Section 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cap Dagangan 1976, dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahu dalam Warta.
/akn/my/act/act/1976/175
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
TRADE MARKS ACT 1976 is Malaysia Act, cited as Act 175 1976, currently marked in force and first recorded in 1976.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cap Dagangan 1976, dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahu dalam Warta.
Akta ini hendaklah dipakai bagi permohonanpermohonan cap dagangan, yang dibuat selepas mulaberkuatkuasanya Akta ini dan bagi pendaftaran-pendaftaran cap dagangan, yang dilakukan atas permohonanpermohonan itu.
Tertakluk kepada seksyen-kecil (4) seksyen 6, Akta ini hendaklah juga dipakai bagi/pendaftaran-pendaftaran-cap dagangan, yang dilakukan di bawah Ordinan-ordinan yang dimansuhkan yang berkenaan.
Walaupun dimansuhkan, Ordinan-ordinan itu hendaklah dipakai bagi permohonan-permohonan cap dagangan, yang dibuat sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini dan bagi pendaftaran-pendaftaran cap dagangan, yang dilakukan atas permohonan-permohonan itu selepas mula berkuatkuasanya Akta ini.
Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain—
"batasan" ertinya batasan hak ke atas penggunaan eksklusif sesuatu cap dagangan iaitu hak yang diberi oleh pendaftaran cap dagangan itu termasuk batasan hak itu tentang—
penggunaan berhubung dengan barang-barang yang akan diekspot ke suatu pasaran di luar Malaysia
"cap" termasuklah suatu tanda, jenama, kepala, lebel, tikit, nama, tandatangan, perkataan, huruf, angka atau apaapa gabungannya;
"cap dagangan", kecuali berkenaan dengan Bahagian XI, ertinya suatu cap yang digunakan atau dicadang untuk digunakan berhubung dengan barang-barang/bagi maksud menunjukkan atau supaya menunjukkan suatu hubungan dalam perjalanan perdagangan di antara barang-barang itu dengan seorang yang berhak samada sebagai tuanpunya atau sebagai pengguna berdaftar bagi menggunakan cap itu samada dengan menunjukkan atau dengan tiada menunjukkan identiti orang itu dan, berkenaan dengan Bahagian XI, ertinya suatu cap yang boleh didaftarkan atau yang didaftarkan di bawah Bahagian XI yang tersebut itu;
"cap dagangan berdaftar" ertinya suatu cap dagangan yang benar-benar ada dalam Daftar;
"cap dagangan yang boleh didaftarkan" ertinya suatu cap dagangan yang boleh didaftarkan di bawah peruntukan peruntukan Akta ini;
"Daftar" ertinya Daftar Cap Dagangan yang disimpan di bawah Akta ini;
"daftar-daftar dahulu" ertinya daftar-daftar cap dagangan yang disimpan di bawah Ordinan-ordinan yang dimansuhkan;
dalam...
"ditetapkan", berhubung dengan pembicaraan di hadapan Mahkamah atau pembicaraan permulaan baginya atau pembicaraan yang berkaitan dengannya, ertinya ditetapkan oleh kaedah-kaedah Mahkamah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah yang ditubuhkan di bawah Akta Mahkamah Kehakiman, 1964, dan dalam hal-hal lain, ertinya ditetapkan oleh Akta ini atau oleh apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya;
→ "konvensyen Paris" ...
"Mahkamah" ertinya Mahkamah Tinggi;
"Ordinan-ordinan yang dimansuhkan" ertinya Ordinan Cap Dagangan 1950, Ordinan Cap Dagangan, Sabah dan Ordinan Cap Dagangan, Sarawak;
"Pendaftar", "Timbalan Pendaftar" dan "Penolong Pendaftar" masing-masing ertinya Pendaftar Cap Dagangan, Timbalan Pendaftar Cap Dagangan dan Penolong Pendaftar Cap Dagangan yang dilantik di bawah seksyen 4;
x² penemuan ---
"pengguna berdaftar" ertinya seorang yang didaftarkan sebagai demikian di bawah Bahagian IX;
"penggunaan yang dibenarkan", berhubung dengan suatu cap dagangan berdaftar, ertinya penggunaan cap dagangan itu oleh seorang pengguna berdaftarnya berhubung dengan barang-barang/dengan mana pengguna itu ada hubungan dalam perjalanan perdagangan dan yang mengenainya cap dagangan itu masih didaftarkan dan pengguna itu adalah didaftarkan sebagai seorang pengguna berdaftar, iaitu penggunaan yang mematuhi apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas pendaftarannya;
→ "Penolong Pendaftar"...
"penyerahakan" ertinya penyerahakan dengan perbuatan pihak-pihak yang berkenaan;
"Perbadanan"...
"perkataan" termasuklah sesuatu singkatan perkataan;
"perpindahan" ertinya perpindahan dengan kuatkuasa undang-undang, turunan kepada wakil-wakil diri seseorang yang mati dan apa-apa cara pemindahmilikan lain yang bukan penyerahakan;
→ "petunjuk Geografi" ..., "tarikh yang ditdapkan" ..., "Timbalan Pendaftar"
"tuanpunya berdaftar", berhubung dengan suatu cap dagangan, ertinya orang yang pada masa itu tercatit dalam Daftar sebagai tuanpunya cap dagangan itu; ...
"wilayah-wilayah komponen Malaysia" ertinya wilayah wilayah Malaysia Barat, Sabah dan Sarawak.
Sub. AA1138
AA881
sebutan mengenai penggunaan suatu cap hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penggunaan akan representasi bercetak cap itu atau lain-lain representasinya yang boleh dilihat; dan
sebutan mengenai penggunaan suatu cap berhubung dengan barang-barang hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penggunaan cap itu di atas barang-barang atau penggunaan cap itu dalam hubungan fizika atau lain-lain hubungan dengan barang-barang; and
PENTADBIRAN
/Maka—hendaklah—ada—seorang—Pendaftar—Cap Dagangan yang mana, selain daripada kuasa-kuasa dan tugas-tugas yang diberi oleh Akta ini, adalah berkuasa mengawas segala perkara berhubung dengan cap dagangan.
Menteri boleh melantik beberapa orang Timbalan Pendaftar Cap Dagangan sebagaimana yang perlu untuk melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini dan, tertakluk kepada kawalan Pendaftar, Timbalan-timbalan Pendaftar adalah mempunyai segala kuasa dan tugas Pendaftar di bawah Akta ini kecuali kuasa perwakilan yang disebutkan dalam seksyen-kecil (4).
Menteri boleh melantik beberapa orang Penolong Pendaftar Cap Dagangan sebagaimana yang perlu untuk melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini dan kuasakuasa dan tugas-tugas seseorang Penolong Pendaftar ialah sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri atau diwakilkan oleh Pendaftar menurut seksyen-kecil (4).
Pendaftar boleh, berhubung dengan sesuatu perkara atau klas perkara-perkara tertentu, dengan surat yang ditandatangani olehnya mewakilkan semua atau manamana daripada kuasa-kuasa atau tugas-tugasnya di bawah Akta ini, kecuali kuasa perwakilan ini, kepada seseorang Penolong Pendaftar supaya kuasa-kuasa dan tugas-tugas yang diwakilkan itu boleh dijalankan oleh Penolong Pendaftar yang diperwakilkan itu tetapi sesuatu perwakilan yang dibuat di bawah seksyen-kecil ini boleh dibatalkan menurut budibicara Pendaftar dan tidak menghalang kuasa atau tugas itu daripada dijalankan oleh Pendaftar atau Timbalan Pendaftar.
Pendaftar hendaklah mempunyai suatu meteri mengandungi sesuatu tanda yang diluluskan oleh Menteri dan teraan meteri itu hendaklah diiktiraf dari segi kehakiman dan diterima sebagai keterangan.
→ 44
Bagi maksud-maksud Akta ini maka hendaklah ditubuhkan suatu Pejabat Pusat Cap Dagangan yang mana hendaklah terletak di Kuala Lumpur.
Dalam tiap-tiap satu daripada Negeri-negeri Sabah dan Sarawak maka hendaklah ditubuhkan satu pejabat wilayah cap dagangan.
Sesuatu dokumen yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini untuk dikemukakan di Pejabat Pusat Cap Dagangan boleh dikemukakan di mana-mana pejabat wilayah cap dagangan dan sebutan dalam Akta ini mengenai pengemukaan di Pejabat Pusat Cap Dagangan termasuklah sebutan mengenai pengemukaan di sesuatu pejabat-wilayah cap dagangan.
Maka hendaklah disimpan dan disenggara di Pejabat Pusat Cap Dagangan suatu Daftar Cap Dagangan yang mengandungi—
semua cap dagangan berdaftar bersama dengan nama, alamat dan perihal tuanpunya-tuanpunyanya, pemberitahu penyerahakan dan perpindahan, nama, alamat dan perihal semua pengguna berdaftar, pelucutan, syarat, batasan; dan
apa-apa perkara lain yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh Menteri berhubung dengan cap dagangan.
Daftar itu hendaklah dibahagi kepada dua bahagian yang masing-masing dinamakan Bahagian A dan Bahagian B.
Daftar-daftar dahulu bagi cap dagangan, yang disimpan di bawah Ordinan-ordinan yang dimansuhkan hendaklah disatukan dengan dan menjadi sebahagian daripada Bahagian A atau Bahagian B dalam Daftar mengikut catitan-catitan yang dibuat dalam daftar-daftar dahulu itu sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini.
Kemasukan daftar-daftar dahulu ke dalam Daftar adalah mempunyai kesan yang berikut:
jika suatu cap dagangan telah didaftar dan dicatitkan dalam semua daftar dahulu oleh-seorang tuanpunya bagi ketiga-tiga wilayah komponen Malaysia, maka cap dagangan itu hendaklah dengan kemasukannya ke dalam Daftar disifatkan sebagai suatu cap dagangan berdaftar atas nama tuanpunya itu di bawah Akta ini;
jika suatu cap dagangan telah didaftar dan dicatitkan dalam mana-mana daripada daftar-daftar dahulu oleh seorang tuanpunya bagi mana-mana satu atau dua daripada wilayah-wilayah komponen Malaysia, maka cap dagangan itu hendaklah dengan kemasukannya dalam Daftar disifatkan sebagai suatu cap dagangan berdaftar atas nama tuanpunya itu di bawah Akta ini jika pada tarikh Akta ini mula berkuatkuasa—
tiada sesuatu cap dagangan yang serupa atau tiada sesuatu cap dagangan yang hampir-hampir menyerupai cap dagangan yang pertama tersebut itu mengenai barang-barang yang sama atau mengenai barang-barang dari perihal yang sama hingga mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan telah didaftar dan dicatitkan dalam daftar atau daftar-daftar dahulu yang lain-lain itu sebelum daripada tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini oleh seorang tuanpunya atau tuanpunya-tuanpunya yang berlainan bagi mana-mana daripada wilayah komponen Malaysia yang lain-lain itu; dan
tiada sesuatu permohonan untuk mendaftarkan suatu cap dagangan yang serupa atau sesuatu cap dagangan yang hampir-hampir menyerupai cap dagangan yang pertama tersebut itu mengenai barang-barang yang sama atau mengenai barang-barang dari perihal yang sama hingga mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan telah dibuat sebelum daripada tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini oleh seorang lain bagi manamana daripada wilayah-wilayah komponen
Malaysia yang lain-lain itu atau jika permohonan telah dibuat, permohonan itu kemudiannya telah ditolak, digugurkan atau dengan jayanya dibangkang;
jika suatu cap dagangan telah didaftar dan dicatitkan dalam mana-mana daripada daftar-daftar dahulu oleh seorang tuanpunya bagi mana-mana satu atau dua daripada wilayah-wilayah komponen Malaysia dan suatu cap dagangan yang serupa atau suatu cap dagangan yang hampir-hampir menyerupai cap dagangan yang pertama tersebut itu mengenai barang-barang yang sama atau mengenai barang-barang dari perihal yang sama hingga mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan telah didaftar dan dicatitkan dalam mana-mana daripada daftar-daftar dahulu oleh seorang tuanpunya atau tuanpunya-tuanpunya yang berlainan bagi semua atau mana-mana satu daripada wilayah-wilayah komponen Malaysia yang lain-lain itu, maka cap dagangan yang pertama tersebut itu dan cap dagangan yang serupa itu atau cap dagangan yang hampir-hampir menyerupai cap dagangan yang pertama tersebut itu hendaklah kedua-duanya dengan kemasukannya dalam Daftar disifatkan sebagai cap-cap dagangan berdaftar atas nama tuanpunya-tuanpunya itu masing-masing di bawah Akta ini dengan syarat cap-cap dagangan itu hendaklah digunakan serentak oleh tuanpunya-tuanpunya itu masing-masing mengikut seksyen-kecil (1) seksyen 20;
jika suatu cap dagangan telah didaftar dan dicatitkan dalam mana-mana daripada daftar dahulu oleh seorang tuanpunya bagi manamana satu atau dua daripada wilayah-wilayah komponen Malaysia dan hanya suatu permohonan atau permohonan-permohonan untuk didaftarkan suatu cap dagangan yang serupa atau suatu cap dagangan yang hampir-hampir menyerupai cap dagangan yang pertama tersebut itu mengenai barang-barang yang sama atau mengenai barang-barang dari perihal yang sama hingga mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan telah dibuat sebelum daripada tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini oleh seorang lain bagi mana-mana daripada wilayah-wilayah komponen Malaysia yang lain-lain itu, maka cap dagangan yang pertama tersebut itu hendaklah dengan kemasukannya dalam Daftar berkuatkuasa hanya mengenai wilayah atau wilayah-wilayah komponen Malaysia di mana ia asalnya telah didaftarkan melainkan jika permohonan atau permohonan-permohonan itu kemudiannya telah ditolak, digugurkan atau dengan jayanya dibangkang dan jika demikian halnya maka cap dagangan yang pertama tersebut itu hendaklah disifatkan sebagai suatu cap dagangan berdaftar atas nama tuanpunya itu di bawah Akta ini.
Walau apapun peruntukan seksyen 30 tarikh percatitan sesuatu cap dagangan dalam mana-mana daripada daftar-daftar dahulu yang disatukan dengan dan menjadi sebahagian daripada Daftar hendaklah disifatkan sebagai tarikh pendaftaran asal cap dagangan itu.
Notis mengenai sesuatu amanah, samada nyata, difahamkan sebagai ada atau ditafsirkan, tidak boleh dicatitkan dalam Daftar atau diterima oleh Pendaftar.
Daftar hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh orangramai pada bila-bila masa yang-ditetapkan-oleh-Menteri-dengan-peraturan-peraturan. dan mengikut syarat yang ditetapkan
Salinan-salinan yang diperakui atau cabutan-cabutan mengenai sesuatu catitan dalam Daftar, yang dimeteri dengan meteri Pendaftar hendaklah diberi kepada sesiapa yang menghendakinya apabila dibayar bayaran yang ditetapkan.
Salinan-salinan yang diperakui mengenai Daftar hendaklah disimpan di mana-mana pejabat wilayah cap dagangan bagi maksud memudahkan apa-apa percarian dibuat oleh orangramai pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Menteri dengan peraturan-peraturan dan tiada apa-apa salinan atau cabutan sesuatu catitan dalam salinansalinan itu boleh dibuat atau diberi kepada sesiapa.
Tiap-tiap orang yang—
membuat atau menyebabkan dibuat sesuatu catitan palsu dalam mana-mana salinan yang diperakui mengenai Daftar yang disimpan di sesuatu pejabat wilayah cap dagangan;
membuat atau menyebabkan dibuat sesuatu dokumen palsu yang berupa sebagai suatu salinan sesuatu catitan dalam Daftar;
mengemukakan atau memberi atau menyebab dikemukakan atau diberi sebagai keterangan manamana dokumen itu dengan mengetahui dokumen itu atau mana-mana catitan dalamnya sebagai palsu, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.
