Malaysia legislation
Section 85
Seksyen 85
(2)
Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai peguam bela dan peguam cara atas nama yang bukan—
(a)
namanya sendiri;
(b)
nama peguam bela dan peguam cara yang menjadi atau yang telah menjadi pekongsinya;
(c)
nama pengamal sebelumnya yang nama baik mereka telah diperoleh olehnya atau oleh pekongsinya;
(d)
mana-mana satu atau gabungan daripada nama yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b) dan (c).
(3)
Dalam mana-mana hal jika suatu nama yang mematuhi subseksyen
(2)
tidak boleh didaftarkan tanpa menyalahi subseksyen (1) orang itu boleh menjalankan amalan di bawah apa-apa nama yang disukainya yang diluluskan oleh Majlis Peguam.
(4)
Seseorang peguam bela dan peguam cara yang bertindak bersalahan dengan subseksyen (3) boleh dikenakan prosiding tatatertib.
Profesion Undang-Undang 115
(5)
Majlis Peguam hendaklah, atas permintaan pekongsi yang menjalankan amalan di bawah sesuatu nama firma, dan boleh, jika ia berpuas hati bahawa tiada seorang pun menjalankan amalan di bawah nama itu, mengeluarkan sesuatu nama firma daripada daftar.
Jika ada hubungan peguam cara dengan klien