Malaysia legislation
Section 88A
Seksyen 88A
(a)
telah didapati bersalah oleh mahkamah undang-undang atas apa-apa kesalahan yang melibatkan kecurangan, penyalahgunaan wang kliennya atau kecurangan terhadap klien atau berkenaan dengan apa-apa harta kepunyaan klien;
(b)
telah dipecat, dipotong daripada Daftarai, digantung daripada menjalankan amalan atau dicela atas sifatnya sebagai seorang pengamal undang-undang di mana-mana negara lain;
CATATAN—lihat nota kaki mengenai “Jawatankuasa Tatatertib” atau “Jawatankuasa Penyiasatan” di bawah perenggan 33(1)(d).
118 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
(c)
yang berkenaan dengannya suatu aduan dibuat kepada
Majlis Peguam mengenai apa-apa perbuatan curang yang dilakukan olehnya atas sifatnya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara;
(d)
telah meninggalkan negara atau tidak hadir di pejabatnya, dalam hal keadaan yang semunasabahnya boleh dianggap oleh
Majlis Peguam bahawa dia telah melarikan diri; atau
(e)
selainnya tidak berdaya, kerana kelemahan tubuh atau akal atau atas apa-apa sebab lain, untuk melaksanakan dengan berkesan fungsinya sebagai peguam bela dan peguam cara, dan Majlis Peguam berpendapat bahawa demi kepentingan awam atau demi kepentingan kliennya atau profesion itu yang peguam bela dan peguam cara itu digantung daripada menjalankan amalan, Majlis Peguam boleh memohon melalui saman ex parte kepada Hakim Besar bagi suatu perintah menggantung peguam bela dan peguam cara itu daripada menjalankan amalan sehingga perintah selanjutnya diberikan.
(2)
Hakim Besar boleh memerintahkan supaya permohonan itu disampaikan kepada peguam bela dan peguam cara itu.
(3)
Jika Hakim Besar berpuas hati bahawa peguam bela dan peguam cara itu patut digantung daripada menjalankan amalan Hakim
Besar itu boleh membuat suatu perintah bagi maksud itu sehingga dibuat apa-apa perintah Mahkamah selanjutnya.
(4)
Peguam bela dan peguam cara itu boleh dalam masa satu bulan selepas perintah itu dibuat merayu terhadap perintah itu kepada
Mahkamah Persekutuan yang keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah muktamad.
(5)
Tiada sesuatu perintah boleh digantungkan pelaksanaannya sementara menunggu rayuan.
(6)
Melainkan jika perintah itu diakaskan atas rayuan, subseksyen 88(2) dan (3) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi peguam bela dan peguam cara yang berkenaan; dan bagi maksud
Profesion Undang-Undang 119
subseksyen (4) seksyen itu ungkapan “tarikh yang material” ertinya tarikh perintah itu.
(7)
Majlis Peguam hendaklah dengan seberapa segera yang boleh, merujukkan aduan terhadap peguam bela dan peguam cara yang berkenaan itu kepada Lembaga Tatatertib.
Mengambil milik dokumen dalam milik peguam bela dan peguam cara