Untuk membolehkan sesuatu cap dagangan (lain daripada cap dagangan perakuan) didaftarkan dalam Bahagian A dalam Daftar, cap dagangan itu hendaklah mengandungi atau mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada butir-butir yang berikut:
nama seorang perseorangan, nama syarikat atau firma yang dinyatakan dengan suatu cara khas atau tertentu;
tandatangan pemohon pendaftaran atau tandatangan seseorang peniaga sebelumnya dalam perniagaannya;
suatu perkataan yang tiada mempunyai apa-apa hubungan yang langsung dengan sifat atau kualiti barang-barang/itu, iaitu perkataan yang mengikut ertinya yang biasa bukan suatu nama berasalkan tempat atau suatu namakeluarga;
Sesuatu nama, tandatangan atau perkataan yang tidak diperihalkan dalam perenggan-perenggan (a), (b), (c), atau (d) seksyen-kecil (1) tidak boleh didaftarkan dalam Bahagian A dalam Daftar melainkan jika ia dibuktikan dengan keterangan sebagai distinktif. (2A, 2B)...
< 44 981
Untuk membolehkan sesuatu cap dagangan didaftarkan dalam Bahagian B dalam Daftar, cap dagangan itu mistilah distinktif atau boleh menjadi distinktif akan barang-barang yang mengenainya ia didaftarkan dan yang dengannya tuanpunya cap dagangan itu ada atau mungkin ada hubungan dalam perjalanan perdagangan daripada barang-barang yang dengannya tidak ada apa-apa hubungan, samada pada amnya atau, jika cap dagangan itu didaftarkan atau dicadang untuk didaftarkan dengan tertakluk kepada syarat-syarat, pindaan-pindaan, ubahsuaian-ubahsuaian, atau batasan-batasan, cap dagangan itu mistilah distinktif atau boleh menjadi distinktif akan barang-barang berhubung dengan penggunaan dalam takat pendaftarannya.
Sesuatu cap dagangan boleh didaftarkan dalam Bahagian A dalam Daftar mengenai apa-apa barang walaupun cap dagangan itu atau suatu atau beberapa bahagian daripadanya didaftarkan dalam Bahagian B dalam Daftar atas nama orang yang sama mengenai barang-barang yang sama atau yang berlainan.
Sesuatu cap dagangan boleh didaftarkan dalam Bahagian B dalam Daftar mengenai apa-apa barang/walaupun cap dagangan itu atau suatu atau beberapa bahagian daripadanya didaftarkan dalam Bahagian A dalam Daftar atas nama orang yang sama mengenai/barang-barang-yang sama atau-barang-barang-yang-berlainan.
Bagi maksud-maksud Akta ini, sesuatu cap dagangan adalah tidak distinktif akan barang-barang melainkan jika cap dagangan itu disesuaikan untuk membezakan antara barang-barang yang dengannya tuanpunya cap dagangan itu ada atau mungkin ada hubungan dalam perjalanan perdagangan dengan barang-barang yang tidak ada apa-apa hubungan dengannya samada pada amnya atau, jika cap dagangan itu didaftarkan atau dicadang untuk didaftarkan dengan tertakluk kepada syarat-syarat, pindaan-pindaan, ubahsuaian-ubahsuaian, atau batasan-batasan, sesuatu cap dagangan adalah tidak distinktif akan barang-barang melainkan jika cap dagangan itu disesuaikan untuk membezakan barang-barang berhubung dengan penggunaan dalam takat pendaftarannya.
Pada menentukan samada sesuatu cap dagangan adalah distinktif perhatian hendaklah diberi setakat mana—
oleh sebab penggunaan cap dagangan itu atau oleh sebab apa-apa hal keadaan lain, cap dagangan itu benar-benar disesuaikan untuk berbeza.
Jika suatu permohonan untuk mendaftarkan suatu cap dagangan telah dibuat oleh seseorang dan sebelum tarikh permohonan itu cap dagangan itu telahpun digunakan oleh seseorang yang lain dari pemohon itu di bawah kawalan dan dengan persetujuan dan kuasa pemohon itu, dan jika suatu permohonan dibuat oleh pemohon itu dan oleh orang yang lain itu untuk mendaftarkan orang yang lain itu sebagai seorang pengguna berdaftar cap dagangan itu selepas sahaja cap dagangan itu didaftarkan dan Pendaftar berpuashati bahawa orang yang lain itu adalah berhak didaftarkan sebagai seorang pengguna berdaftar cap dagangan itu, maka Pendaftar boleh, bagi maksud menentukan samada cap dagangan itu adalah distinktif akan barang-barang pemohon itu, mensifatkan penggunaan cap dagangan itu oleh orang yang lain itu sebagai setara dengan penggunaan cap dagangan itu oleh pemohon itu dan boleh membuat suatu perintah bahawa cap dagangan itu adalah distinktif sedemikian.
Sesuatu perintah yang dibuat oleh Pendaftar di bawah seksyen-kecil (3) adalah tertakluk kepada rayuan kepada Mahkamah.
Jika sesuatu perintah dibuat di bawah seksyen-kecil (3), pendaftaran cap dagangan itu hendaklah berhenti mempunyai kuatkuasa jika pada masa tamatnya tempoh yang ditetapkan itu atau suatu tempoh lanjut yang tidak lebih daripada enam bulan sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar, orang yang lain itu tidak didaftarkan sebagai pengguna berdaftar cap dagangan itu.
Sesuatu cap dagangan boleh dihadkan pada kesemuanya atau pada sebahagiannya kepada satu atau lebih warna-warna yang ditentukan dan, dalam sesuatu hal yang demikian, fakta bahawa cap dagangan itu adalah dihadkan sedemikian hendaklah diambilkira bagi maksud menentukan samada cap dagangan itu adalah distinktif atau tidak.
Jika sesuatu cap dagangan didaftarkan tanoa had tentang warna, cap dagangan itu hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan bagi segala warna.
Sesuatu cap atau sesuatu bahagian cap tidak boleh didaftarkan sebagai suatu cap dagangan—
jika penggunaannya mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan kepada orangramai atau akan berlawanan dengan undang-undang;-dan
jika ia mengandungi atau terdiri dari apa-apa perkara skandal atau menyinggung atau pun tidak berhak mendapat perlindungan mana-mana mah-kamah undang-undang ;
Pendaftar hendaklah enggan menyetujuterima sesuatu permohonan untuk pendaftaran sesuatu cap dagangan yang mengandungi atau mempunyai mana-mana daripada cap-cap yang berikut atau sesuatu cap yang hampir-hampir menye-rupai mana-mana daripada cap-cap itu hingga mungkin disalahsangka sebagai cap itu:
Jika seseorang membuat suatu permohonan untuk mendaftarkan suatu cap dagangan yang mengandungi atau yang termasuk nama atau gambaran seorang lain samada orang itu/mati-atau-hidup, Pendaftar boleh menghendaki pemohon itu memberi kepadanya persetujuan orang itu, jika orang itu hidup, atau persetujuan wakil di sisi undang-undang orang itu, jika orang itu mati, sebelum membenarkan nama atau gambaran itu digunakan sebagai suatu cap dagangan.
sesuatu cap yang khusus diisytiharkan oleh Menteri dalam sesuatu peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu cap larangan.
perkataan atau perkataan-perkataan "Jaminhak", "Dijaminhak", "Dengan Jaminhak Surat Diraja", "Berdaftar", "Rekabentuk Berdaftar" dan "Hakcipta" atau sesuatu perkataan atau perkataan-perkataan yang bermaksud demikian itu dalam apa-apa jua bahasa; atau
Suatu cap dagangan hendaklah didaftarkan mengenai mana-mana atau semua barang-barang yang/terdiri dari suatu-klas-barang-barang-yang ditetapkan.
Jika timbul sesuatu soal tentang dari klas manakah barang-barang terdiri maka soal itu hendaklah diputuskan oleh Pendaftar dan keputusan Pendaftar itu adalah muktamad.
Jika sesuatu cap dagangan—
yang tidak menjadi perkara suatu permohonan berasingan oleh tuanpunyanya untuk didaftarkan sebagai suatu cap dagangan; atau
yang tidak didaftarkan secara berasingan oleh tuanpunyanya sebagai suatu cap dagangan; atau
mengandungi perkara yang biasa kepada perdagangan atau perniagaan atau yang tidak distinktif,
Pendaftar atau Mahkamah, pada memutuskan samada cap dagangan itu hendaklah dicatitkan atau hendaklah berada dalam Daftar, boleh menghendaki sebagai suatu syarat bagi cap dagangan itu berada dalam Daftar, supaya tuanpunyanya melucutkan apa-apa hak ke atas penggunaan eksklusif akan mana-mana bahagian atau perkara itu, iaitu penggunaan eksklusif yang tuanpunya itu tidak berhak ke atasnya mengikut pendapat Pendaftar atau Mahkamah atau supaya tuanpunyanya membuat apa-apa pelucutan lain yang difikirkan perlu oleh Pendaftar atau Mahkamah bagi maksud menentukan hak-haknya di bawah pendaftaran itu.
Tiada apa-apa pelucutan dalam Daftar boleh menyentuh apa-apa hak tuanpunya sesuatu cap dagangan kecuali sesuatu hak yang terbit dari pendaftaran cap dagangan itu yang mengenainya pelucutan itu dibuat.
Tiada sesuatu cap dagangan boleh didaftarkan mengenai apa-apa barang atau mengenai barang-barang dari apa-apa perihal yang serupa dengan suatu cap dagangan yang dipunyai oleh seorang tuanpunya yang berlainan dan yang dicatitkan dalam Daftar mengenai barang-barang yang sama atau mengenai barang-barang dari perihal yang sama atau yang hampir-hampir menye-rupai cap dagangan itu hingga mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan.
Jika permohonan-permohonan yang berasingan dibuat oleh orang-orang yang berlainan untuk didaftarkan masing-masing sebagai tuanpunya-tuanpunya cap-cap dagangan yang serupa atau yang hampir-hampir menyerupai satu sama lain mengenai barang-barang yang sama atau mengenai barang-barang dari perihal yang sama, Pendaftar boleh enggan mendaftarkan mana-mana daripada mereka sehingga hak-hak mereka telah ditentukan oleh Mahkamah atau telah diselesaikan dengan persetujuan mengikut cara yang diluluskan oleh Pendaftar atau oleh Mahkamah.
Mengenai penggunaan serentak yang jujur atau mengenai hal keadaan yang diperihalkan dalam perenggan (c) seksyen-kecil (4) seksyen 6 atau mengenai hal keadaan khas yang lain yang, pada pendapat Mahkamah atau Pendaftar, adalah wajar bagi Mahkamah atau Pendaftar membenarkan pendaftaran cap-cap dagangan yang serupa atau yang hampir-hampir menyerupai satu sama lain mengenai barang-barang yang sama atau mengenai barang-barang dari perihal yang sama oleh lebih daripada satu tuanpunya, Mahkamah atau Pendaftar boleh berbuat demikian tertakluk kepada apa-apa syarat, pindaan, ubah-suaian atau batasan, jika ada, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan, dikenakan.
Pendaftar tidak boleh enggan mendaftarkan sesuatu cap dagangan yang serupa dengan atau yang hampir-hampir menyerupai suatu cap dagangan yang lain dalam Daftar jika pemohon cap dagangan yang pertama tersebut itu atau peniaga sebelumnya dalam perniagaannya telah menggunakan cap dagangan itu terus-menerus dari suatu tarikh sebelum—
cap dagangan yang lain itu digunakan oleh tuanpunya berdaftarnya atau peniaga sebelumnya dalam perniagaannya atau oleh seorang pengguna berdaftar; atau
cap dagangan yang lain itu didaftarkan oleh tuanpunya berdaftarnya atau peniaga sebelumnya dalam perniagaannya, mengikut mana yang lebih awal.
Jika dua orang atau lebih mempunyai kepentingan dalam suatu cap dagangan dan tiada seorang pun daripada mereka berhak dengan sendirinya menggunakan cap dagangan itu kecuali—
berhubung dengan barang-barang/ dengan mana kedua-dua atau semua daripada mereka ada hubungan dalam perjalanan perdagangan;
maka kedua-dua atau semua daripada mereka boleh didaftarkan sebagai tuanpunya-tuanpunya bersama bagi cap dagangan itu dan Akta ini adalah berkuatkuasa berhubung dengan apa-apa hak orang-orang itu ke atas penggunaan cap dagangan itu seolah-olah hak-hak itu adalah hak-hak bagi seorang sahaja.
Tertakluk kepada seksyen-kecil (1), tiada apa-apa jua dalam Akta ini membenar dua orang atau lebih yang menggunakan suatu cap dagangan secara bebas, atau yang bercadang hendak menggunakannya didaftarkan sebagai tuanpunya-tuanpunya bersama cap dagangan itu.
Jika suatu cap dagangan yang didaftarkan atau yang dipohon untuk didaftarkan mengenai apa-apa barang adalah serupa dengan suatu cap dagangan lain yang didaftarkan atau yang dipohon untuk didaftarkan atas nama tuanpunya yang sama mengenai barang-barang yang sama atau mengenai barang-barang dari perihal yang sama atau yang hampir-hampir menyerupai cap dagangan yang lain itu hingga mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan jika digunakan oleh seorang yang lain daripada tuanpunyanya, Pendaftar boleh pada bila-bila masa menghendaki supaya cap-cap dagangan itu dicatitkan dalam daftar sebagai cap-cap dagangan berkaitan.
(1.4) ...
Atas permohonan mengikut cara yang ditetapkan yang dibuat oleh tuanpunya berdaftar dua atau lebih cap-cap dagangan berkaitan, Pendaftar boleh membubarkan perkaitan itu mengenai mana-mana daripada cap-cap dagangan itu jika ia berpuashati bahawa tiada apa-apa perdayaan atau kekeliruan mungkin berlaku jika cap dagangan itu digunakan oleh seorang lain berhubung dengan mana-mana daripada barang-barang/yang mengenainya ia didaftarkan itu dan boleh meminda Daftar dengan sewajarnya.
Cap-cap dagangan berkaitan boleh diserahakkan atau berpindah hanya secara semua sekali dan bukan secara berasingan tetapi bagi segala maksud yang lain cap-cap dagangan berkaitan hendaklah disifatkan sebagai telah didaftarkan sebagai cap-cap dagangan yang berasingan.
Jika penggunaan sesuatu cap dagangan berdaftar dikehendaki dibuktikan bagi apa-apa maksud di bawah Akta ini, Mahkamah atau Pendaftar boleh, jika dan setakat mana difikirkan patut olehnya, menyetujuterima penggunaan sesuatu cap dagangan berkaitan atau penggunaan cap dagangan itu dengan tambahan-tambahan dan perubahan-perubahan yang tidak pada matannya menyentuh identitinya sebagai setara dengan penggunaan itu.
Peruntukan-peruntukan yang tersebut di atas adalah dipakai berhubung dengan membuktikan penggunaan sesuatu cap dagangan berdaftar dan bukan berhubung hanya dengan membuktikan penggunaan sesuatu cap dagangan yang mana adalah satu daripada dua atau lebih cap dagangan berkaitan.
Jika beberapa cap dagangan mengenai barang-barang yang sama atau mengenai barang-barang dari perihal yang sama/menyerupai satu sama lain tentang butir-butir matan tetapi berlainan mengenai—
pernyataan-pernyataan atau representasi-representasi tentang barang-barang yang mengenainya capcap dagangan itu digunakan atau dicadang untuk digunakan;
pernyataan-pernyataan atau representasi-representasi tentang bilangan, harga, kualiti atau tentang nama-nama tempat;
lain-lain perkara yang tidak distinktif dan yang tidak pada matannya menyentuh identiti cap-cap dagangan itu; atau
warna, dan seseorang yang mengaku sebagai tuanpunya cap-cap dagangan itu meminta supaya cap-cap dagangan itu didaftarkan, maka cap-cap dagangan itu bolehlah didaftarkan sebagai suatu siri dalam satu pendaftaran.
Semua cap dagangan yang didaftarkan dalam suatu siri hendaklah disifat dan didaftarkan sebagai cap-cap dagangan berkaitan.
23
Seseorang yang mengaku sebagai tuanpunya sesuatu cap dagangan yang digunakan atau dicadang untuk digunakan olehnya boleh membuat permohonan kepada Pendaftar untuk mendaftarkan cap dagangan itu dalam Bahagian A atau Bahagian B dalam Daftar dengan cara yang ditetapkan.
Permohonan tidak boleh dibuat mengenai barang-barang/yang terdiri dari lebih daripada satu klas.
