Malaysia legislation
Section 86
Seksyen 86
(2)
Mahkamah atau seorang Hakim boleh memerintahkan seseorang peguam bela dan peguam cara supaya menyerahkan kepada pemohon suatu senarai wang atau sekuriti yang ada dalam jagaan atau kawalannya bagi pihak pemohon, atau membawa ke dalam mahkamah kesemua atau mana-mana bahagian daripadanya, dalam masa yang diperintahkan oleh Mahkamah atau Hakim itu.
(3)
Sekiranya peguam bela dan peguam cara itu mengatakan bahawa dia ada tuntutan untuk kos, Mahkamah atau Hakim bolehlah membuat apa-apa peruntukan yang difikirkannya patut dan munasabah untuk pembayarannya atau sekuritinya atau untuk melindungi lien peguam bela dan peguam cara itu, jika ada.
Jika wang kena dibayar oleh peguam bela dan peguam cara kepada klien