Malaysia legislation

Section 78A

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 78A

Majlis Peguam boleh membuat kaedah-kaedah—

(a)

memberi Majlis Peguam kuasa untuk mengambil dan menyenggara insurans atas nama Badan Peguam Malaysia dengan mana-mana orang yang dibenarkan oleh undang-undang untuk menjalankan perniagaan insurans liabiliti profesional atau perniagaan insurans kerugian wang dan meliputi tiap-tiap peguam bela dan peguam cara yang menjalankan amalan;

Profesion Undang-Undang 101

(b)

memberi Majlis Peguam kuasa untuk menubuhkan dan menyenggara suatu kumpulan wang bagi maksud yang tersebut terdahulu; atau

(c)

menghendaki peguam bela dan peguam cara mengambil dan menyenggara insurans.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh—

(a)

menentukan terma dan syarat yang berdasarkannya tanggung rugi profesional akan boleh didapati;

(b)

mengadakan peruntukan bagi pengurusan, pentadbiran dan perlindungan mana-mana kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) dan menghendaki peguam bela dan peguam cara membuat pembayaran kepada mana-mana kumpulan wang sedemikian;

(c)

menghendaki peguam bela dan peguam cara membuat pembayaran dengan cara premium atas apa-apa polisi yang diambil di bawah subseksyen (1) dan mengadakan peruntukan bagi prosiding oleh Badan Peguam Malaysia atau penanggung insuransnya terhadap mana-mana peguam bela dan peguam cara yang gagal berbuat demikian untuk mendapatkan premium yang berkenaan;

(d)

menetapkan syarat yang mesti dipenuhi oleh sesuatu polisi insurans bagi maksud perenggan (1)(c);

(e)

memberi Majlis Peguam kuasa untuk menentukan amaun apa-apa pembayaran yang dikehendaki oleh kaedah-kaedah itu;

(f)

menentukan hal keadaan yang jika seseorang peguam bela dan peguam cara telah gagal untuk mematuhi kaedah-kaedah itu, prosiding berkenaan dengan apa-apa jumlah wang yang dibayar melalui tanggung rugi boleh diambil terhadapnya oleh Badan Peguam Malaysia atau penanggung insuransnya;

102 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

(g)

menetapkan bahawa seseorang peguam bela dan peguam cara tidak berhak mendapat Sijil Tahunan melainkan jika dia telah mengambil insurans yang dikehendaki oleh kaedah-kaedah itu bagi tempoh yang berhubungan dengan Sijil

Tahunan itu;

(h)

memberi Majlis Peguam kuasa untuk mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk menentukan dan memastikan bahawa kaedah-kaedah itu dipatuhi; dan

(i)

mengandungi apa-apa peruntukan yang bersifat tatacara, yang bersampingan atau peruntukan lain yang difikirkan perlu atau suai manfaat bagi maksud kaedah-kaedah itu.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh hak mana-mana peguam bela dan peguam cara, sebagai tambahan kepada tanggung rugi yang diperuntukkan dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini, untuk menginsuranskan dirinya selanjutnya terhadap apa-apa kerugian yang berbangkit akibat daripada apa-apa tuntutan yang mungkin dimulakan terhadapnya.

(4)

Apa-apa kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini tidak boleh berkuat kuasa sehingga ia telah disiarkan dalam Warta.

Peguam bela dan peguam cara hendaklah menyerahkan laporan akauntan

Section 78A — AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976 | mylaw.my