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, Pendaftar boleh menolak permohonan itu atau boleh menyetujuterimanya secara mutlak atau dengan tertakluk kepada syarat-syarat, pindaan-pindaan, ubahsuaian-ubahsuaian atau batasan-batasan, jika ada, sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan.
Jika Pendaftar menolak permohonan itu atau menyetujuterimanya dengan bersyarat Pendaftar hendaklah, jika dikehendaki oleh pemohon itu, menyatakan secara bertulis alasan-alasan keputusannya itu dan juga bahan yang digunakan olehnya pada mencapai keputusan itu.
Sesuatu rayuan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dengan cara yang ditetapkan dan Mahkamah hendaklah. jika dikehendaki, mendengar pemohon itu dan juga Pendaftar, dan hendaklah membuat suatu perintah memutuskan samada, dan tertakluk kepada syarat-syarat, pindaan-pindaan, ubahsuaian-ubahsuaian atau batasan-batasan apakah, jika ada, permohonan itu akan disetujuterima.
Rayuan itu hendaklah didengar berasaskan bahan yang dinyatakan oleh Pendaftar itu sebagai telah digunakan olehnya pada mencapai keputusannya dan tiada apa-apa alasan lanjut mengenai bantahan terhadap penyetujuterimaan permohonan itu boleh dibenarkan untuk diambilkira oleh Pendaftar melainkan alasan-alasan yang telah dinyatakan sedemikian kecuali dengan kebenaran Mahkamah.
kata an perkhidmatan-perkhidmatan
ΔΔ BB1
Jika apa-apa alasan lanjut mengenai bantahan diambilkira, pemohon itu adalah berhak menarikbalik permohonannya tanpa membayar kos dengan memberi notis dengan cara yang ditetapkan.
Pendaftar atau Mahkamah, mengikut mana yang berkenaan, boleh pada bila-bila masa, samada sebelum atau selepas sesuatu permohonan disetujuterima, membetulkan apa-apa kesilapan dalam atau berkenaan dengan permohonan itu atau boleh membenarkan pemohon itu meminda permohonannya atas apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
Sesuatu permohonan yang dikemukakan atau disetujuterima di bawah seksyen ini hendaklah, walau apapun pembetulan atau pindaan yang dibenarkan oleh Pendaftar atau Mahkamah untuk dibuat dalam permohonan itu, disifatkan sebagai telah dibuat pada tarikh ia dikemukakan pada asalnya.
Mengenai sesuatu permohonan untuk mendaftarkan suatu cap dagangan (lain daripada cap dagangan perakuan) dalam Bahagian A dalam Daftar, Pendaftar boleh dengan persetujuan pemohon itu mensifatkan permohonan itu sebagai permohonan untuk pendaftaran dalam Bahagian B dalam Daftar dan menguruskan permohonan itu dengan sewajarnya.
Tanpa menyentuh seksyen-kecil (10), jika selepas sesuatu permohonan disetujuterima untuk pendaftaran suatu cap dagangan tetapi sebelum cap dagangan itu didaftarkan Pendaftar berpuashati—
bahawa dalam keadaan khas hal itu cap dagangan itu tidak boleh didaftarkan atau hendaklah didaftarkan tertakluk kepada syarat-syarat atau batasan-batasan tambahan atau yang berlainan,
Pendaftar boleh menarikbalik penyetujuterimaan itu dan mengambil tindakan seolah-olah permohonan itu telah tidak disetujuterima!
Sesuatu permohonan untuk mendaftarkan suatu cap dagangan mengenai apa-apa barang-barang/tidak boleh ditolak dan juga kebenaran untuk mendaftarkan cap dagangan itu tidak boleh ditahan atas alasan bahawa pemohon itu nampaknya tidak menggunakan atau tidak bercadang untuk menggunakan cap dagangan itu—
jika Pendaftar berpuashati bahawa suatu pertubuhan perbadanan hampir hendak ditubuhkan dan bahawa pemohon itu bercadang hendak menye-rahakkan cap dagangan itu kepada perbadanan itu dengan tujuan supaya ia digunakan oleh perbadanan itu berhubung dengan barang-barang/itu; atau
jika permohonan itu disertai dengan suatu permohonan untuk mendaftarkan seseorang sebagai seorang pengguna berdaftar cap dagangan itu, dan Pendaftar berpuashati bahawa tuanpunyanya itu mencadangkan cap dagangan itu digunakan oleh orang itu berhubung dengan barang-barang itu dan Pendaftar juga berpuashati bahawa orang itu akan didaftarkan sebagai seorang pengguna berdaftar cap dagangan itu selepas sahaja cap dagangan itu didaftarkan.
Pendaftar boleh, sebagai suatu syarat bagi menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen-kecil (1) untuk faedah pemohon, menghendaki pemohon memberi sekuriti bagi kos apa-apa langkah pembicaraan di hadapannya berhubung dengan apa-apa bangkangan dan, jika sekuriti itu tidak diberi dengan sewajarnya Pendaftar boleh mensifatkan permohonan itu sebagai digugurkan.
Jika suatu cap dagangan didaftarkan mengenai apaapa barang di bawah kuasa yang diberi oleh seksyen-kecil (1), maka melainkan perbadanan itu telah didaftarkan sebagai tuanpunya cap dagangan itu mengenai barang-barang itu dalam tempoh enam bulan, pendaftaran itu hendaklah berhenti berkuatkuasa mengenai barang-barang itu apabila tamat tempoh itu dan Pendaftar hendaklah meminda Daftar dengan sewajarnya.
Apabila suatu permohonan untuk mendaftarkan suatu cap dagangan telah disetujuterima samada secara mutlak atau dengan tertakluk kepada syarat-syarat, pindaan-pindaan, ubahsuaian-ubahsuaian atau batasan-batasan, Pendaftar hendaklah selepas sahaja permohonan parkhidmatan
AA 881
hat au perchid water per child matan
Δ Δ 8 8 1
itu disetujuterima mengarahkan supaya permohonan itu sebagaimana disetujuterima itu diiklankan dengan cara yang ditetapkan.
Seseorang boleh, dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh pengiklanan sesuatu permohonan untuk pendaftaran suatu cap dagangan, memberi notis kepada Pendaftar mengenai bangkangan terhadap pendaftaran itu.
Iklan itu hendaklah menyatakan semua syarat, pindaan, ubahsuaian dan batasan yang tertakluk kepadanya permohonan itu telah disetujuterima kecuali bahawa Pendaftar boleh mengarahkan supaya suatu permohonan untuk mendaftarkan suatu cap dagangan diiklankan sebelum permohonan itu disetujuterima jika/permohonan itu-dibuat-di-bawah-perenggan-
seksyen-kecil (1) seksyen 10- atau, dalam sesuatu hal lain, jika Pendaftar dapati sesuai berbuat demikian oleh sebab apa-apa hal keadaan yang terkecuali.
Jika sesuatu permohonan telah diiklankan di bawah seksyen-kecil (2) Pendaftar boleh, jika difikirkannya patut, mengiklankan permohonan itu sekali lagi apabila ia telah disetujuterima tetapi Pendaftar tidaklah terikat untuk berbuat demikian itu.
Notis itu hendaklah diberi secara bertulis dengan cara yang ditetapkan dan hendaklah termasuk suatu pernyataan tentang alasan-alasan bangkangan itu.
Pendaftar hendaklah menghantar suatu salinan notis itu kepada pemohon dan pemohon hendaklah, selepas menerima notis itu, menghantar dalam tempoh yang ditetapkan, kepada Pendaftar dengan cara yang ditetapkan suatu pernyataan-balas mengenai alasan-alasan bagi permohonannya itu, dan, jika ia tidak berbuat demikian itu, ia hendaklah disifatkan sebagai telah menggugurkan permohonannya.
(BA)---
Jika pemohon mengemukakan suatu pernyataan-balas itu ia hendaklah memberi suatu salinannya kepada pembangkang dan Pendaftar hendaklah selepas memberi pemohon dan pembangkang suatu peluang untuk didengar memutuskan samada—
mendaftarkan cap dagangan itu dengan tertakluk kepada apa-apa syarat, pindaan, ubahsuaian atau batasan yang difikirkannya patut.
Sesuatu rayuan di bawah seksyen ini hendaklah mengikut cara yang ditetapkan dan Mahkamah hendaklah, jika dikehendaki, mendengar pihak-pihak itu dan juga Pendaftar dan hendaklah membuat suatu perintah memutuskan samada, dan tertakluk kepada syarat-syarat, pindaanpindaan, ubahsuaian-ubahsuaian atau batasan-batasan apakah, jika ada, pendaftaran akan dibenarkan.
Apabila didengar sesuatu rayuan di bawah seksyen ini mana-mana pihak boleh, samada dengan cara yang ditetapkan atau dengan kebenaran khas Mahkamah, mengemukakan bahan lanjut bagi pertimbangan Mahkamah tetapi tiada apa-apa alasan lanjut mengenai bantahan terhadap pendaftaran sesuatu cap dagangan boleh dibenar dikemukakan oleh pembangkang atau Pendaftar melainkan alasan-alasan yang telah dinyatakan oleh pembangkang itu kecuali dengan kebenaran Mahkamah.
Jika apa-apa alasan lanjut mengenai bantahan dikemukakan, pemohon adalah berhak menarikbalik permohonannya tanpa membayar kos pembangkang dengan memberi notis sebagaimana ditetapkan.
Dalam sesuatu rayuan di bawah seksyen ini Mahkamah boleh, selepas mendengar Pendaftar, membenarkan cap dagangan yang dicadang untuk didaftarkan itu diubahsuai dengan apa-apa cara yang pada matannya tidak menyentuh identiti cap dagangan itu, tetapi dalam sesuatu hal yang demikian cap dagangan itu sebagaimana diubahsuai hendaklah diiklankan dengan cara yang ditetapkan sebelum didaftarkan.
Jika seseorang yang memberi notis mengenai bangkangan atau jika seseorang pemohon yang menghantar suatu/tuntutan-balas selepas menerima suatu-salinan notis itu, atau jika seseorang perayu, tidak tinggal dan juga tidak menjalankan perniagaan di Malaysia, Mahkamah boleh menghendakinya memberi sekuriti bagi kos pembicaraan dihadapan Mahkamah berkaitan dengan bangkangan, permohonan atau rayuan itu, mengikut mana yang berkenaan,
28
Apabila sesuatu permohonan untuk mendaftarkan suatu cap dagangan tidak/disetujuterima dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh permohonan itu oleh sebab kemungkiran di pihak pemohon, Pendaftar boleh, selepas memberi notis secara bertulis tentang tidak lengkapnya permohonan itu kepada pemohon dengan cara yang ditetapkan, mensifatkan permohonan itu sebagai digugurkan melainkan jika ia dilengkapkan dalam masa yang dinyatakan bagi maksud itu dalam notis itu.
dan jika sekiranya sekuriti itu tidak diberi dengan sewajarnya,/ Mahkamah boleh mensifatkan bangkangan, permohonan atau rayuan itu, mengikut mana yang berkenaan, sebagai digugurkan.
Jika sesuatu rayuan di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini telah dikemukakan mengenai sesuatu permohonan untuk pendaftaran suatu cap dagangan Pendaftar tidak boleh memberi notis tentang permohonan itu tidak/disetujterima sehingga tamat tiga bulan selepas rayuan itu diputuskan atau sehingga tamat apa-apa tempoh lanjut yang dibenarkan oleh Mahkamah.
Apabila sesuatu permohonan untuk mendaftarkan suatu cap dagangan dalam Bahagian A atau Bahagian B dalam Daftar telah disetujuterima dan samada-
permohonan itu telah tidak dibangkang dan tempoh bagi bangkangan telah tamat; atau
permohonan itu telah dibangkang dan bangkangan itu telah diputuskan untuk faedah pemohon,
Pendaftar hendaklah, melainkan jika permohonan itu telah disetujuterima dengan silap, mendaftarkan cap dagangan itu apabila dibayar bayaran yang ditetapkan di atas nama tuanpunyanya dalam Bahagian A atau Bahagian B dalam Daftar, mengikut mana yang berkenaan, dan cap dagangan yang didaftarkan sedemikian hendaklah didaftarkan seperti pada tarikh permohonan untuk pendaftaran itu dan tarikh itu hendaklah disifatkan bagi maksud Akta ini sebagai tarikh pendaftaran.
Apabila didaftarkan sesuatu cap dagangan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan kepada pemohon suatu perakuan pendaftaran mengenai cap dagangan itu dalam bentuk yang ditetapkan dan perakuan itu hendaklah dicap dengan meteri Pendaftar.
Tertakluk kepada seksyen-kecil (2), sesuatu cap dagangan tidak boleh didaftarkan selepas dua belas bulan dari tarikh diiklankan penyetujuterimaan permohonan untuk pendaftaran cap dagangan itu.
sesuatu rayuan dibuat kepada Mahkamah; atau maka cap dagangan itu bolehlah didaftarkan dalam apaapa tempoh yang diarahkan oleh Pendaftar atau Mahkamah, mengikut mana yang berkenaan.
Jika sesuatu cap dagangan tidak didaftarkan dalam tempoh yang berkenaan dengannya, permohonan itu hendaklah luput masanya.
Pendaftaran sesuatu cap dagangan ialah selama tempoh tujuh tahun tetapi boleh dibaharui dari semasa ke semasa mengikut Akta ini.
Jika sesuatu cap dagangan didaftarkan di bawah Ordinan-ordinan yang dimansuhkan dan cap dagangan itu dimasukkan dalam dan menjadi sebahagian dari Daftar di bawah Akta ini maka pendaftaran cap dagangan itu, melainkan jika dibaharui di bawah Akta ini, ialah selama baki tempoh cap dagangan itu telah didaftarkan atau dibaharui di bawah Ordinan-ordinan yang dimansuhkan.
Pendaftaran sesuatu cap dagangan boleh dibaharui dari semasa ke semasa mengikut Bahagian VII.
Pendaftaran sesuatu cap dagangan tidak boleh disifatkan sebagai menjadi tidak sah semata-mata oleh sebab suatu atau beberapa perkataan yang terkandung dalam atau yang menjadi sebahagian daripada cap dagangan itu telah digunakan sebagai nama atau perihal sesuatu barang atau-benda selepas tarikh cap dagangan itu didaftarkan.
bahawa perkataan atau perkataan-perkataan itu telah digunakan secara terkenal dan pasti sebagai nama atau perihal barang atau benda itu oleh orang atau orang-orang yang menjalankan perdagangan barang atau benda itu iaitu bukan telah digunakan berhubung dengan barang-barang yang ada hubungan dalam perjalanan perdagangan dengan tuanpunya atau seseorang pengguna berdaftar cap dagangan itu atau, mengenai cap dagangan perakuan, bukan telah digunakan berhubung dengan barang-barang yang diperakui oleh tuanpunya itu; atau
bahawa barang atau benda itu telah dahulunya dibuat di bawah suatu jaminhak; bahawa suatu tempoh dua tahun atau lebih telah luput selepas berhentinya jaminhak itu dan bahawa perkataan atau perkataan-perkataan itu adalah hanya nama atau perihal yang praktik bagi barang atau benda itu;
maka seksyen-kecil (3) hendaklah berkuatkuasa.
