Malaysia legislation
Section 80
Seksyen 80
(2)
Tiap-tiap peguam bela dan peguam cara hendaklah pada setiap kali dia memohon Sijil Tahunan membayar kepada Badan Peguam
Malaysia suatu caruman sebanyak yang ditentukan oleh Majlis
Peguam dari semasa ke semasa dan Badan Peguam Malaysia hendaklah membayar caruman itu kepada Kumpulan Wang itu:
Dengan syarat bahawa seseorang peguam bela dan peguam cara yang memohon Sijil Tahunan dikehendaki membayar hanya setengah sahaja daripada caruman yang ditentukan sedemikian itu jika sijil amalan yang dia bercadang memohon itu sah selama kurang daripada enam bulan.
(3)
Badan Peguam Malaysia boleh melaburkan apa-apa wang daripada Kumpulan Wang itu yang tidak dikehendaki dengan segera untuk apa-apa maksud lain dan, bagi maksud seksyen ini,
Badan Peguam Malaysia adalah mempunyai segala kuasa pemegang amanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
(4)
Badan Peguam Malaysia boleh bagi maksud Kumpulan Wang itu meminjam daripada mana-mana pemberi pinjam dan boleh menggadaikan mana-mana pelaburan Kumpulan Wang itu sebagai sekuriti bagi pinjaman itu.
106 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
(4A)
Majlis Peguam boleh, bagi apa-apa maksud Badan Peguam
Malaysia yang difikirkan sesuai oleh Majlis Peguam, meminjam wang daripada Kumpulan Wang, dan hendaklah berkenaan dengan apa-apa wang yang dipinjam itu, membayar bunga kepada Kumpulan Wang mengikut kadar prima yang ditetapkan oleh Persatuan Bank di
Malaysia, yang terpakai dari semasa ke semasa.
(5)
Badan Peguam Malaysia boleh mengambil insurans untuk
Kumpulan Wang itu daripada mana-mana perniagaan insurans berdaftar di Malaysia bagi apa-apa maksud dan atas apa-apa terma yang difikirkan suai manfaat oleh Badan Peguam Malaysia.
(6)
Hendaklah dibawa kepada kredit Kumpulan Wang itu—
(a)
semua caruman tahunan yang dibayar kepada Badan
Peguam Malaysia menurut subseksyen (2);
(b)
semua bunga, dividen dan pendapatan lain atau apa-apa tambahan modal yang terbit daripada pelaburan Kumpulan
Wang itu;
(c)
hasil daripada penjualan apa-apa pelaburan Kumpulan
Wang itu;
(d)
semua wang yang dipinjam bagi maksud Kumpulan Wang itu;
(e)
semua wang yang diterima oleh Badan Peguam Malaysia di bawah apa-apa insuran yang diambil oleh Badan Peguam
Malaysia di bawah subseksyen (5); dan
(f)
apa-apa wang lain yang mungkin dipunyai oleh atau terakru kepada Kumpulan Wang itu atau mungkin diterima oleh
Majlis Peguam berkenaan dengan Kumpulan Wang itu.
(7)
Semua wang yang dari semasa ke semasa menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang itu dan semua pelaburan Kumpulan Wang itu hendaklah digunakan—
Profesion Undang-Undang 107
(a)
untuk membayar apa-apa kos, caj dan belanja bagi menubuhkan, menyenggara dan mentadbirkan Kumpulan
Wang itu;
(b)
untuk membayar apa-apa kos, caj dan belanja Majlis
Peguam pada menentukan sama ada kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 78 telah dipatuhi, menurut kuasa yang diberikan oleh kaedah-kaedah itu;
(c)
untuk membayar apa-apa premium bagi insurans yang diambil oleh Badan Peguam Malaysia di bawah subseksyen (5);
(d)
untuk membayar balik apa-apa wang yang dipinjam oleh
Badan Peguam Malaysia dan untuk membayar bunga bagi apa-apa wang yang dipinjam sedemikian;
(e)
untuk membayar apa-apa pemberian yang mungkin dibuat oleh Badan Peguam Malaysia di bawah subseksyen (8); dan
(f)
untuk membayar apa-apa wang lain yang kena dibayar daripada Kumpulan Wang itu menurut kuasa seksyen ini.
