Malaysia legislation
Section 94
Seksyen 94
(2)
Mana-mana peguam bela dan peguam cara yang melakukan apa-apa salah laku boleh dikenakan satu atau lebih penalti atau hukuman yang berikut:
(a)
dipotong daripada Daftarai;
(b)
digantung daripada menjalankan amalan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi lima tahun;
(c)
diperintahkan untuk membayar suatu denda yang tidak melebihi lima puluh ribu ringgit; atau
(d)
ditegur atau dicela.
(3)
Bagi maksud Bahagian ini, “salah laku” ertinya kelakuan atau peninggalan untuk bertindak di Malaysia atau di tempat lain oleh seseorang peguam bela dan peguam cara atas sifat profesionalnya atau selainnya yang dikira sebagai perbuatan tidak patut yang serius dan termasuk—
(a)
sabitan atas kesalahan jenayah yang menjadikan dia tidak layak menjadi anggota profesionnya;
(b)
pelanggaran kewajipan kepada mahkamah termasuk apa-apa kegagalannya mematuhi sesuatu aku janji yang diberikan kepada mahkamah;
(c)
kelakuan curang atau fraud dalam menunaikan kewajipannya;
(d)
pelanggaran apa-apa kaedah amalan dan etika profesion yang dibuat oleh Majlis Peguam di bawah Akta ini atau selainnya;
Profesion Undang-Undang 127
(e)
dihukum menjadi bankrap dan didapati bersalah atas mana-mana perbuatan atau peninggalan yang tersebut dalam perenggan 33(6)(a), (b), (c), (d), (e), (f), (h), (k) atau (l) Akta
Kebankrapan 1967;
(f)
menawarkan atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana orang yang telah mendapatkan pekerjaan dalam apa-apa urusan perundangan bagi dirinya sendiri atau mana-mana peguam bela dan peguam cara lain;
(g)
secara langsung atau tidak langsung mendapatkan atau cuba mendapatkan pekerjaan bagi dirinya sendiri atau mana-mana peguam bela dan peguam cara lain melalui atau atas arahan mana-mana orang yang kepadanya apa-apa saraan kerana mendapatkan pekerjaan itu telah diberikan olehnya atau dipersetujui atau dijanjikan akan diberikan;
(h)
menerima pekerjaan dalam apa-apa urusan perundangan melalui penarik langganan;
(i)
membenarkan mana-mana orang yang tidak diberi kebenaran menjalankan urusan perundangan atas namanya tanpa kawalan langsung dan rapat olehnya selaku ketua atau tanpa penyeliaan yang sepatutnya;
(j)
menjalankan sendiri, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa profesion, tred, perniagaan atau urusan yang tidak bersesuaian dengan profesion undang-undang atau diambil bekerja untuk ganjaran atau selainnya dalam apa-apa profesion, tred, perniagaan atau urusan itu;
(k)
pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya atau apa-apa arahan atau keputusan Majlis Peguam;
(l)
dipecat, dipotong daripada Daftarai, digantung atau dicela atas sifatnya sebagai pengamal undang-undang di mana-mana negara lain atau melakukan perbuatan salah
128 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
laku yang boleh menyebabkan dia dihukum di mana-mana negara lain;
(m)
mengenakan, tanpa perjanjian bertulis, berkenaan dengan perkhidmatan profesional yang diberikan kepada klien, fi atau kos yang terlalu berlebihan dalam semua hal keadaan;
(n)
terlalu mengabaikan kepentingan kliennya; dan
(o)
melakukan apa-apa kelakuan yang tidak sepadan dengan seorang peguam bela dan peguam cara atau yang menyebabkan atau dijangka akan menyebabkan profesion undang-undang dipandang hina.
(4)
Jika seorang peguam bela dan peguam cara—
(a)
telah didapati bersalah oleh mahkamah atas apa-apa kesalahan yang melibatkan kecurangan, penyalahgunaan atau pelesapan apa-apa wang atau harta klien atau mana-mana orang lain;
(b)
telah dipecat, dipotong daripada Daftarai, digantung, ditegur atau dicela atas sifatnya sebagai seorang pengamal undang-undang di mana-mana negara lain;
(c)
menjadi bahan sesuatu aduan mengenai apa-apa perbuatan curang yang telah dilakukannya atas sifatnya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara;
(d)
telah meninggalkan negara atau telah tidak hadir di pejabatnya dalam keadaan yang sedemikian rupa sehingga
Majlis Peguam semunasabahnya boleh mengganggap bahawa dia telah melarikan diri; atau
(e)
adalah selainnya tidak berupaya disebabkan kelemahan tubuh atau akal atau apa-apa sebab lain untuk melaksanakan dengan berkesan fungsi seorang peguam bela dan peguam cara,
Profesion Undang-Undang 129
dan Majlis Peguam berpendapat bahawa demi kepentingan awam atau kepentingan kliennya atau kepentingan profesionnya bahawa peguam bela dan peguam cara itu digantung daripada menjalankan amalan,
Majlis Peguam boleh memohon kepada Lembaga Tatatertib untuk mendapatkan perintah menggantung peguam bela dan peguam cara itu daripada menjalankan amalan sehingga notis selanjutnya.
(4A)
Walau apa pun subseksyen (2), mana-mana peguam asing yang berdaftar yang melakukan apa-apa salah laku boleh digantung, bagi apa-apa tempoh tidak melebihi lima tahun, atau dibatalkan pendaftarannya atau ditegur atau dicela atau diperintahkan untuk membayar denda, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(5)
Seorang pelatih adalah mutatis mutandis tertakluk kepada kawalan yang sama daripada Lembaga Tatatertib yang menurut kuasa seksyen ini, dilaksanakan terhadap peguam bela dan peguam cara dan apa-apa sebutan kepada peguam bela dan peguam cara dalam Bahagian ini hendaklah mutatis mutandis termasuk pelatih tetapi sebagai ganti perintah yang memotongnya daripada Daftarai atau menggantungnya, suatu perintah boleh dibuat menghalang pelatih itu daripada meneruskan dengan apa-apa petisyen untuk diterima masuk sehingga selepas tarikh yang hendaklah dinyatakan dalam perintah itu.
(6)
Bagi maksud seksyen ini, “pelatih” termasuklah seseorang yang telah menamatkan tempoh latihan yang ditetapkan dan belum diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara.
Panel Jawatankuasa Tatatertib