Malaysia legislation

Section 82

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 82

Peguam bela dan peguam cara dengan sengaja dan dengan diketahuinya bertindak sebagai ejen

(2)

Tiada seorang pun peguam bela dan peguam cara boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa untuk mengendalikan apa-apa akaun bank atas namanya atau nama firmanya dan yang disenggara olehnya atau oleh firmanya berkenaan dengan amalannya sebagai peguam bela dan peguam cara.

(3)

Mana-mana peguam bela dan peguam cara yang telah bertindak bersalahan dengan subseksyen (1) atau (2) boleh dikenakan prosiding tatatertib.

(4)

Mana-mana orang yang tidak diberi kuasa yang bertindak atau menjalankan amalan atau berbuat sesuatu berupa sebagai menjalankan amalan sebagai seorang peguam bela dan peguam cara melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda melebihi lebih dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Peguam bela dan peguam cara tidak boleh mengguna khidmat seorang bankrap yang belum dilepaskan

Section 82 — AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976 | mylaw.my