Malaysia legislation

Section 79

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 79

(2)

Laporan akauntan hendaklah—

(a)

menyatakan bahawa akauntan itu pada mematuhi seksyen ini dan apa-apa kaedah yang dibuat di bawahnya telah

Profesion Undang-Undang 103

memeriksa buku, akaun dan dokumen firma peguam bela dan peguam cara itu bagi apa-apa tempoh perakaunan yang dinyatakan dalam laporan itu;

(b)

menyatakan sama ada akauntan itu berpuas hati atau tidak, daripada pemeriksaannya akan buku, akaun dan dokumen yang dikemukakan kepadanya dan daripada maklumat dan penjelasan yang diberikan kepadanya, bahawa dalam masa tempoh perakaunan tersebut peguam bela dan peguam cara itu atau firmanya telah mematuhi apa-apa kaedah yang dibuat di bawah subseksyen 78(1);

(c)

menyatakan, jika akauntan itu tidak berpuas hati, perkara yang berkenaan dengannya dia tidak berpuas hati itu;

(d)

mengandungi apa-apa maklumat yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat oleh Majlis Peguam di bawah seksyen ini; dan

(e)

diserahkan kepada Setiausaha Badan Peguam Malaysia tidak lebih daripada dua belas bulan (atau apa-apa tempoh lain yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini) selepas berakhir tempoh perakaunan yang dinyatakan dalam laporan itu.

(3)

Tertakluk kepada mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini, tempoh perakaunan bagi maksud laporan akauntan adalah—

(a)

bermula pada tamatnya tempoh perakaunan yang baru lalu yang baginya suatu laporan akauntan telah diserahkan atau dari tarikh peguam bela dan peguam cara mula menjalankan amalan, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b)

meliputi tidak kurang daripada dua belas bulan;

(c)

tamat tidak lebih daripada dua belas bulan sebelum tarikh laporan itu diserahkan kepada Majlis Peguam; dan 104 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

(d)

jika boleh, selaras dengan perenggan (a), (b) dan (c), bersamaan dengan suatu tempoh atau tempoh-tempoh berturut-turut yang baginya akaun peguam bela dan peguam cara itu atau firmanya biasanya disediakan.

(4)

Dalam seksyen ini “akauntan” ertinya juruaudit syarikat yang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965.

Jika dalam mana-mana hal yang tertentu tidak ada juruaudit syarikat yang diluluskan menjalankan amalan di Negeri yang seseorang peguam bela dan peguam cara biasanya menjalankan amalan dan

Majlis Peguam berpendapat bahawa oleh sebab kesukaran atau belanja yang terlibat pada memperoleh perkhidmatan juruaudit syarikat yang diluluskan daripada luar Negeri itu adalah tidak munasabah bagi menjangka peguam bela dan peguam cara itu akan memperoleh perkhidmatannya, Majlis Peguam bolehlah meluluskan mana-mana juruaudit lain yang dianggapnya layak bagi maksud seksyen ini.

(5)

Majlis Peguam hendaklah membuat kaedah-kaedah untuk menguatkuasakan seksyen ini dan tanpa menjejaskan keluasan yang terdahulu kaedah-kaedah itu hendaklah menetapkan jenis dan takat pemeriksaan yang hendak dibuat oleh akauntan itu akan buku dan akaun firma seseorang peguam bela dan peguam cara dan akan apa-apa dokumen lain yang berkaitan dengan tujuan untuk menyediakan laporan yang hendak diserahkan oleh peguam bela dan peguam cara itu di bawah seksyen ini.

(6)

Apa-apa kaedah itu bolehlah temasuk peruntukan bagi—

(a)

membenarkan dalam apa-apa hal keadaan khas yang ditakrif dalam kaedah-kaedah itu suatu tempoh perakaunan yang berlainan daripada yang ditentukan dalam subseksyen (3);

dan

(b)

mengawal selia apa-apa perkara tentang tatacara atau perkara yang bersampingan, atau berkaitan atau yang menjadi tambahan kepada seksyen ini.

 CATATAN— Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

m.b.p 31 Januari 2017.

Profesion Undang-Undang 105

(7)

Apa-apa kaedah yang dibuat oleh Majlis Peguam di bawah seksyen ini tidak boleh mula berkuat kuasa sehingga ia telah disiarkan dalam Warta.

(8)

Mana-mana peguam bela dan peguam cara yang tidak mematuhi seksyen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya boleh dikenakan prosiding tatatertib.

Kumpulan Wang Pampasan

Kumpulan Wang Pampasan

Section 79 — AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976 | mylaw.my