(8)
Jika dibuktikan dengan memuaskan hati Majlis Peguam bahawa mana-mana orang telah menanggung kerugian akibat kecurangan pada pihak mana-mana peguam bela dan peguam cara atau mana-mana kerani atau perkhidmat seseorang peguam bela dan peguam cara berkaitan dengan amalan peguam bela dan peguam cara itu di Malaysia sebagai seorang peguam bela dan peguam cara, atau berkenaan dengan apa-apa amanah yang baginya peguam bela dan peguam cara itu ialah seorang pemegang amanah, maka tertakluk kepada seksyen ini, Badan Peguam Malaysia, jika difikirkan oleh
Majlis Peguam patut dan munasabah, boleh membuat suatu pemberian kepada orang itu daripada Kumpulan Wang itu bagi maksud membantunya dan meringankan kerugian itu.
(8A)
Jika dalam mana-mana tahun tidak ada permohonan dibuat untuk mendapat pemberian daripada Kumpulan Wang ataupun tidak ada pemberian dibuat daripada Kumpulan Wang, Majlis Peguam boleh menurut budi bicaranya memindahkan daripada Kumpulan Wang
108 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
segala bunga, dividen dan pertambahan modal lain yang berbangkit daripada Kumpulan Wang, atau mana-mana bahagian daripadanya, kepada Kumpulan Wang Badan Peguam Malaysia yang ditubuhkan bagi maksud membeli atau menyenggarakan sesuatu perpustakaan bagi kegunaan ahli Badan Peguam Malaysia dan kepada kumpulan wang yang ditubuhkan bagi maksud mengadakan bantuan guaman.
(9)
Sesuatu pemberian boleh dibuat di bawah seksyen ini sama ada atau tidak peguam bela dan peguam cara itu mempunyai sijil amalan yang sah pada masa perbuatan kecurangan itu dilakukan, dan walaupun kemudian daripada perbuatan itu dilakukan peguam bela dan peguam cara itu telah mati atau namanya telah dikeluarkan atau dipotong daripada Daftarai atau telah berhenti menjalankan amalan atau telah digantung daripada menjalankan amalan.
(10)
Apabila apa-apa pemberian dibuat oleh Badan Peguam
Malaysia di bawah seksyen ini kepada mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kerugian—
(a)
Badan Peguam Malaysia hendaklah setakat amaun pemberian itu disubrogasi kepada semua hak dan remedi yang mungkin ada pada orang yang kepadanya dibuat pemberian itu terhadap peguam bela dan peguam cara, kerani atau perkhidmat itu berkenaan dengan kerugian itu;
(b)
orang yang kepadanya pemberian itu dibuat tidak mempunyai apa-apa hak dengan cara kebankrapan atau prosiding undang-undang lain atau selainnya untuk menerima apa-apa wang daripada aset peguam bela dan peguam cara, kerani atau perkhidmat itu berkenaan dengan kerugian itu sehingga Kumpulan Wang itu telah dibayar ganti dengan amaun penuh pemberian itu.
(11)
Sebutan dalam perenggan (10)(a) dan (b) mengenai orang yang kepadanya dibuat pemberian itu atau mengenai peguam bela dan peguam cara, kerani atau pekhidmat itu hendaklah termasuk, sekiranya dia mati, tidak solven atau hilang upaya secara lain, sebutan mengenai wakil dirinya atau mana-mana orang lain yang mempunyai kuasa untuk mentadbirkan hartanya.
Profesion Undang-Undang 109
(12)
Majlis Peguam boleh membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan tatacara yang hendak diikut pada menguatkuasakan seksyen ini dan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan, atau berkaitan dengan atau yang menjadi tambahan kepada seksyen ini atau berkenaan dengan pentadbiran atau perlindungan Kumpulan Wang itu.
(13)
Pendapatan yang didapati daripada Kumpulan Wang
Pampasan itu dikecualikan daripada cukai pendapatan dan semua cukai lain, dan Kumpulan Wang itu ialah suatu institusi yang diluluskan bagi maksud seksyen 45 Akta Cukai Pendapatan 1967
[Akta 53] dan pembayaran kepadanya ialah potongan yang wajar bagi maksud cukai pendapatan pada mengira agregat pendapatan orang yang membuat pembayaran itu untuk tahun yang berkaitan.
Peguam bela dan peguam cara tidak boleh bertindak sebagai pesuruhjaya atau notari tanpa sijil