Apabila fakta-fakta yang disebutkan dalam/pereng gan—
—atau—
seksyen-kecil (2) dibuktikan berkenaan dengan sesuatu perkataan atau perkataan-perkataan maka—
jika cap dagangan itu terdiri semata-mata dari perkataan atau perkataan-perkataan itu, pendaftaran cap dagangan itu, setakat mana yang berkenaan dengan pendaftaran mengenai%barang atau-benda-yang-berkenaan-itu-atau-mengenai barang-barang-dari-perihal-yang-sama, hendaklah disifatkan bagi maksud seksyen 45 sebagai suatu catitan yang berada dengan salah dalam Daftar;
jika cap dagangan itu mengandungi perkataan atau perkataan-perkataan itu dan perkara lain, Mahkamah atau Pendaftar pada memutuskan samada cap dagangan itu hendaklah berada dalam Daftar, setakat mana berkenaan dengan pendaftaran mengenai/barang atau-benda-yang-berkenaan-itu atau-mengenai-barang-barang-dari-perihal-yang sama boleh, sekiranya keputusan diberi membenarkan cap dagangan itu berada dalam Daftar, menghendaki sebagai suatu syarat keputusan itu supaya
CAP DAGANGAN tuanpunyanya melucutkan apa-apa hak ke atas penggunaan eksklusif perkataan atau perkataan-perkataan berhubung dengan/barang atau benda itu atau apa-apa barang dari perihal yang sama tetapi walau bagaimanapun tiada sesuatu pelucutan dalam Daftar boleh menyentuh apa-apa hak tuanpunya sesuatu cap dagangan kecuali sebagaimana yang berbangkit dari pendaftaran cap dagangan yang mengenainya pelucutan itu dibuat; dan
bagi maksud apa-apa pembicaraan lain di sisi undang-undang berhubung dengan cap dagangan itu—
jika cap dagangan itu terdiri semata-mata dari perkataan atau perkataan-perkataan itu, semua hak tuanpunya berdaftarnya ke atas penggunaan eksklusif cap dagangan itu berhubung dengan /barang atau benda yang berkenaan itu atau berhubung dengan apa-apa barang dari perihal yang sama; atau
jika cap dagangan itu mengandungi perkataan atau perkataan-perkataan itu dan perkara lain, semua hak tuanpunya berdaftarnya ke atas penggunaan eksklusif perkataan atau perkataan-perkataan itu dalam hubungan seperti dalam perenggan-kecil (1), hendaklah disifatkan sebagai telah berhenti pada tarikh penggunaan yang disebutkan dalam perenggan (a) seksyen-kecil (2) mula-mula menjadi terkenal dan pasti atau apabila tamat tempoh dua tahun yang disebutkan dalam perenggan (b) seksyen-kecil (2).
Tiada sesuatu perkataan yang biasanya digunakan dan diterima sebagai nama bagi satu unsur kimia atau satu sebatian kimia, sebagaimana yang berbeza dengan sesuatu campuran, boleh didaftarkan sebagai suatu cap dagangan mengenai benda atau sediaan kimia kecuali bahawa seksyenkecil ini tidaklah berkuatkuasa berhubung dengan sesuatu perkataan yang digunakan untuk menunjukkan hanya sesuatu jenama atau buatan unsur atau sebatian yang dibuat oleh tuanpunya atau seseorang pengguna berdaftar cap dagangan itu sebagaimana yang berbeza dengan unsur atau sebatian yang dibuat oleh orang-orang lain dan berkaitan dengan sesuatu nama atau perihal yang sesuai yang terbuka untuk kegunaan orangramai.
orang yang pada masa itu dicatitkan dalam Daftar sebagai tuanpunya berdaftar sesuatu cap dagangan adalah berkuasa, tertakluk kepada apa-apa hak yang terdapat dalam Daftar sebagai diletakhak pada mana-mana orang lain, menyerahakkan cap dagangan itu dan memberi penyelesaian-penyelesaian yang sah bagi apa-apa balasan untuk penyerahakan itu;
apa-apa ekuiti mengenai sesuatu cap dagangan boleh dikuatkuasakan sama seperti ekuiti mengenai apa-apa harta diri yang lain.
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini— (a) orang yang nedah
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, pendaftaran seseorang dalam Bahagian A atau Bahagian B sebagai tuanpunya berdaftar sesuatu cap dagangan (lain daripada sesuatu cap dagangan perakuan) mengenai apa-apa barang/adalah, jika sah, memberi atau hendaklah disifatkan sebagai telah memberi kepada orang itu hak eksklusif ke atas penggunaan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang/itu tertakluk kepada apa-apa syarat, pindaan, ubahsuaian atau batasan yang dicatitkan dalam Daftar.
Jika dua orang atau lebih adalah tuanpunya bagi cap-cap dagangan berdaftar yang serupa atau hampir-hampir menyerupai satu sama lain samada—bagi—barang-barang yang—sama—atau—bagi—barang-barang—yang berlainan, hak-hak eksklusif ke atas penggunaan salah satu daripada cap-cap dagangan itu tidaklah diperolehi (kecuali setakat mana hak-hak mereka masing-masing telah ditentukan oleh Pendaftar atau Mahkamah) oleh mana-mana seorang daripada mereka itu terhadap mana-mana seorang lain daripada mereka itu dengan pendaftaran cap dagangan itu tetapi tiaptiap seorang daripada mereka itu adalah mempunyai hak-hak yang sama terhadap orang-orang lain (yang bukan pengguna-pengguna berdaftar) sebagaimana ia tetap mempunyai hak-hak itu jika ia adalah seorang tuanpunya berdaftar tunggal cap dagangan itu.
Dalam semua pembicaraan di sisi undang-undang berkenaan dengan sesuatu cap dagangan berdaftar (termasuk permohonan-permohonan di bawah seksyen 45) fakta bahawa seseorang adalah didaftarkan sebagai tuanpunya cap dagangan itu adalah keterangan prima facie mengenai sahnya pendaftaran asal cap dagangan itu dan sahnya semua penyerahakan dan perpindahannya yang kemudian.
Dalam semua pembicaraan di sisi undang-undang berkenaan dengan sesuatu cap dagangan yang didaftarkan dalam Bahagian A dalam Daftar (termasuk permohonan-permohonan di bawah seksyen 45) pendaftaran asal cap dagangan itu di bawah Akta ini hendaklah, selepas tamat tujuh tahun dari tarikh pendaftaran asal itu, dikira sebagai sah mengenai semua perkara melainkan jika dibuktikan—
bahawa cap dagangan itu adalah bersalahan dengan peruntukan-peruntukan seksyen 14; atau
bahawa pada permulaan pembicaraan itu cap dagangan itu telah tidak distinktif akan barang-barang/tuanpunya berdaftar itu, kecuali bahawa seksyen ini tidaklah dipakai bagi sesuatu cap dagangan yang didaftarkan di bawah Ordinan-ordinan yang dimansuhkan dan yang disatukan dalam Daftar menurut seksyen-kecil (3) seksyen 6 sehingga selepas tamat tempoh tiga tahun dari mula berkuatkuasanya Akta ini.
Sesuatu cap dagangan berdaftar adalah dilanggar oleh seseorang jika, sebagai bukan tuanpunya berdaftar cap dagangan itu atau sebagai bukan pengguna berdaftar cap dagangan itu yang menggunakannya dengan cara penggunaan yang dibenarkan, ia menggunakan suatu cap dagangan yang serupa dengannya atau yang hampir-hampir menyerupainya hingga mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan dalam perjalanan perdagangan berhubung dengan barang-barang/yang mengenainya cap dagangan itu didaftarkan dengan sesuatu cara yang menyebabkan penggunaan cap itu mungkin dikira samada—
di mana penggunaan itu adalah penggunaan di atas barang-barang itu atau dalam hubungan fizika dengannya atau dalam suatu pekeliling iklan, atau lain-lain iklan, yang dikeluarkan kepada orangramai, sebagai mengertikan suatu rujukan kepada seseorang yang mempunyai hak samada sebagai tuanpunya berdaftar atau sebagai seorang pengguna berdaftar untuk menggunakan cap dagangan itu atau sebagai mengertikan suatu rujukan kepada barang-barang yang dengannya orang itu ada hubungan dalam perjalanan perdagangan;
Dalam sesuatu tindakan mengenai pelanggaran suatu cap dagangan yang didaftarkan dalam Bahagian B dalam Daftar (yang bukan suatu pelanggaran yang berlaku oleh sebab sesuatu perbuatan yang disebutkan dalam seksyen 39), sesuatu tegahan atau sesuatu relif lain tidak boleh diberi kepada pihak menuntut jika pihak kenatuntut membuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa penggunaan cap dagangan yang mengenainya pihak menuntut itu mengadu tidak mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan atau dikira sebagai menunjukkan suatu hubungan dalam perjalanan perdagangan antara seorang yang ada mempunyai hak samada sebagai tuanpunya berdaftar atau sebagai pengguna berdaftar untuk menggunakan cap dagangan itu dengan barang-barang/yang mengenainya cap dagangan itu didaftarkan.
Jika, dengan notis di atas barang-barang atau di atas bekas barang-barang, tuanpunya berdaftar atau seorang pengguna berdaftar sesuatu cap dagangan yang didaftarkan dalam Bahagian A atau Bahagian B dalam Daftar membuat suatu pernyataan melarang dilakukan sesuatu perbuatan yang baginya dipakai seksyen ini, maka seseorang yang, sebagai pemunya barang-barang itu pada masa itu, melakukan perbuatan itu atau membenarkan perbuatan itu dilakukan berhubung dengan barang-barang itu dalam perjalanan perdagangan atau dengan tujuan untuk menguruskan barang-barang itu dalam perjalanan perdagangan hendaklah disifatkan sebagai melanggar cap dagangan itu melainkan jika—
pada masa ia bersetuju membeli barang-barang itu ia telah bertindak dengan suci hati tanpa mengetahui yang pernyataan itu ada terdapat di atas barang-barang itu; atau
ia telah menjadi pemunya barang-barang itu oleh sebab suatu hakmilik yang didapati daripada seorang lain yang telah bersetuju membeli barang-barang itu.
memakai cap dagangan itu di atas barang-barang selepas barang-barang itu mengalami perubahan tentang keadaan, caragaya atau pembungkusannya;
di mana cap dagangan itu adalah di atas barangbarang itu, mengubah, menghapus sebahagian atau memadamkan sebahagian daripada cap dagangan itu, memakai sesuatu cap dagangan lain di atas barang-barang itu atau menambah kepada barang-barang itu apa-apa perkara lain secara bertulis atau selainnya yang mungkin membencanakan cap reputasi dagangan itu; dan
di mana cap dagangan itu adalah di atas barang-barang itu dan perkara lain ada juga di atas barang-barang itu menunjukkan suatu hubungan dalam perjalanan perdagangan antara tuanpunya berdaftar atau pengguna berdaftar dengan barang-barang itu, menghapus atau memadamkan cap dagangan itu samada kesemuanya atau sebahagiannya melainkan jika perkara lain itu dihapus atau dipadamkan kesemuanya. /
Dalam seksyen ini sebutan-sebutan berhubung dengan barang-barang mengenai tuanpunya berdaftar, mengenai seseorang pengguna berdaftar, dan mengenai pendaftaran sesuatu cap dagangan hendaklah masing-masing ditafsirkan sebagai sebutan-sebutan mengenai tuanpunya berdaftar cap dagangan, mengenai seorang pengguna berdaftar cap dagangan dan mengenai pendaftaran cap dagangan berkenaan dengan barang-barang itu dan perbahasaan "di atas" itu termasuklah, berhubung dengan barang-barang itu, sebutan mengenai hubungan fizika dengan barang-barang itu.
Walau apapun yang terkandung dalam Akta ini, perbuatan-perbuatan yang berikut tidaklah menjadi suatu pelanggaran terhadap sesuatu cap dagangan—
penggunaan dengan suci hati oleh seseorang akan namanya sendiri atau nama tempat perniagaannya atau nama tempat perniagaan mana-mana peniaga sebelumnya dalam perniagaannya;
penggunaan dengan suci hati oleh seseorang akan sesuatu perihal jenis atau kualiti barang-barangnya yang bukan suatu perihal yang mungkin dikira sebagai bererti apa-apa rujukan yang disebutkan dalam perenggan (b) seksyen-kecil (1) seksyen 38 atau perenggan (b) seksyen-kecil (3) seksyen 56;
penggunaan oleh seseorang akan sesuatu cap dagangan berhubung dengan barang-barang/yang mengenainya ia dengan sendirinya atau melalui peniaga-peniaga sebelumnya dalam perniagaannya telah menggunakan terus-menerus cap dagangan itu dari suatu tarikh sebelum—
cap dagangan berdaftar itu digunakan oleh tuanpunya berdaftar itu, oleh peniaga-peniaga sebelumnya dalam perniagaannya atau oleh seorang pengguna berdaftar cap dagangan itu; atau
berhubung dengan barang-barang yang ada hubungannya dalam perjalanan perdagangan dengan tuanpunya berdaftar atau seorang pengguna berdaftar cap dagangan itu jika, mengenai barang-barang itu atau mengenai sebahagian besar daripada barang-barang itu, tuanpunya berdaftar atau pengguna berdaftar itu telah, pada mematuhi penggunaan yang dibenarkan, memakai cap dagangan itu dan telah tidak kemudiannya menghapuskan atau memadamkannya; atau—telah—pada bila-bila—masa-menyetujui-secara-nyata-atau-secara fahaman-penggunaan-cap-dagangan-itu; dan-
penggunaan cap dagangan itu oleh seseorang berhubung dengan barang-barang/yang disesuaikan untuk menjadi sebahagian daripada, atau untuk menjadi alatambah kepada, barang-barang/lain yang mengenainya cap dagangan itu telah digunakan tanpa melanggar hak yang diberi atau yang mungkin pada masa itu digunakan sedemikian, jika penggunaan cap dagangan itu adalah menasabah perlu untuk menunjukkan yang barang-barang/itu adalah disesuaikan sedemikian dan jika maksud dan juga kesan penggunaan cap dagangan itu tidak menunjukkan sesuatu hubungan dalam perjalanan perdagangan antara seseorang dengan barang-barang/itu melainkan dengan mengikut fakta-fakta itu; dan
penggunaan sesuatu cap dagangan, iaitu satu dari-pada dua atau lebih cap dagangan berdaftar yang serupa pada matannya, pada menjalankan hak untuk menggunakan cap dagangan itu yang diberi oleh pendaftaran sebagaimana diperuntukkan oleh Akta ini.
Jika sesuatu cap dagangan didaftarkan tertakluk kepada syarat-syarat, pindaan-pindaan, ubahsuaian-ubahsuaian atau batasan-batasan, maka cap dagangan itu tidak-lah dilanggar jika cap dagangan itu digunakan dengan apaapa cara berhubung dengan barang-barang yang akan dijual atau pun ditukarbeli di sesuatu tempat atau berhubung dengan barang-barang yang akan diekspot ke sesuatu pasaran/atau dalam hal keadaan lain yang, memandang kepada syarat-syarat, pindaan-pindaan, ubahsuaian-ubahsuaian, atau batasan-batasan itu, tidak diliputi oleh pendaftaran.
Pendaftar hendaklah, atas permohonan yang dibuat oleh tuanpunya berdaftar sesuatu cap dagangan dengan cara yang ditetapkan dan dalam tempoh yang ditetapkan, membaharui pendaftaran cap dagangan itu selama tempoh empat-belas tahun dari tarikh tamatnya pendaftaran asal, atau dari tarikh tamatnya pembaharuan pendaftaran yang akhir, mengikut mana yang berkenaan, dan tarikh ini hendaklah kemudian daripada ini disebut "sebagai tarikh tamatnya pendaftaran yang akhir".
Pada masa yang ditetapkan sebelum tarikh tamatnya pendaftaran yang akhir bagi sesuatu cap dagangan, Pendaftar hendaklah menghantar notis dengan cara yang ditetapkan kepada tuanpunya berdaftarnya mengenai tarikh tamatnya pendaftaran yang akhir dan syarat-syarat tentang pembayaran bayaran yang membolehkan pembaharuan pendaftaran didapatkan dan jika syarat-syarat itu tidak dipatuhi dengan sewajarnya, Pendaftar boleh menghapuskan cap dagangan itu dari Daftar tertakluk kepada apa-apa syarat, jika ada, yang ditetapkan tentang kemasukannya semula dalam Daftar
Jika sesuatu cap dagangan telah dihapuskan dari Daftar kerana bayaran bagi pembaharuannya tidak dijelaskan, cap dagangan itu hendaklah, bagaimana jua pun, bagi maksud permohonan untuk mendaftarkan sesuatu cap dagangan dalam tempoh satu tahun dari tarikh /penghapusan. itu disifatkan sebagai suatu cap dagangan yang telah pun berada dalam Daftar kecuali bahawa peruntukan-peruntukan yang di atas tidaklah berkuatkuasa apabila Pendaftar berpuashati samada—
bahawa tiada apa apa
bahawa tiada apa-apa penggunaan suci hati telah dilakukan mengenai cap dagangan yang dihapuskan itu dalam masa dua tahun sebelum sahaja ia dihapuskan; atau
bahawa tiada apa-apa perdayaan atau kekeliruan mungkin timbul dari penggunaan cap dagangan yang dipohon untuk didaftarkan itu oleh sebab apa-apa penggunaan yang dilakukan dahulu mengenai cap dagangan yang dihapuskan itu.
