Malaysia legislation
Section 93
Seksyen 93
Lembaga Tatatertib
(2)
Lembaga Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa yang sama sebagaimana yang dijalankan oleh Majlis Peguam sebelum permulaan kuat kuasa Bahagian ini.
(3)
Lembaga Tatatertib hendaklah terdiri daripada yang berikut:
124 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
(a)
pengerusi Lembaga Tatatertib yang dilantik oleh Hakim
Besar selepas berunding dengan Majlis Peguam bagi tempoh dua tahun dan orang itu hendaklah seorang Hakim
Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan atau
Mahkamah
Persekutuan yang telah bersara atau mana-mana orang lain yang layak menjadi Hakim
Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan atau
Mahkamah Persekutuan:
Dengan syarat bahawa Hakim Besar boleh, selepas berunding dengan Majlis Peguam, melanjutkan tempoh pelantikan itu bagi tempoh dua tahun lagi dan boleh melantik semula bagi tempoh lain yang tidak melebihi dua tahun;
(b)
Yang Dipertua Badan Peguam Malaysia atau mana-mana ahli Majlis Peguam sebagai wakilnya; dan
(c)
lima belas orang ahli pengamal Badan Peguam Malaysia yang sudah menjadi peguam bela dan peguam cara tidak kurang daripada sepuluh tahun yang dilantik oleh Hakim
Besar selama tempoh dua tahun selepas berunding dengan
Majlis Peguam:
Dengan syarat bahawa Hakim Besar boleh, selepas berunding dengan Majlis Peguam, melanjutkan tempoh pelantikan itu selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun lagi.
(3A)
(Dipotong oleh Akta A1444).
(3B)
Kelayakan yang disebut dalam perenggan (3)(a) tidak dalam apa-apa cara mempunyai kaitan dengan umur orang itu.
(4)
Kuorum Lembaga Tatatertib ialah tujuh orang ahli yang daripadanya seorang ahli hendaklah daripada perenggan 3(a), seorang ahli daripada perenggan 3(b) dan lima orang ahli daripada perenggan 3(c):
Profesion Undang-Undang 125
Dengan syarat bahawa bilangan ahli daripada perenggan (3)(c) boleh ditambah dengan sewajarnya jika peruntukan subseksyen (4A) atau (4C)
terpakai bagi mengekalkan kuorum sebanyak tujuh orang ahli.
(4A)
Pengerusi Lembaga Tatatertib hendaklah mempengerusikan mesyuarat Lembaga Tatatertib dan jika pengerusi menarik diri menurut subseksyen (4C) atau jika pengerusi tidak dapat, oleh sebab sakit atau apa-apa sebab yang lain, hadir mesyuarat, Yang Dipertua
Badan Peguam Malaysia hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.
(4B)
Jika Yang Dipertua Badan Peguam Malaysia juga menarik diri daripada menimbang teliti apa-apa aduan menurut subseksyen (4C)
atau tidak dapat, oleh sebab sakit atau apa-apa sebab yang lain, hadir mesyuarat, ahli yang hadir hendaklah memilih seorang daripada kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu bagi maksud aduan itu.
(4C)
Pengerusi Lembaga Tatatertib, Yang Dipertua Badan Peguam
Malaysia dan mana-mana ahli Lembaga Tatatertib yang lain hendaklah, jika perlu demi kepentingan keadilan, menarik diri daripada menimbang teliti apa-apa aduan.
(5)
Setiausaha Lembaga Tatatertib hendaklah menjadi pekerja sepenuh masa Majlis Peguam yang dilantik di bawah seksyen 98 dan orang itu hendaklah—
(a)
seorang peguam bela dan peguam cara yang sudah menjadi peguam bela dan peguam cara tidak kurang daripada lima tahun; atau
(b)
seorang peguam bela dan peguam cara yang sudah menjadi peguam bela dan peguam cara tidak kurang daripada tiga tahun dan yang telah, sebagai tambahan, bekerja dengan Majlis Peguam atau Lembaga Tatatertib selama tidak kurang daripada dua tahun.
(6)
Lembaga Tatatertib boleh membuat kaedah-kaedah yang berhubungan dengan kuorumnya dan untuk mengawal selia tatacaranya.
126 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
Kuasa Lembaga Tatatertib untuk memotong daripada Daftarai, menggantung kerana salah laku, dsb.