Malaysia legislation
Section 99
Seksyen 99
Majlis Peguam hendaklah, dari semasa ke semasa sebagaimana yang dikehendaki, melantik—
(2)
Mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Perusahaan dan
Mahkamah Syariah, Hakim, Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret atau Peguam Negara boleh pada bila-bila masa merujuk kepada
Lembaga Tatatertib apa-apa aduan terhadap seseorang peguam bela dan peguam cara atau seseorang pelatih.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dikira menghalang
Majlis Peguam atau Jawatankuasa Peguam Negeri daripada membuat apa-apa aduan atas usulnya sendiri kepada Lembaga Tatatertib terhadap seseorang peguam bela dan peguam cara atau pelatih.
(3A)
Tiada aduan mengenai kelakuan mana-mana peguam bela dan peguam cara atau mana-mana pelatih boleh disiasat oleh Lembaga
Tatatertib selepas tamat enam tahun dari tarikh kausa tindakan untuk membawa aduan terakru:
132 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
Dengan syarat bahawa jika —
(a)
aduan itu berasaskan fraud peguam bela dan peguam cara atau ejennya atau mana-mana orang yang melaluinya dia atau ejennya membuat tuntutan; atau
(b)
kausa tindakan untuk membawa aduan tersembunyi akibat fraud peguam bela dan peguam cara atau ejennya atau mana-mana orang yang melaluinya dia atau ejennya membuat tuntutan, had masa tidak bermula sehingga pengadu mengetahui fraud itu, atau dengan usaha yang munasabah fraud itu diketahuinya.
(4)
Jika aduan dibuat terhadap sesuatu firma guaman, aduan itu hendaklah disifatkan sebagai aduan yang dibuat—
(a)
dalam hal seorang ketuanpunyaan tunggal, terhadap peguam bela dan peguam cara yang pada masa yang material merupakan tuan punya tunggal firma guaman itu;
atau
(b)
dalam hal suatu perkongsian, terhadap semua peguam bela dan peguam cara yang pada masa yang material merupakan rakan kongsi firma guaman itu, melainkan jika firma guaman itu memuaskan hati Lembaga Tatatertib tentang identiti peguam bela dan peguam cara dalam firma guaman yang terhadapnya aduan itu telah berbangkit.
(5)
Jika pada mana-mana peringkat prosiding Lembaga Tatatertib berpuas hati bahawa suatu aduan yang dibuat terhadap suatu firma guaman sepatutnya dibuat terhadap seorang peguam bela dan peguam cara yang tertentu, Lembaga Tatatertib hendaklah dengan serta-merta menggantikan nama firma guaman itu dengan nama peguam bela dan peguam cara yang berkenaan.
(6)
Bagi maksud seksyen ini, “firma guaman” termasuklah suatu perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan yang dilesenkan di bawah Bahagian IVA.
Profesion Undang-Undang 133
Siasatan permohonan atau aduan