Pendaftar boleh, atas permintaan yang dibuat oleh tuanpunya berdaftar sesuatu cap dagangan dengan cara yang ditetapkan, meminda atau mengubah Daftar—
dengan membetulkan sesuatu kesilapan atau mencatitkan apa-apa perubahan tentang nama, alamat atau perihal tuanpunya berdaftar sesuatu cap dagangan;
dengan meminda penentuan barang-barang/yang mengenainya cap dagangan itu didaftarkan atau dengan mencatitkan sesuatu pelucutan atau memorandam berhubung dengan cap dagangan itu tanpa meluaskan dengan apa-apa cara pun hak-hak yang diberi oleh pendaftaran yang sedia ada bagi cap dagangan itu, dan boleh membuat apa-apa pindaan atau perubahan yang berbangkit dalam perakuan pendaftaran dan bagi maksud itu boleh menghendaki supaya perakuan pendaftaran dikemukakan kepadanya.
Pendaftar boleh, atas permintaan yang dibuat oleh seorang pengguna berdaftar sesuatu cap dagangan dengan cara yang ditetapkan, membetulkan sesuatu kesilapan atau mencatitkan apa-apa perubahan tentang nama, alamat atau perihal pengguna berdaftar itu.
Sesuatu keputusan Pendaftar di bawah seksyen ini adalah tertakluk kepada rayuan kepada Mahkamah.
Tuanpunya berdaftar cap dagangan boleh memohon dengan cara yang ditetapkan kepada Pendaftar untuk keizinan membuat apa-apa tambahan atau perubahan kepada cap dagangan itu dengan apa-apa cara yang tidak menyentuh pada matannya identiti cap dagangan itu dan Pendaftar boleh enggan memberi keizinan itu atau boleh memberi keizinan itu atas apa-apa syarat dan tertakluk kepada apa-apa batasan yang difikirkannya patut.
Pendaftar boleh mengarahkan supaya sesuatu permohonan di bawah seksyen ini diiklankan dengan cara yang ditetapkan jika ia dapati sesuai berbuat demikian, dan jika dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh iklan itu seseorang memberi notis kepada Pendaftar dengan cara yang ditetapkan mengenai bangkangan terhadap permohonan itu, Pendaftar hendaklah selepas mendengar pihak-pihak yang berkenaan itu, jika sedemikian dikehendaki, memberi keputusan mengenai perkara itu.
Sesuatu keputusan Pendaftar di bawah seksyen ini adalah tertakluk kepada rayuan kepada Mahkamah.
Jika keizinan di bawah seksyen-kecil (1) diberi, cap dagangan itu, sebagaimana diubah, hendaklah diiklankan dengan cara yang ditetapkan melainkan jika ia telah pun diiklankan dalam bentuk ia telah diubah itu dalam suatu iklan di bawah seksyen-kecil (2).
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini—
Mahkamah boleh, atas permohonan dengan cara yang ditetapkan dari seseorang yang terkilan dengan tidak termasuknya atau dengan/tertinggalnya dari Daftar itu sesuatu catitan atau dengan sesuatu catitan yang dibuat dalam Daftar tanpa sebab-sebab yang cukup atau dengan sesuatu catitan yang berada dengan salah dalam Daftar atau dengan sesuatu kesilapan atau kecacatan dalam sesuatu catitan dalam daftar, membuat apaapa perintah yang difikirkannya patut supaya catitan itu dibuat, dihapuskan atau diubah;
Mahkamah boleh, dalam apa-apa pembicaraan di bawah seksyen ini, memutuskan apa-apa soal yang mungkin perlu atau sesuai diputuskan berhubung dengan membetulkan Daftar;
mengenai frod dalam pendaftaran, penyerahakan, atau perpindahan sesuatu cap dagangan berdaftar atau jika pada pendapat Pendaftar adalah perlu memohon kepada Mahkamah bagi kepentingan orangramai, Pendaftar sendiri boleh berbuat demikian di bawah seksyen ini;
sesuatu perintah Mahkamah membetulkan Daftar hendaklah mengarahkan supaya notis pembetulan itu disampaikan kepada Pendaftar dengan cara yang ditetapkan dan Pendaftar hendaklah apabila menerima notis itu membetulkan Daftar dengan sewajarnya.
Kuasa untuk membetulkan Daftar, yang diberi oleh seksyen ini adalah termasuk kuasa untuk memindahkan sesuatu pendaftaran dalam Bahagian A dalam Daftar ke Bahagian B.
Tertakluk kepada seksyen ini dan kepada seksyen 57, Mahkamah atau—Pendaftar boleh, atas permohonan oleh seseorang yang terkilan, memerintahkan supaya sesuatu cap dagangan dihapuskan dari Daftar mengenai mana-mana daripada barang-barang yang mengenainya cap dagangan itu didaftarkan atas alasan:
bahawa cap dagangan itu telah didaftarkan tanpa niat suci hati di pihak pemohon pendaftaran itu atau, jika cap dagangan itu telah didaftarkan di bawah seksyen-kecil (1) seksyen 26, tanpa niat suci hati di pihak pertubuhan perbadanan atau pengguna berdaftar yang berkenaan itu, untuk menggunakan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang itu dan bahawa pada sebenarnya tiada apa-apa penggunaan suci hati telah dilakukan mengenai cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang itu oleh tuanpunya berdaftar atau pengguna berdaftar cap dagangan itu pada masa itu hingga tarikh satu bulan sebelum tarikh permohonan itu; atau
bahawa hingga satu bulan sebelum tarikh permohonan itu suatu tempoh selama tidak kurang daripada tiga tahun terus menerus telah luput dalam mana cap dagangan itu adalah cap dagangan berdaftar dan dalam tempoh itu tiada apa-apa penggunaan suci hati telah dilakukan mengenai cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang/itu oleh tuanpunya berdaftar atau pengguna berdaftar cap dagangan pada masa itu.
Melainkan jika seseorang pemohon telah dibenarkan di bawah seksyen 20 untuk mendaftarkan suatu cap dagangan yang serupa atau yang hampir-hampir menyerupai cap dagangan mengenai barang-barang yang dimaksudkan oleh permohonan itu atau melainkan jika Mahkamah atau Pendaftar berpendapat bahawa pemohon itu boleh dibenarkan dengan sepatutnya untuk mendaftarkan cap dagangan itu, Mahkamah atau Pendaftar boleh menolak sesuatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen-kecil (1) berhubung dengan apa-apa barang jika tuanpunya berdaftar cap dagangan itu pada masa itu telah menggunakan dengan suci hati cap dagangan itu sebelum tarikh yang berkaitan itu atau dalam tempoh yang berkaitan itu, mengikut mana yang berkenaan, berhubung dengan barang-barang dari perihal yang sama, iaitu barang-barang yang mengenainya cap dagangan itu didaftarkan.
Jika berhubung dengan barang-barang yang mengenainya sesuatu cap dagangan didaftarkan—
perkara yang disebutkan dalam perenggan (b) seksyen-kecil (1) adalah ditunjukkan setakat yang berkenaan dengan kemungkiran menggunakan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang yang akan dijual atau pun ditukarbeli di sesuatu tempat tertentu dalam Malaysia (yang bukan untuk ekspot dari Malaysia) atau berhubung dengan barang-barang yang akan diekspot ke sesuatu pasaran tertentu di luar Malaysia; dan
seseorang telah dibenarkan di bawah seksyen 20 untuk mendaftarkan sesuatu cap dagangan yang serupa atau yang hampir-hampir menyerupai cap dagangan mengenai barang-barang itu di bawah suatu pendaftaran yang meliputi penggunaan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang yang akan dijual atau pun ditukarbeli di tempat itu (yang bukan untuk ekspot dari Malaysia) atau berhubung dengan barang-barang yang akan diekspot ke pasaran itu, atau Mahkamah atau Pendaftar berpendapat bahawa orang itu mungkin dibenarkan dengan sepatutnya untuk mendaftarkan cap dagangan itu,
Mahkamah atau Pendaftar boleh, atas permohonan oleh orang itu, mengarahkan supaya pendaftaran cap dagangan yang pertama tersebut itu dikenakan apa-apa syarat, pindaan, ubahsuaian, atau batasan yang difikirkan patut oleh Mahkamah atau—Pendaftar bagi menjamin supaya pendaftaran itu tidak lagi meliputi penggunaan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang yang akan dijual atau pun ditukarbeli di tempat itu (yang bukan untuk ekspot dari Malaysia) atau berhubung dengan barang-barang yang akan diekspot ke pasaran itu.
Seseorang pemohon tidak berhak menggunakan sebagai alasan, bagi maksud perenggan (b) seksyen-kecil (1) atau bagi maksud seksyen-kecil (3) apa-apa kemungkiran menggunakan sesuatu cap dagangan jika kemungkiran itu dibuktikan sebagai telah disebabkan oleh hal keadaan/khas dalam perdagangan dan bukannya oleh niat tidak hendak menggunakan atau oleh niat hendak menggugurkan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang yang dimaksudkan oleh permohonan itu.
Sesuatu perintah atau arahan Pendaftar di bawah seksyen ini adalah tertakluk kepada rayuan kepada Mahkamah.
Jika seseorang menjadi berhak kepada suatu cap dagangan berdaftar melalui penyerahakan atau perpindahan, orang itu hendaklah membuat permohonan kepada Pendaftar untuk mendaftarkan haknya itu dan Pendaftar hendaklah, apabila menerima permohonan itu dan bukti mengenai hak itu dengan memuaskan hatinya, mendaftarkan orang itu sebagai tuanpunya cap dagangan itu mengenai barang-barang yang mengenainya penyerahakan atau perpindahan itu berkuatkuasa dan juga mengarahkan supaya butir-butir penyerahakan atau perpindahan itu dicatitkan dalam Daftar.
Kecuali mengenai sesuatu rayuan di bawah seksyen ini atau mengenai sesuatu permohonan di bawah seksyen 45, sesuatu dokumen atau suratcara yang mengenainya tiada apa-apa catitan telah dibuat dalam Daftar mengikut peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (1) tidak boleh. melainkan jika Mahkamah mengarahkan selainnya, diterima sebagai keterangan dalam Mahkamah bagi membuktikan hak ke atas sesuatu cap dagangan berdaftar.
Tertakluk kepada seksyen ini, seseorang yang lain daripada tuanpunya berdaftar sesuatu cap dagangan boleh didaftarkan sebagai pengguna berdaftar cap dagangan itu bagi semua atau mana-mana daripada barang-barang yang mengenainya cap dagangan itu didaftarkan (yang bukan cap dagangan pertahanan) dan samada dengan atau tanpa syarat-syarat atau sekatan-sekatan.
Jika adalah dicadangkan supaya seseorang didaftarkan sebagai seorang pengguna berdaftar sesuatu cap dagangan, tuanpunya berdaftar dan pengguna berdaftar yang dicadangkan itu hendaklah memohon secara bertulis kepada Pendaftar dengan cara yang ditetapkan dan hendaklah memberi kepada Pendaftar suatu akuan berkanun yang dibuat oleh tuanpunya berdaftar itu atau oleh seseorang yang diberikuasa secara bertulis untuk bertindak bagi pihaknya dan yang diluluskan oleh Pendaftar—
memberi butir-butir mengenai hubungan yang sedia ada atau yang dicadangkan antara tuanpunya berdaftar itu dengan pengguna berdaftar yang dicadangkan itu, termasuk butir-butir menunjukkan takat kawalan oleh tuanpunya berdaftar itu ke atas penggunaan yang dibenarkan yang akan diberi melalui hubungan mereka dan samada hubungan mereka itu mensyaratkan supaya pengguna berdaftar yang dicadangkan itu menjadi pengguna berdaftar tunggal atau supaya sesuatu sekatan lain diadakan tentang orang-orang yang permohonan mungkin dibuat untuk mereka didaftarkan sebagai pengguna-pengguna berdaftar;
menyatakan apa-apa syarat atau sekatan yang dicadangkan berkenaan dengan ciri-ciri barang-barang itu, berkenaan dengan cara atau tempat penggunaan yang dibenarkan atau berkenaan dengan apa-apa perkara lain; dan
menyatakan samada penggunaan yang dibenarkan itu akan berlangsung selama sesuatu tempoh atau tanpa had tempoh dan jika selama sesuatu tempoh, menyatakan lamanya tempoh itu, dan bersama dengan apa-apa dokumen, maklumat atau keterangan lanjut sebagaimana dikehendaki oleh Pendaftar atau mana-mana peraturan yang ditetapkan di bawah Akta ini.
Jika kehendak-kehendak seksyen-kecil tuhi, Pendaftar berpuashati, selepas menimbangkan dokumen-dokumen, maklumat dan keterangan yang diberi kepadanya, bahawa dalam segala hal keadaan penggunaan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang yang dicadangkan itu atau berhubung dengan mana-mana daripadanya oleh pengguna berdaftar yang dicadangkan itu tertakluk kepada syarat-syarat atau sekatan-sekatan yang difikirkan sesuai oleh Pendaftar tidak akan berlawanan dengan kepentingan orangramai, ia bolehlah mendaftarkan pengguna berdaftar yang dicadangkan itu sebagai pengguna berdaftar bagi barang-barang itu.
Pendaftar tidak boleh mendaftarkan seseorang sebagai seorang pengguna berdaftar sesuatu cap dagangan jika ia berpendapat bahawa pendaftaran itu mungkin memberi kemudahan kepada memperdagangkan cap dagangan itu.
Pendaftaran seseorang sebagai seorang pengguna daftar sesuatu cap dagangan hendaklah selama tempo difikirkan patut oleh Pendaftar dengan memberi kepada maklumat yang disebutkan dalam pe seksyen-kecil (2).
Pendaftar boleh memutuskan supay. ndaftaran seseorang sebagai seorang pengguna be. sesuatu cap dagangan bermula pada tarikh permohonai buat oleh orang itu untuk didaftarkan sebagai seorang pengguna berdaftar.
Pendaftar hendaklah, jika dikehendaki oleh seseorang pemohon di bawah seksyen-kedil (2), mempastikan supaya apa-apa dokumen, maklumat dan keterangan yang diberi bagi maksud permohonan itu (lain daripada perkara yang dicatitkan dalam Daftar) tidak dizahirkan kepada pesaing-pesaing dalam perdagangan kequali dengan perintah Mahkamah.
Tanpa menyentuh seksyen 45, pendaftaran seseorang sebagai seorang pengguna berdaftar—
boleh diubah oleh Pendaftar atas permohonan bertulis dengan cara yang ditetapkan dari tuanpunya berdaftar mengenai barang-barang/yang baginya pendaftaran itu berkuatkuasa atau mengenai apaapa syarat atau sekatan yang tertakluk kepadanya pendaftaran itu berkuatkuasa;
boleh dilanjutkan oleh Pendaftar atas permohonan bertulis tuanpunya berdaftar selama tempoh yang difikirkan patut oleh Pendaftar;
boleh dibatalkan oleh Pendaftar atas permohonan dengan cara yang ditetapkan dari tuanpunya berdaftar atau pengguna berdaftar atau mana-mana lain pengguna berdaftar cap dagangan itu; atau
boleh dibatalkan oleh Pendaftar atas permohonan dengan cara yang ditetapkan dari seseorang atas alasan—
bahawa pengguna berdaftar itu telah menggunakan cap dagangan itu dengan sesuatu cara yang lain daripada penggunaan yang dibenarkan atau dengan sesuatu cara yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan perdayaan atau kekeliruan;
bahawa tuanpunya berdaftar itu atau pengguna berdaftar itu telah menyalahnyatakan atau telah tidak menzahirkan sesuatu fakta yang matan bagi permohonan untuk pendaftaran itu atau bahawa hal keadaan telah berubah pada matannya semenjak tarikh pendaftaran itu; atau
bahawa pendaftaran itu sepatutnya tidak boleh dilakukan memandang kepada hak-hak yang terletakhak kepada pemohon menurut suatu kontrek dalam mana ia ada mempunyai kepentingan dalam pelaksanaannya.
