akaun di sesuatu bank bagi wang apa-apa amanah yang baginya dia ialah pemegang amanah tunggal atau pemegang amanah bersama;

Profesion Undang-Undang 99

(b)

yang memperuntukkan pembukaan oleh tiap-tiap peguam bela dan peguam cara itu akaun yang mengandungi butir-butir dan maklumat tentang wang yang diterima, dipegang atau dibayar olehnya untuk atau bagi pihak apa-apa amanah itu; dan

(c)

yang memberi kuasa kepada Majlis Peguam untuk mengambil apa-apa tindakan yang perlu untuk membolehkan ia menentukan sama ada kaedah-kaedah itu dipatuhi atau tidak.

(3)

(a)

Kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah membuat peruntukan bagi menghendaki seseorang peguam bela dan peguam cara, dalam apa-apa hal yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah itu, sama ada—

(i)

menyimpan secara deposit dalam suatu akaun berasingan dalam suatu bank bagi faedah wang klien yang diterima untuk atau bagi pihak seseorang klien jika klien itu meminta sedemikian; atau

(ii)

membayar kepada klien dengan wangnya sendiri sejumlah yang sama banyaknya dengan bunga yang mungkin telah terakru jika wang yang diterima sedemikian telah disimpan secara deposit.

(b)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh mana-mana kaedah yang dibuat menurut seksyen ini, seseorang peguam bela dan peguam cara tidak bertanggungan oleh sebab perhubungan antara peguam bela dan peguam cara dengan klien memperakaunkan kepada mana-mana klien bunga yang diterima olehnya bagi wang yang dideposit di sesuatu bank iaitu wang yang diterima atau dipegang untuk atau bagi pihak kliennya pada amnya.

(c)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini, atau dalam mana-mana kaedah yang dibuat menurut seksyen ini, boleh—

(i)

menyentuh apa-apa perkiraan secara bertulis, bila-bila jua dibuat, antara seseorang peguam bela dan peguam cara

100 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

dengan kliennya tentang penggunaan wang klien itu atau bunganya;

(ii)

terpakai bagi wang yang diterima oleh seseorang peguam bela dan peguam cara iaitu wang yang tertakluk kepada suatu amanah yang dia ialah pemegang amanahnya.

(4)

Apa-apa kaedah yang dibuat menurut seksyen ini tidak boleh mula berkuat kuasa sehingga ia telah disiarkan dalam Warta.

(5)

Prosiding tatatertib boleh diambil terhadap mana-mana peguam bela dan peguam cara yang tidak mematuhi mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini.

(6)

Dalam seksyen ini, perkataan “amanah” dan “pemegang amanah” meliputi amanah yang tersirat dan amanah konstruktif dan meliputi kes yang pemegang amanah mempunyai kepentingan benefisial atas harta amanah itu dan meliputi kewajipan yang bersampingan dengan jawatan seseorang wakil diri, dan “pemegang amanah” jika konteks ayatnya membenarkan, termasuklah seorang wakil diri.

Kuasa membuat kaedah-kaedah mengenai tanggung rugi profesional

Section 78 — AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976 | mylaw.my