Malaysia legislation

Section 89

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 89

Jika seseorang peguam bela dan peguam cara—

(a)

suatu aduan dibuat kepada Majlis Peguam bahawa telah ada kelewatan yang tidak sepatutnya pada pihak seseorang peguam bela dan peguam cara berkaitan dengan apa-apa perkara yang dia atau firmanya telah diarahkan bagi pihak seseorang klien atau apa-apa perkara berkenaan dengan pentadbiran sesuatu amanah yang baginya peguam bela dan peguam cara itu ialah pemegang amanah yang tunggal atau pemegang amanah bersama dengan seorang pekongsi, kerani atau pekhidmatnya atau lebih;

(b)

Majlis Peguam telah melalui notis secara bertulis menjemput peguam bela dan peguam cara itu untuk memberi penjelasan berkenaan dengan perkara itu;

(c)

peguam bela dan peguam cara itu telah, dalam tempoh tidak kurang daripada dua puluh satu hari yang dinyatakan dalam notis tersebut, tidak memberi penjelasan yang pada fikiran

Majlis Peguam cukup dan memuaskan hati berkenaan dengan perkara itu; dan

(d)

peguam bela dan peguam cara itu telah diberitahu secara bertulis oleh Majlis Peguam bahawa dia telah tidak memberi penjelasan itu,

Jadual kepada Akta ini, selain perenggan 7, hendaklah terpakai berhubung dengan peguam bela dan peguam cara itu, tetapi berkenaan dengan dokumen yang dinyatakan dalam perenggan 1, dan jumlah

120 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

wang yang dinyatakan dalam perenggan 9, Jadual itu, hanya setakat yang ia berhubung dengan perkara yang diadukan itu:

Dengan syarat bahawa bagi maksud proviso kepada perenggan 6

Jadual itu, Majlis Peguam boleh membuat salinan, atau cabutan daripada, dokumen berhubung dengan perkara yang diadukan itu atau dengan perkara itu dan dengan perkara lain dalam amalan peguam bela dan peguam cara itu.

(2)

Dalam seksyen ini, perkataan “amanah” dan “pemegang amanah” mempunyai erti yang sama seperti dalam subseksyen 78(6).

Mengambil milik harta dalam milik Peguam Bela dan Peguam

Cara jika dia seorang bankrap yang belum dilepaskan, dsb.

Section 89 — AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976 | mylaw.my