Pendaftar boleh pada bila-bila masa membatalkan pendaftaran seseorang sebagai seorang pengguna berdaftar sesuatu cap dagangan bagi apa-apa barang yang mengenai-nya cap dagangan itu tidak lagi didaftarkan.
Penggunaan yang dibenarkan mengenai sesuatu cap dagangan berdaftar hendaklah disifatkan sebagai penggunaan oleh tuanpunya berdaftar cap dagangan itu dan bukan penggunaan oleh seseorang yang lain daripada tuanpunya berdaftar itu bagi maksud-maksud seksyen 46 dan bagi apa-apa maksud lain yang baginya penggunaan oleh tuanpunya berdaftar cap dagangan itu adalah matan di bawah Akta ini atau di bawah common law.
seseorang adalah didaftarkan sebagai seorang pengguna berdaftar sesuatu cap dagangan dan cap dagangan itu telah digunakan dahulunya (samada sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini) oleh orang itu; dan
penggunaan itu adalah berhubung dengan barang-barang yang mengenainya orang itu adalah didaftarkan dan, jika orang itu didaftarkan tertakluk kepada syarat-syarat atau sekatan-sekatan—
penggunaan itu telah mematuhi pada matannya syarat-syarat atau sekatan-sekatan itu; atau
penggunaan itu tidak mematuhi sedemikian tetapi walau bagaimanapun tidak pula berlawanan dengan kepentingan orangramai, maka seksyen-kecil (1) hendaklah berkuatkuasa seolah-olah penggunaan yang dahulu itu adalah penggunaan yang dibenarkan.
Tertakluk kepada apa-apa perjanjian yang masih ada antara pengguna berdaftar sesuatu cap dagangan dengan tuanpunya berdaftar cap dagangan itu, pengguna berdaftar itu adalah berhak meminta tuanpunya berdaftar itu mengambil langkah-langkah pembicaraan kerana pelanggaran terhadap cap dagangan itu, dan jika tuanpunya berdaftar itu enggan atau cuai berbuat demikian dalam tempoh dua bulan selepas diminta sedemikian maka pengguna berdaftar itu boleh mengambil langkah-langkah pembicaraan kerana pelanggaran itu atas namanya sendiri seolah-olah ia adalah tuanpunya berdaftar dan hendaklah menjadikan tuanpunya berdaftar itu seorang pihak kenatuntut.
Seseorang tuanpunya berdaftar yang dijadikan seorang pihak kenatuntut sedemikian tidaklah bertanggung membayar kos melainkan jika ia memasukkan surathadiran dan mengambil bahagian dalam pembicaraan itu.
Bahagian ini tidak memberi kepada pengguna berdaftar sesuatu cap dagangan sesuatu hak yang boleh diserahak atau berpindah ke atas penggunaan cap dagangan itu.
Peruntukan-peruntukan hendaklah dibuat dengan peraturan-peraturan supaya pendaftaran seseorang sebagai seorang pengguna berdaftar diberitahu kepada mana-mana lain pengguna berdaftar cap dagangan itu, supaya sesuatu permohonan di bawah perenggan (d) seksyen-kecil (1) seksyen 49 diberitahu kepada tuanpunya berdaftar dan kepada tiap-tiap seorang pengguna berdaftar (yang bukan pemohon itu) cap dagangan itu dan supaya suatu peluang untuk didengar diberi kepada pemohon, apabila permohonan itu dibuat dan kepada semua orang yang telah diberitahu mengenai permohonan itu dan yang masukcampur dalam pembicaraan itu mengikut peraturan-peraturan itu.
Sesuatu keputusan Pendaftar di bawah Bahagian ini adalah tertakluk kepada rayuan kepada Mahkamah.
Tertakluk kepada seksyen ini, sesuatu cap dagangan berdaftar boleh diserahkan dan berpindah dengan atau tanpa muhibbah perniagaan yang berkenaan tentang barang-barang yang mengenainya cap dagangan itu didaf-tarkan atau tentang sebahagian daripada barang-barang/itu.
Walau apapun peruntukan seksyen-kecil (1) sesuatu penyerahakan sesuatu cap dagangan tanpa muhibbah samada sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini adalah tidak sah jika tiada apa-apa penggunaan suci hati telah dilakukan mengenai cap dagangan itu pada bila-bila masa dalam Malaysia oleh penyerahak itu atau pemegang hakmiliknya sebelumnya tetapi peruntukan-peruntukan seksyen-kecil ini tidaklah dipakai jika—
cap dagangan itu telah didaftarkan dengan tujuan supaya ia boleh diserahakkan kepada suatu pertubuhan perbadanan yang masih hendak ditubuhkan dan cap dagangan itu telah diserahakkan; atau
cap dagangan itu telah didaftarkan dengan tujuan supaya seseorang akan dibenarkan menggunakannya sebagai seorang pengguna berdaftar dan pengguna berdaftar itu pula telah didaftarkan mengenai cap dagangan itu dalam tempoh enam bulan selepas pendaftaran cap dagangan itu dan telah menggunakan cap dagangan itu dalam tempoh itu.
, sesuatu cap dagangan tidak boleh diserahakkan atau berpindah atau disifatkan sebagai telah boleh diserahakkan atau berpindah jika, sebagai hasil dari sesuatu penyerahakan atau perpindahan, hak-hak eksklusif akan masih ada atau mungkin masih ada dalam hal keadaan itu, samada di bawah common law atau melalui pendaftaran, pada lebih daripada seorang daripada orang-orang yang berkenaan itu, ke atas penggunaan, berhubung dengan barang-barang yang sama atau barang-barang dari perihal yang sama, cap-cap dagangan yang hampir menyerupai satu sama lain atau cap-cap dagangan yang serupa, jika, memandang kepada persamaan barang-barang itu dan persamaan cap-cap dagangan itu, penggunaan cap-cap dagangan itu pada menjalankan hak-hak itu akan atau mungkin telah memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan dan jika sesuatu cap dagangan adalah atau telah diserahakkan atau berpindah sedemikian maka penyerahakan atau permindahan itu tidak boleh disifatkan sebagai tidak sah atau telah tidak sah di bawah seksyen-kecil ini jika hak-hak eksklusif yang masih ada sebagai hasil darinya itu pada orang-orang yang berkenaan itu masing-masing, memandang kepada batasan-batasan yang dikenakan ke atasnya, adalah hak-hak eksklusif yang tidak boleh dijalankan oleh dua orang atau lebih daripada orang-orang itu berhubung dengan barang-barang yang akan dijual atau pun ditukarbeli dalam Malaysia (yang bukan untuk ekspot dari Malaysia) atau berhubung dengan barang-barang yang akan diekspot ke pasaran yang sama di luar Malaysia.
Jika suatu permohonan dibuat dengan cara yang ditetapkan oleh tuanpunya berdaftar suatu cap dagangan yang bercadang hendak menyerahakkannya atau oleh seseorang yang menyatakan bahawa suatu cap dagangan telah dipindahkan kepadanya atau kepada pemegang hakmiliknya sebelumnya semenjak mula berkuatkuasanya Akta ini, Pendaftar, jika ia berpuashati bahawa dalam segala hal keadaan penggunaan cap-cap dagangan itu pada menjalankan hak-hak tersebut tidak akan berlawanan dengan kepentingan orangramai, boleh secara bertulis meluluskan penyerahakan atau perpindahan itu dan sesuatu penyerahakan atau perpindahan yang diluluskan sedemikian tidak
CAP DAGANGAN boleh disifatkan sebagai tidak sah atau sebagai telah tidak sah di bawah seksyen ini tetapi peruntukan ini tidak berkuatkuasa melainkan jika permohonan untuk mendaftarkan di bawah seksyen 47 hakmilik orang yang menjadi berhak itu dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh kelulusan itu diberi atau, mengenai sesuatu perpindahan, telah dibuat dalam tempoh enam bulan sebelum tarikh itu.
Jika sesuatu penyerahakan cap dagangan mengenai barang-barang adalah dibuat tanpa kena-mengena dengan muhibbah sesuatu perniagaan mengenai barang-barang itu dan pada masa penyerahakan itu cap dagangan itu digunakan dalam sesuatu perniagaan mengenai barang-barang itu maka penyerahakan itu tidak boleh disifatkan sebagai telah berlaku melainkan jika penerima serahakan itu memohon kepada Pendaftar untuk mendapatkan arahan-arahan berkenaan dengan pengiklanan penyerahakan itu dalam tempoh enam bulan dari tarikh penyerahakan itu dibuat dan penerima serahakan itu mengiklankan penyerahakan itu mengikut bentuk dan cara dan dalam tempoh yang diarahkan oleh Pendaftar.
Semua hak yang masih ada mengenai sesuatu cap dagangan samada di bawah Akta ini atau selainnya hendak-lah disifatkan sebagai diserahakkan atau berpindah apabila penyerahakan atau perpindahan cap dagangan itu didaftarkan.
Sesuatu keputusan Pendaftar di bawah seksyen ini adalah tertakluk kepada rayuan kepada Mahkamah.
CAP DAGANGAN PERAKUAN
Sesuatu cap yang disesuaikan berhubung dengan apa-apa barang untuk membezakan dalam perjalanan perdagangan antara barang-barang yang diperakui oleh seseorang mengenai tempat asal, bahan, cara pembuatan, kualiti, ketepatan atau ciri-ciri lain, dengan barang-barang yang tidak diperakui sedemikian boleh didaftarkan sebagai cap dagangan perakuan dalam Bahagian A dalam Daftar mengenai barang-barang itu atas nama orang itu sebagai tuanpunyanya kecuali bahawa sesuatu cap tidak boleh didaftarkan sedemikian atas nama seseorang yang menjalankan perdagangan mengenai barang-barang dari jenis yang diperakui itu.
Sub AA1078
Cap dagangan perakuan.
LAABB 1
X / AABB 1
Del AA1078
Pada menentukan samada sesuatu cap adalah disesuaikan untuk berbeza, Pendaftar hendaklah mengambil perhatian setakat mana—
cap itu disesuaikan pada asasnya untuk berbeza berhubung dengan barang-barang yang berkenaan itu; dan
dengan sebab penggunaan cap itu atau dengan sebab apa-apa hal keadaan lain, cap itu adalah sebenarnya disesuaikan untuk berbeza berhubung dengan barang-barang yang berkenaan itu.
Tertakluk kepada perenggan-perenggan (a) dan (b) seksyen 37, perenggan-perenggan (a) hingga (c) seksyen-kecil (1) seksyen 40 dan Bahagian ini, pendaftaran seseorang sebagai tuanpunya berdaftar suatu cap dagangan perakuan mengenai apa-apa barang/adalah, jika sah, memberi kepada orang itu hak eksklusif bagi menggunakan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang/itu, dan tanpa menyentuh keluasan perkataan-perkataan yang di atas, hak itu/hendaklah disifatkan sebagai dilanggar oleh seseorang jika, sebagai bukan tuanpunya berdaftar cap dagangan itu atau sebagai bukan seorang yang diberikuasa oleh tuanpunya berdaftar cap dagangan itu di bawah kaedah-kaedah bagi maksud itu untuk menggunakannya mengikut kaedah-kaedah itu, orang itu menggunakan suatu cap yang serupa dengannya atau yang hampir-hampir menyerupainya hingga mungkin mengelirukan atau menyebabkan kekeliruan, dalam perjalanan perdagangan, berhubung dengan apa-apa barang/yang mengenainya ia didaftarkan dan dengan sesuatu cara yang menyebabkan penggunaan cap itu mungkin dikira samada—
di mana penggunaan itu adalah penggunaan di atas barang-barang itu atau dalam hubungan fizika dengannya atau dalam suatu pekeliling iklan, atau lain-lain iklan yang dikeluarkan kepada orangramai, sebagai bererti suatu rujukan kepada seseorang yang mempunyai hak samada sebagai tuanpunya berdaftar atau dengan pemberian-kuasanya di bawah kaedah-kaedah yang berkaitan untuk menggunakan cap dagangan itu atau kepada barang-barang yang diperakui oleh tuanpunya berdaftar;
Hak bagi menggunakan sesuatu cap dagangan perakuan, yang diberi oleh pendaftaran adalah tertakluk kepada apa-apa syarat, pindaan, ubahsuaian atau batasan yang dicatitkan dalam Daftar dan tidak boleh disifatkan sebagai dilanggar jika cap dagangan itu digunakan dengan apa-apa cara, berhubung dengan barang-barang yang akan dijual atau ditukarbeli di mana-mana tempat, berhubung dengan barang-barang yang akan diekspot ke mana-mana pasaran/,atau dalam apa-apa hal keadaan yang, memandang kepada apa-apa syarat, pindaan, ubahsuaian atau batasan itu, tidak diliputi oleh pendaftaran itu.
Hak bagi menggunakan sesuatu cap dagangan perakuan, yang diberi oleh pendaftaran tidak boleh disifatkan sebagai dilanggar jika ia digunakan oleh seseorang—
berhubung dengan barang-barang yang diperakui oleh tuanpunya berdaftar cap dagangan itu jika, mengenai barang-barang atau sebahagian besar daripada barang-barang itu, tuanpunya itu atau seorang lain mengikut pemberian-kuasanya di bawah kaedah-kaedah yang berkaitan telah menggunakan cap dagangan itu dan telah tidak kemudiannya menghapus atau memadamkannya; atau jika tuanpunya berdaftar itu telah pada bila-bila masa mempersetujui dengan nyata atau dengan cara fahaman penggunaan cap dagangan itu; atau
berhubung dengan barang-barang yang disesuaikan untuk menjadi sebahagian daripada, atau untuk menjadi alatambah pada, barang-barang/lain yang berhubung dengannya cap dagangan itu telah digunakan tanpa melanggar hak yang diberi itu atau mungkin pada masa itu telah digunakan sedemikian, jika penggunaan cap itu adalah menasabah perlu untuk menunjukkan bahawa barang-barang/itu adalah disesuaikan sedemikian dan maksud dan juga kesan penggunaan cap itu tidak-lah untuk menunjukkan lain daripada fakta bahawa barang-barang/itu adalah diperakui oleh tuanpunya berdaftar;
kecuali bahawa perenggan (a) tidaklah berkuatkuasa mengenai penggunaan yang terdiri daripada pemakaian cap itu pada apa-apa barang-barang, walaupun barang-barang itu adalah barang-barang seperti yang disebutkan dalam perenggan itu, jika pemakaian itu adalah berlawanan dengan kaedah-kaedah yang berkaitan.
Jika sesuatu cap dagangan perakuan adalah satu daripada dua atau lebih cap-cap dagangan berdaftar yang serupa atau hampir-hampir menyerupai satu sama lain, penggunaan mana-mana daripada cap-cap dagangan itu pada menjalankan hak menggunakan cap dagangan itu yang diberi oleh pendaftaran tidak boleh disifatkan sebagai melanggar hak yang diberi sedemikian bagi menggunakan mana-mana lain daripada cap-cap dagangan itu.
Sesuatu permohonan untuk mendaftarkan suatu cap dagangan di bawah seksyen ini mistilah dibuat secara bertulis dengan cara yang ditetapkan kepada Pendaftar secara bertulis oleh orang yang bercadang untuk didaftarkan sebagai tuanpunyanya.
Peruntukan seksyen-seksyen-kecil/ (3) hingga (8) dan seksyen-kecil (10) seksyen 25 hendaklah berkuatkuasa berhubung dengan sesuatu permohonan di bawah seksyen ini sebagaimana peruntukan-peruntukan itu berkuatkuasa berhubung dengan sesuatu permohonan di bawah seksyen-kecil (1) seksyen itu.
Pada menguruskan sesuatu permohonan di bawah seksyen ini, Pendaftar hendaklah memberi perhatian kepada pertimbangan-pertimbangan yang serupa, setakat mana yang berkaitan, seolah-olah permohonan itu adalah suatu permohonan di bawah seksyen 25 dan juga kepada apa-apa pertimbangan lain yang berkaitan dengan permohonan-permohonan di bawah seksyen ini, termasuk perlunya mempastikan supaya sesuatu cap dagangan perakuan mengandungi sesuatu yang menunjukkan yang ianya adalah suatu cap dagangan yang demikian.
