Malaysia legislation
Section 90
Seksyen 90
Jika—
(a)
dia ialah seorang bankrap yang belum dilepaskan atau suatu perintah penerimaan dalam kebankrapan sedang berkuat kuasa terhadapnya;
(b)
dia telah membuat suatu komposisi dengan pemiutangnya atau suatu surat ikatan perkiraan bagi faedah pemiutangnya;
(c)
suatu perintah komital atau suatu perintah supaya suatu writ penahanan dikeluarkan telah dibuat terhadapnya; atau
(d)
dia ialah orang yang sakit otak atau pesakit sebagaimana yang ditakrifkan oleh Ordinan Kecelaruan Mental 1952
[Ord. 31 tahun 1952], dan Majlis Peguam atau Jawatankuasa Peguam Negeri ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab perbuatan
CATATAN—Ordinan ini telah dimansuhkan dan digantikan oleh Akta Kesihatan Mental 2001
[Akta 615]–lihat seksyen 93 Akta 615.
Profesion Undang-Undang 121
kemungkiran atau ketidakupayaan peguam bela dan peguam cara itu atau mana-mana kerani atau pekhidmatnya—
(i)
telah ada kelewatan yang tidak sepatutnya berkaitan dengan apa-apa perkara yang peguam bela dan peguam cara atau firmanya telah diarah bagi pihak seseorang klien atas apa-apa perkara berhubung dengan pentadbiran suatu amanah yang baginya peguam bela dan peguam cara itu ialah pemegang amanah tunggal atau pemegang amanah bersama dengan seorang kerani atau pekhidmatnya atau lebih; atau
.
(ii)
apa-apa jumlah wang yang kena dibayar oleh peguam bela dan peguam cara itu atau firmanya kepada kliennya, atau yang dipegang olehnya atau firmanya bagi pihak kliennya atau yang tertakluk kepada apa-apa amanah yang baginya dia ialah pemegang amanah tunggal atau pemegang amanah bersama seperti yang disebut terdahulu dalam bahaya semasa dalam kawalan atau milik peguam bela dan peguam cara itu atau firmanya,
Jadual kepada Akta ini, selain perenggan 7, hendaklah terpakai berhubung dengan peguam bela dan peguam cara itu:
Dengan syarat bahawa bagi maksud proviso kepada perenggan 6
Jadual itu, Majlis Peguam boleh membuat salinan, atau cabutan daripada, dokumen berhubung dengan apa-apa perkara yang disebut dalam subperenggan (i) seksyen ini atau dengan apa-apa jumlah wang yang disebut dalam subperenggan (ii) seksyen ini atau dengan perkara atau jumlah wang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan dengan perkara lain dalam amalan peguam bela dan peguam cara itu.
(2)
Dalam seksyen ini, perkataan “amanah” dan “pemegang amanah” mempunyai erti yang sama seperti dalam subseksyen 78(6).
122 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
Wakil diri bertanggungan bagi perbuatan peguam bela dan peguam cara