Malaysia legislation
Section
Section 16
Jika seseorang membuat suatu permohonan untuk mendaftarkan suatu cap dagangan yang mengandungi atau yang termasuk nama atau gambaran seorang lain samada orang itu/mati-atau-hidup, Pendaftar boleh menghendaki pemohon itu memberi kepadanya persetujuan orang itu, jika orang itu hidup, atau persetujuan wakil di sisi undang-undang orang itu, jika orang itu mati, sebelum membenarkan nama atau gambaran itu digunakan sebagai suatu cap dagangan.