Seseorang pemohon untuk pendaftaran sesuatu cap dagangan di bawah seksyen ini hendaklah menghantar kepada Pendaftar draf kaedah-kaedah bagi mengawal penggunaan cap itu dan kaedah-kaedah itu hendaklah termasuk peruntukan-peruntukan mengenai hal-hal dalam mana tuanpunya itu dikehendaki memperakui barang-barang/dan membenarkan penggunaan cap dagangan itu dan boleh mengandungi apa-apa peruntukan lain yang mungkin dikehendaki atau dibenarkan oleh Pendaftar supaya dimasukkan di dalamnya (termasuk peruntukan-peruntukan memberi hak untuk merayu kepada Pendaftar terhadap apa-apa keengganan tunpunya memperakui barang-barang/ atau membenarkan penggunaan cap
CAP DAGANGAN dagangan itu mengikut kaedah-kaedah itu) dan kaedah-kaedah itu, jika diluluskan, hendaklah disimpan dengan Pendaftar dan hendaklah terbuka untuk diperiksa dengan cara sama seperti Daftar.
Pendaftar hendaklah menimbangkan permohonan itu berkenaan dengan perkara-perkara yang berikut, iaitu—
samada pemohon adalah layak untuk memperakui barang-barang yang mengenainya cap itu akan didaftarkan;
samada dalam semua hal keadaan pendaftaran yang dipohon itu akan berfaedah kepada orangramai, dan boleh samada—
menyetujuterima permohonan itu dan meluluskan kaedah-kaedah itu, samada tanpa ubahsuaian dan dengan takbersyarat atau dengan tertakluk kepada apa-apa syarat, pindaan, ubahsuaian atau batasan yang difikirkannya perlu bagi permohonan atau kaedah-kaedah itu, tetapi, kecuali dalam hal di mana permohonan itu disetujuterima dan diluluskan tanpa ubahsuaian dan dengan takbersyarat, Pendaftar tidak boleh memutuskan perkara itu tanpa memberi peluang kepada pemohon itu untuk didengar dan Pendaftar boleh, atas permintaan pemohon, menimbangkan permohonan itu sebelum diberi pemberian-kuasa untuk meneruskan permohonan itu, supaya ia bebas untuk menimbangkan semula apa-apa perkara yang telah diputuskan olehnya jika apa-apa pindaan atau ubahsuaian dibuat selepasnya dalam permohonan itu atau dalam draf kaedah-kaedah itu.
Jika sesuatu permohonan telah disetujuterima Pendaftar hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas setujuterimaan itu, mengarahkan supaya permohonan itu sebagaimana disetujuterima itu diiklankan dengan cara yang ditetapkan dan seksyen 28 hendaklah berkuatkuasa berhubung dengan pendaftaran cap itu seolaholah permohonan itu adalah suatu permohonan di bawah seksyen 25 kecuali bahawa, pada memberi keputusan di bawah seksyen 28, Pendaftar hendaklah memberi perhatian hanya kepada pertimbangan yang disebutkan dalam seksyen-kecil (9), dan sesuatu keputusan di bawah seksyen 28 untuk faedah pemohon itu adalah tersyarat kepada keputusan dibuat oleh Pendaftar untuk faedah pemohon itu di bawah seksyen-kecil (13) mengenai apa-apa bangkangan berkenaan dengan mana-mana daripada perkara-perkara yang disebutkan dalam seksyen-kecil (11).
Apabila notis bangkangan diberi berkenaan dengan mana-mana daripada perkara-perkara yang disebutkan dalam seksyen-kecil (11), Pendaftar hendaklah, selepas mendengar pihak-pihak yang berkenaan, jika dikehendaki sedemikian, dan selepas menimbangkan apa-apa keterangan, memutuskan samada, dan tertakluk kepada syarat-syarat, pindaan-pindaan, ubahsuaian-ubahsuaian atau batasan-batasan apakah mengenai permohonan itu atau mengenai kaedah-kaedah itu, jika ada, pendaftaran akan dibenarkan memandang kepada perkara-perkara itu.
Kaedah-kaedah yang disimpan mengenai sesuatu cap dagangan perakuan boleh, atas permohonan tuanpunya berdaftar, diubah oleh Pendaftar.
Pendaftar boleh mengarahkan supaya sesuatu permohonan untuk mendapat persetujuannya diiklankan dalam sesuatu perkara jika didapatinya sesuai berbuat demikian dan, jika Pendaftar mengarahkan supaya sesuatu permohonan diiklankan dan seseorang memberi notis bantahan kepada Pendaftar terhadap permohonan itu dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh iklan itu maka tidaklah boleh Pendaftar memutuskan perkara itu tanpa memberi peluang kepada pihak-pihak yang berkenaan itu untuk didengar.
Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang yang terkilan yang dibuat dengan cara yang ditetapkan, atau atas permohonan Pendaftar, boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut bagi menghapuskan atau mengubah sesuatu catitan dalam Daftar, berhubung dengan sesuatu cap dagangan perakuan, atau untuk mengubah kaedah-kaedah yang disimpan, atas alasan—
bahawa tuanpunya berdaftarnya tidak lagi layak memperakui barang-barang/yang mengenainya cap dagangan itu didaftarkan;
bahawa tuanpunya berdaftarnya tidak mematuhi sesuatu peruntukan kaedah-kaedah yang disimpan yang dikehendaki dipatuhi di pihaknya;
bahawa adalah tidak berfaedah lagi kepada orangramai bagi cap dagangan itu didaftarkan; atau
bahawa adalah perlu bagi faedah orangramai supaya kaedah-kaedah itu diubah jika cap dagangan itu masih didaftarkan;
tetapi Mahkamah tidaklah mempunyai apa-apa bidangkuasa untuk membuat sesuatu perintah di bawah seksyen 45 atas mana-mana daripada alasan-alasan ini.
Pendaftar hendaklah membetulkan Daftar dan kaedah-kaedah yang disimpan itu dengan apa-apa cara yang perlu untuk menguatkuasakan sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen-kecil (15).
Walau apapun peruntukan seksyen-kecil (2) seksyen 63 Pendaftar tidak mempunyai apa-apa bidangkuasa untuk mengaward kos kepada atau terhadap mana-mana pihak dalam sesuatu rayuan kepadanya terhadap keengganan tuanpunya berdaftar cap dagangan perakuan memperakui barang-barang atau membenarkan cap dagangan itu digunakan.
Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata dalam seksyen ini, seksyen-seksyen 25, 26, 27, 35, 38, 39, 40 (kecuali perenggan-perenggan (a), (b) dan (c) seksyen-kecil (1)), 46, 48, 49, 50, seksyen-seksyen-kecil (3), (4) dan (5) seksyen 55, seksyen 80,/Bahagian IX, Bahagian XII dan mana-mana peruntukan yang lain dalam Akta ini yang perjalanan kuatkuasanya adalah terhad oleh perkataan-perkataannya kepada pendaftaran dalam Bahagian B dalam Daftar tidaklah boleh dipakai berhubung dengan sesuatu cap dagangan perakuan.
Peruntukan-peruntukan Bahagian ini hendaklah ditafsirkan tertakluk kepada seksyen 19 Akta Piawaian, 1966.
Jika sesuatu cap dagangan yang terdiri daripada sesuatu perkataan atau beberapa perkataan yang dicipta telah menjadi sebegitu terkenal berkenaan dengan apa-apa barang/yang mengenainya ia didaftarkan dan, yang berhubung dengannya ia telah digunakan, hingga penggunaannya berhubung dengan barang-barang/lain mungkin dikira sebagai menunjukkan suatu hubungan dalam perjalanan perdagangan antara barang-barang/yang lain itu dengan
1888△△
x $ \Delta \Delta 8 8 1 $
seseorang yang berhak menggunakan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang yang pertama tersebut itu, maka walaupun tuanpunya yang didaftarkan mengenai barang-barang yang pertama tersebut itu tidak menggunakan atau tidak bercadang untuk menggunakan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang yang lain itu dan walau apapun peruntukan seksyen 46 cap dagangan itu boleh, atas permohonan yang dibuat dengan cara yang ditetapkan oleh tuanpunya yang didaftarkan mengenai barang-barang yang pertama tersebut itu, didaftarkan atas namanya mengenai barang-barang yang lain itu sebagai suatu cap dagangan pertahanan dan semasa didaftarkan sedemikian cap dagangan itu tidak boleh dipotong dari Daftar mengenai barang-barang yang lain itu di bawah seksyen 46.
Tuanpunya berdaftar sesuatu cap dagangan boleh memohon untuk mendaftarkan cap dagangan itu mengenai apa-apa barang/sebagai sesuatu cap dagangan pertahanan walaupun cap dagangan itu telah pun didaftarkan atas namanya mengenai barang-barang/itu sebagai sesuatu cap dagangan yang lain daripada suatu cap dagangan pertahanan, atau boleh memohon untuk mendaftarkan cap dagangan itu mengenai apa-apa barang/sebagai sesuatu cap dagangan yang lain daripada sebagai suatu cap dagangan pertahanan walaupun cap dagangan itu telah pun didaftarkan atas namanya mengenai barang-barang/itu sebagai suatu cap dagangan pertahanan bagi menggantikan, dalam tiap-tiap satunya, pendaftaran yang sedia ada.
Sesuatu cap dagangan yang didaftarkan sebagai suatu cap dagangan pertahanan dan cap dagangan itu sebagaimana selainnya didaftarkan atas nama tuanpunya yang sama hendaklah disifat dan didaftarkan sebagai cap-cap dagangan berkaitan walaupun pendaftarannya masing-masing adalah mengenai barang-barang yang berlainan.
Pendaftar boleh pada bila-bila masa memotong pendaftaran sesuatu cap dagangan pertahanan yang mengenainya tiada apa-apa lagi pendaftaran atas nama tuanpunya yang sama lain daripada sebagai suatu cap dagangan pertahanan.
Tertakluk kepada Bahagian ini, peruntukan-peruntukan Akta ini adalah dipakai berhubung dengan pendaftaran sesuatu cap dagangan sebagai suatu cap dagangan pertahanan dan berhubung dengan sesuatu cap dagangan yang didaftarkan sebagai suatu cap dagangan pertahanan tetapi tidaklah perlu bagi tuanpunya berdaftar sesuatu cap dagangan pertahanan membuktikan penggunaan cap dagangan itu bagi maksud mendapatkan pembaharuan pendaftaran.
Jika dalam sesuatu pembicaraan di sisi undang-undang sahnya sesuatu cap dagangan berdaftar adalah dipersoalkan dan keputusan dibuat untuk faedah tuanpunya berdaftar cap dagangan itu, maka bolehlah Mahkamah memperakui yang demikian dan jika Mahkamah memperakui sedemikian maka, jika sahnya pendaftaran itu dipersoalkan dalam suatu pembicaraan di sisi undang-undang yang kemudian, tuanpunya berdaftar cap dagangan itu adalah berhak, apabila mendapat suatu perintah atau hukuman muktamad untuk faedahnya, mendapat kos, bayaran dan belanja penuh sebagai antara peguamcara dengan pelanggan, melainkan jika dalam pembicaraan yang kemudian itu Mahkamah memperakui bahawa tuanpunya berdaftar itu tidak patut mendapatnya.
Jika dalam sesuatu pembicaraan di sisi undangundang, relif yang diminta adalah termasuk mengubah atau membetulkan Daftar, Pendaftar adalah berhak hadir dan didengar, dan hendaklah hadir jika diarahkan sedemikian oleh Mahkamah.
Melainkan jika selainnya diarahkan oleh Mahkamah, Pendaftar boleh, daripada hadir dan didengar, mengemukakan kepada Mahkamah suatu pernyataan secara bertulis yang ditandatangani olehnya, memberi butir-butir langkah pembicaraan di hadapannya berhubung dengan perkara yang dipersoalkan itu atau butir-butir alasan mengenai sesuatu keputusan yang telah diberi olehnya mengenai perkara itu atau butir-butir amalan pejabat dalam halal yang serupa, atau butir-butir apa-apa perkara lain yang
Dalam segala pembicaraan di hadapan Mahkamah di bawah Akta ini, Mahkamah boleh mengaward kepada mana-mana pihak apa-apa kos yang difikirkannya menasabah dan kos sebagaimana yang difikirkannya menasabah itu dan kos Pendaftar hendaklah menurut budibicara Mahkamah, tetapi Pendaftar tidak boleh diperintah membayar kos bagi mana-mana daripada pihak-pihak yang satu lagi itu.
difikirkannya patut berkaitan dengan soal-soal itu dan yang diketahui olehnya sebagai Pendaftar dan pernyataan itu hendaklah disifatkan sebagai menjadi sebahagian daripada keterangan dalam pembicaraan itu.
Dalam segala pembicaraan di hadapan Pendaftar di bawah Akta ini, Pendaftar adalah berkuasa mengaward kepada mana-mana pihak apa-apa kos yang difikirkannya menasabah dan juga mengarahkan bagaimana dan oleh pihak-pihak mana kos itu hendak dibayar, dan sesuatu perintah itu boleh, dengan keizinan Mahkamah, dilaksanaikan mengikut cara sama seperti sesuatu hukuman atau perintah Mahkamah bagi maksud yang serupa.
Dalam segala pembicaraan di hadapan Pendaftar di bawah Akta ini, keterangan hendaklah diberi dengan cara akuan berkanun melainkan jika selainnya diarahkan, tetapi dalam sesuatu hal yang difikirkannya patut, Pendaftar boleh mengambil keterangan viva voce sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada keterangan dengan cara akuan.
Mana-mana akuan berkanun itu boleh, mengenai rayuan, digunakan di hadapan Mahkamah sebagai ganti keterangan dengan cara afidavit, tetapi jika digunakan sedemikian ia hendaklah mempunyai segala beban dan akibat keterangan dengan cara afidavit.
Dalam apa-apa tindakan atau pembicaraan berhubung dengan suatu cap dagangan atau nama dagangan, Pendaftar atau Mahkamah, mengikut mana yang berkenaan, boleh membenarkan keterangan diberi mengenai kelazimankelaziman perdagangan yang berkenaan itu dan mengenai mana-mana cap dagangan, nama dagangan, caragaya yang berkenaan yang digunakan secara sah oleh orang-orang lain.
Salinan-salinan bercetak atau bertulis atau cabutancabutan daripada Daftar, yang berupa sebagai diperakui oleh Pendaftar dan dimeteri dengan meterinya boleh diterima sebagai keterangan dalam sesuatu pembicaraan di hadapan mana-mana mahkamah undang-undang tanpa dibuktikan selanjutnya atau dikemukakan dokumen-dokumen asalnya.
Sesuatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh Pendaftar mengenai apa-apa perbuatan yang ia diberikuasa di bawah Akta ini untuk melakukan dan yang ia telah atau belum lakukan, mengikut mana yang berkenaan, adalah menjadi keterangan prima facie dalam sesuatu pembicaraan di hadapan mana-mana mahkamah undang-undang mengenai hal yang ia telah melakukan atau belum melakukan perbuatan itu.
/Yang di-Pertuan-Agong boleh dengan perintah yang disiarkan dalam Warta mengisytiharkan sesuatu dokumen atau sesuatu klas dokumen sesuatu negara asing sebagai boleh diterima sebagai keterangan dalam sesuatu pembicaraan di hadapan sesuatu Mahkamah jika—
dokumen itu adalah dimeterikan dengan meteri pegawai yang diberikuasa atau dengan meteri kerajaan negara asing itu dan meteri itu adalah mengenai cap-cap dagangan yang didaftarkan di dalam atau pun yang diiktiraf oleh negara asing itu atau jika tiada sesuatu meteri tersebut itu ada disertakan perakuan yang ditandatangani oleh pegawai yang diberikuasa itu yang bermaksud bahawa dokumen itu ialah keterangan mengenai perkara yang terkandung di dalamnya;
negara asing itu atau sebahagian daripadanya telah membuat perkiraan salingan dengan Kerajaan Malaysia mengenai bolehnya diterima dokumen itu sebagai keterangan.
