Malaysia legislation
Section 91
Seksyen 91
(a)
Majlis Peguam ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa wakil diri bagi seorang peguam bela dan peguam cara yang telah mati dan yang sebaik sebelum kematiannya telah menjalankan amalan sebagai seorang peguam bela dan peguam cara atas namanya sendiri, atau sebagai peguam bela dan peguam cara tunggal atas suatu nama firma, telah bersalah atas kecurangan atau kelewatan yang tidak sepatutnya dalam mentadbirkan hal ehwal amalan peguam bela dan peguam cara itu atau berkaitan dengan apa-apa amanah yang baginya peguam bela dan peguam cara itu ialah pemegang amanah tunggal atau pemegang amanah hanya bersama dengan seorang kerani atau pekhidmatnya atau lebih; atau
(b)
seorang peguam bela dan peguam cara mati dan sebaik sebelum kematiannya peruntukan Jadual terpakai baginya,
Jadual, selain perenggan 7, hendaklah terpakai berhubung dengan wakil diri itu dan hendaklah terus terpakai bagi wakil diri bagi peguam bela dan peguam cara yang akhir tersebut itu sebagaimana peruntukan itu terpakai atau telah terpakai, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubung dengan peguam bela dan peguam cara yang disebut dalam peruntukan itu dan seolah-olah perkataan “wakil diri itu” telah, dengan penyesuaian yang perlu, menggantikan perkataan “peguam bela dan peguam cara itu” di mana-mana jua perkataan itu terdapat dalam peruntukan itu.
(2)
Dalam seksyen ini, perkataan “amanah” dan “pemegang amanah” mempunyai erti yang sama seperti dalam subseksyen 78(6).
Profesion Undang-Undang 123
Majlis Peguam hendaklah mengendalikan akaun bank klien peguam bela dan peguam cara yang telah mati