Malaysia legislation

Section 92

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 92

Jika—

Apabila mati seseorang peguam bela dan peguam cara yang sebaik sebelum kematiannya telah menjalankan amalan sebagai seorang peguam bela dan peguam cara atas namanya sendiri atau sebagai seorang peguam bela dan peguam cara tunggal atas suatu nama firma hak untuk mengendalikan, atau menguruskan secara lain, apa-apa akaun bank atas nama peguam bela dan peguam cara itu atau nama firmanya, iaitu suatu akaun yang ke dalamnya telah dibayar apa-apa wang klien hendaklah, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini yang berlawanan, terletak hak pada Majlis Peguam dengan mengetepikan hak mana-mana wakil diri peguam bela dan peguam cara itu dan boleh dijalankan mulai dari kematian peguam bela dan peguam cara itu.