Bagi maksud seksyen ini—
"cap dagangan" ertinya apa-apa tanda, jenama, kepala, lebel, tikit, nama, tandatangan, perkataan, huruf, angka atau apa-apa gabungan daripadanya yang digunakan atau dicadang untuk digunakan berhubung dengan barang-barang bagi maksud menunjukkan atau supaya menunjukkan sesuatu hubungan dalam perjalanan perdagangan antara barang-barang itu dengan seseorang yang berhak samada sebagai tuanpunya atau sebagai pengguna berdaftar untuk menggunakan cap dagangan itu (di negara asing itu) samada dengan menunjukkan atau dengan tidak menunjukkan identiti orang itu dan yang didaftarkan atau pun yang diiktiraf oleh negara asing itu sebagai sesuatu cap dagangan (di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di negara asing itu berkenaan dengan cap-cap dagangan) tetapi tidak termasuk cap-cap dagangan suatu negara asing yang lain yang didaftarkan di negara asing itu atau pun yang diiktiraf oleh negara asing itu menurut sesuatu perkiraan salingan antara negara asing itu dengan negara asing yang lain itu;
"dokumen" ertinya—
sesuatu salinan bercetak atau bertulis atau cabutan atau lain-lain rekod cap-cap dagangan yang disimpan dan disenggara di negara asing di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di negara asing itu berkenaan dengan cap-cap dagangan; atau
apa-apa dokumen lain mengenai apa-apa perkara atau perbuatan berkenaan dengan cap-cap dagangan yang didaftarkan dalam negara asing itu atau pun yang diiktiraf oleh negara asing itu sebagai cap-cap dagangan;
"pegawai yang diberikuasa" ertinya seseorang atau sesuatu pihakberkuasa yang diberikuasa oleh kerajaan negara asing untuk menyimpan dan menyenggara suatu daftar atau lain-lain rekod cap-cap dagangan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di negara asing itu berkenaan dengan cap-cap dagangan.
Untuk mengelakkan keraguan, seksyen ini tidak boleh ditafsirkan sebagai memberi pengiktirafan kepada cap-cap dagangan sesuatu negara asing bagi maksud pendaftaran di bawah Akta ini tetapi hendaklah ditafsirkan hanya mengenai bolehnya diterima dokumen-dokumen negara asing sebagai keterangan dalam sesuatu pembicaraan di hadapan Mahkamah.
Dalam sesuatu rayuan terhadap keputusan Pendaftar di bawah Akta ini Mahkamah adalah mempunyai dan hendaklah menjalankan kuasa-kuasa budibicara yang sama seperti diberi kepada Pendaftar di bawah Akta ini.
61
Sesuatu permohonan untuk membetulkan Daftar yang hendak dibuat kepada Mahkamah di bawah seksyen 45 atau perenggan (a) seksyen-kecil (2) seksyen 33 boleh, atas opsen pemohon, dibuat mula-mulanya kepada Pendaftar melainkan jika sesuatu tindakan mengenai cap dagangan yang berkenaan itu belum lagi diputuskan.
Pendaftar boleh pada mana-mana peringkat pembicaraan merujukkan sesuatu permohonan itu kepada Mahkamah atau ia boleh, selepas mendengar pihak-pihak yang berkenaan, menyelesaikan soal itu antara mereka, tertakluk kepada rayuan kepada Mahkamah.
Melainkan jika dibenarkan dengan nyatanya oleh peruntukan-peruntukan Akta ini atau oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya tiada apa-apa rayuan boleh dibuat terhadap sesuatu keputusan Pendaftar tetapi pada menguruskan apa-apa soal mengenai pembetulan Daftar (termasuk semua permohonan di bawah seksyen 45) Mahkamah adalah berkuasa mengulangkaji apa-apa keputusan Pendaftar berhubung dengan catitan yang berkenaan itu atau pembetulan yang diminta dibuat itu.
Jika seseorang telah mendaftarkan atau memohon untuk mendapatkan perlindungan bagi sesuatu cap dagangan di sesuatu negara asing dengan mana Yang di-Pertuan Agong mungkin, dengan perintah yang diisytiharkan dalam Warta, mengisytiharkan telah membuat perkiraan untuk perlindungan salingan bagi cap-cap dagangan, maka orang itu atau wakilnya di sisi undang-undang atau penerima serahakannya adalah berhak mendaptkan cap dagangannya itu didaftarkan dengan memperolehi keutamaan dari pemohon-pemohon yang lain dan pendaftaran itu hendak-lah bertarikh sama seperti tarikh pendaftaran atau permohonan untuk perlindungan di negara asing yang berkenaan itu, mengikut mana yang berkenaan, kecuali bahawa--
permohonan untuk pendaftaran itu dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pendaftaran atau permohonan untuk perlindungan cap dagangan di negara asing yang berkenaan itu; dan
tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menhakkan tuanpunya sesuatu cap dagangan medapatkan gantirosak kerana pelanggaran ata apa-apa kejadian yang berlaku sebelum dari tarik permohonan untuk mendaftarkan cap dagangan it dibuat di Malaysia.
Pendaftaran sesuatu cap dagangan tidak ahkan semata-mata
Pendaftaran sesuatu cap tidaksahkan semata-mata oleh telah digunakan oleh seseorang tempoh enam bulan itu.
(dagangan tidak boleh di sebab cap dagangan itu lain di Malaysia dalam seksyen-seksyen-kecil
Tanpa menyentuh seksyen-seksyen-kecil (1) dan (2) permohonan untuk mendaftarkan sesuatu cap dagangan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dan diuruskan dengan cara sama seperti permohonan biasa untuk pendaftaran di bawah Akta ini.
Peruntukan-peruntukan seksyen ini berdapat pakai hanya mengenai negara nya Yang di
Peruntukan-peruntukan seksyen ini hendaklah di-pakai hanya mengenai negara-negara asing yang mengenai-nya Yang di-Pertuan Agong boleh dengan perintah yang disiarkan dalam Warta mengisytiharkan peruntukan-peruntukan seksyen ini boleh dipakai dan hanya selama tempoh perintah itu masih berkuatkuasa mengenai tiap-tiap satu negara.
Pemakaian sesuatu cap dagangan di Malaysia pada barang-barang yang akan diekspot dari Malaysia dan apa apa perbuatan lain yang dilakukan di Malaysia berhubung dengan barang-barang itu, yang mana jika dilakukan berhubung dengan barang-barang yang akan dijual atau pun ditukarbeli di Malaysia akan menjadi penggunaan suatu cap dagangan di Malaysia, hendaklah bagi maksud Akta ini disifatkan sebagai penggunaan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang itu.
Seksyen-kecil (1) hendaklah disifatkan sebahagian berhubung dengan barang-barang itu.
Seksyen-kecil (1) hendaklah disifatkan sebagai telah berkuatkuasa berhubung dengan sesuatu perbuatan yang telah dilakukan sebelum tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini sebagaimana ianya berkuatkuasa berhubung dengan sesuatu perbuatan yang dilakukan selepas tarikh itu, tetapi ianya tidak menyentuh sesuatu keputusan Mahkamah yang telah dibuat sebelum tarikh itu atau keputusan sesuatu rayuan terhadap keputusan yang dibuat sedemikian.
63
Penggunaan sesuatu cap dagangan berhubung dengan barang-barang di mana suatu bentuk hubungan dalam perjalanan perdagangan masih ada antara barang-barang/itu dengan orang yang menggunakan cap dagangan itu tidak boleh disifatkan sebagai mungkin menyebabkan perdayaan atau kekeliruan hanya atas alasan bahawa cap dagangan itu telah atau adalah digunakan berhubung dengan barang-barang di mana suatu bentuk hubungan yang berlainan dalam perjalanan perdagangan telah atau masih ada antara barang-barang/itu dengan orang itu atau seseorang pemegang hakmilik orang itu sebelumnya.
Kuasa untuk memberi pendapat kepada seseorang yang bercadang memohon untuk mendaftarkan suatu cap dagangan dalam Bahagian A atau Bahagian B dalam Daftar tentang samada cap dagangan itu didapati oleh Pendaftar prima facie sebagai/disesuaikan pada asasnya untuk berbeza, atau boleh berbeza, mengikut mana yang berkenaan, adalah suatu tugas Pendaftar di bawah Akta ini.
Seseorang yang ingin memperolehi pendapat itu hendaklah membuat permohonan kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan.
Jika sesuatu permohonan untuk pendaftaran sesuatu cap dagangan dibuat dalam masa tiga bulan selepas Pendaftar memberi pendapat bahawa permohonan itu boleh diluluskan dan Pendaftar, selepas penyiasatan atau pertimbangan selanjutnya, memberi notis kepada pemohon tentang bantahan atas alasan bahawa cap dagangan itu tidak disesuaikan untuk berbeza, atau tidak boleh berbeza, mengikut mana yang berkenaan, maka pemohon itu adalah berhak, selepas memberi notis menarikbalik permohonan itu dalam tempoh yang ditetapkan, mendapatkan balik apa-apa bayaran yang telah dibayar apabila memfail permohonan itu.
Pendaftar boleh, atas apa-apa syarat mengenai kos sebagaimana yang difikirkannya patut samada bagi maksud membentulkan sesuatu kesilapan dari segi tulisan atau sesuatu kesilapan yang nyata, membenar dibetulkan sesuatu permohonan pendaftaran cap dagangan atau notis bangkangan atau lain-lain dokumen yang dikemukakan di sesuatu pejabat cap dagangan.
Sesuatu pindaan bagi sesuatu permohonan tidak boleh dibenarkan di bawah seksyen ini jika pindaan itu akan menyentuh pada matannya identiti cap dagangan itu sebagaimana yang ditentukan dalam permohonan itu sebelum pindaan.
Pendaftar boleh, bagi maksud Akta ini—
Seseorang yang tidak mematuhi sesuatu saman, perintah atau arahan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah perenggan-perenggan (a), (b) dan (c) seksyen-kecil (1) tanpa apa-apa sebab yang sah di sisi undang-undang adalah disifatkan sebagai telah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.
Kos yang diaward oleh Pendaftar boleh, jika tidak dibayar, dituntut dalam sesuatu mahkamah yang berbidang-kuasa layak sebagai hutang yang kena dibayar oleh orang yang terhadapnya kos itu telah diberi kepada orang yang untuk faedahnya kos itu telah diberi.
Jika sesuatu kuasa budibicara diberi kepada Pendaftar oleh Akta ini atau oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, Pendaftar tidak boleh menjalankan kuasa itu secara menentang pemohon untuk pendaftaran atau tuanpunya berdaftar yang berkenaan tanpa memberi kepada pemohon itu suatu peluang untuk didengar (jika dikehendaki dengan sewajarnya berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan).
Jika sesuatu masa ditentukan oleh Akta ini atau oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dalam masa bila sesuatu perbuatan atau perkara dikehendaki dilakukan, Pendaftar boleh, melainkan jika selainnya diperuntukkan dengan nyata atau diarahkan oleh Mahkamah, melanjutkan masa itu samada sebelum atau selepas tamat masa itu.
Jika oleh sebab—
sesuatu kesilapan atau tindakan di pihak Pejabat Pusat Cap Dagangan atau mana-mana pejabat /wilayah-cap dagangan;
sesuatu perbuatan berkenaan dengan sesuatu permohonan untuk mendaftarkan sesuatu cap dagangan atau dalam pembicaraan di bawah Akta ini (yang bukan pembicaraan dalam Mahkamah) yang dikehendaki dilakukan dalam suatu masa tertentu belum dilakukan sedemikian maka Pendaftar boleh melanjutkan masa bagi melakukan perbuatan itu.
Masa yang dikehendaki bagi melakukan sesuatu perbuatan boleh dilanjutkan di bawah seksyen ini sungguh-pun masa itu telah tamat.
Apabila seseorang pemohon untuk pendaftaran suatu cap dagangan atau seseorang ejen tidak tinggal atau tidak menjalankan perniagaan dalam Malaysia ia hendak-lah memberi kepada Pendaftar suatu alamat untuk penyampaian dalam Malaysia dan jika ia tidak berbuat demikian Pendaftar boleh enggan mengambil tindakan lanjut atas permohonan itu sehingga alamat itu telah diberi.
Sesuatu alamat untuk penyampaian yang dinyatakan dalam permohonan itu atau dalam sesuatu notis bangkangan hendaklah, bagi maksud-maksud permohonan atau notis bangkangan itu, disifatkan sebagai alamat pemohon atau pembangkang itu, mengikut mana yang berkenaan, dan segala dokumen berhubung dengan permohonan atau notis bangkangan itu boleh disampaikan dengan meninggalkannya di alamat untuk penyampaian bagi pemohon atau pembangkang itu, mengikut mana yang berkenaan, atau dengan menghantarnya dengan pos ke alamat itu.
Sesuatu alamat untuk penyampaian boleh diubah dengan memberitahu Pendaftar secara bertulis.
Tertakluk kepada seksyen-kecil (1) tuanpunya berdaftar sesuatu cap dagangan hendaklah dari semasa ke semasa memberitahu Pendaftar secara bertulis mengenai apa-apa perubahan dalam Daftar dan Pendaftar hendaklah mengubah Daftar dengan sewajarnya.
Alamat tuanpunya berdaftar sesuatu cap dagangan sebagaimana terdapat pada masa itu dalam Daftar hendak-lah bagi segala maksud di bawah Akta ini disifatkan sebagai alamat tuanpunya berdaftar itu.
berkenaan dengan sesuatu cap dagangan, yang bukan suatu cap dagangan berdaftar, yang bermaksud bahawa cap dagangan itu ialah suatu cap dagangan berdaftar;
Jika sesuatu perbuatan dikehendaki oleh Akta ini supaya dilakukan oleh atau ke atas seseorang berkenaan dengan sesuatu cap dagangan atau cap dagangan yang dicadangkan atau apa-apa acara berhubung dengannya, maka perbuatan itu boleh, di bawah dan mengikut Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau dalam hal-hal tertentu dengan keizinan khas Pendaftar, dilakukan oleh atau ke atas seseorang ejen orang itu yang diberikuasa dengan sewajarnya mengikut cara yang ditetapkan.
Seseorang yang membuat suatu representasi—
berkenaan dengan sebahagian daripada sesuatu cap dagangan berdaftar, yang bukan suatu bahagian yang didaftarkan secara berasingan sebagai suatu cap dagangan, yang bermaksud bahawa cap dagangan itu adalah didaftarkan sedemikian;
yang bermaksud bahawa sesuatu cap dagangan adalah didaftarkan mengenai barang-barang yang mengenainya cap dagangan itu adalah tidak didaftarkan; atau
yang bermaksud bahawa pendaftaran sesuatu cap dagangan memberi suatu hak ke atas penggunaan eksklusif akan cap dagangan itu dalam hal keadaan dalam mana, memandang kepada syarat-syarat atau batasan-batasan yang dicatitkan dalam Daftar, pendaftaran itu adalah tidak memberi hak itu, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua bulan atau kedua-duanya.
Bagi maksud seksyen ini penggunaan di Malaysia berhubung dengan sesuatu cap dagangan akan perkataan "berdaftar" atau akan apa-apa perkataan lain yang merujuk samada dengan nyata atau dengan cara faham kepada
CAP DAGANGAN pendaftaran hendaklah disifatkan sebagai bererti suatu rujukan kepada pendaftaran dalam Daftar kecuali—
jika perkataan itu digunakan dalam perkaitan fisika dengan perkataan-perkataan lain yang ditunjukkan dengan huruf-huruf yang sekurang-kurangnya sama besar dengan huruf-huruf perkataan itu ditunjukkan dan menunjukkan bahawa rujukan itu adalah kepada pendaftaran sebagai sesuatu cap dagangan di bawah undang-undang sesuatu negara di luar Malaysia iaitu negara yang di bawah undang-undangnya pendaftaran yang dirujukkan itu adalah sebenarnya berkuatkuasa;
jika perkataan itu (iaitu suatu perkataan yang lain daripada perkataan "berdaftar") adalah sendirinya sesuatu yang menunjukkan bahawa rujukan itu adalah kepada pendaftaran sebagaimana disebutkan dalam perenggan (a); atau /
jika perkataan itu digunakan berhubung dengan suatu cap yang didaftarkan sebagai suatu cap dagangan di bawah undang-undang sesuatu negara di luar Malaysia dan berhubung dengan barang-barang yang akan diekspot ke negara itu.
Tiada sesiapa jua berhak mengambil apa-apa tindakan bagi mencegah pelanggaran terhadap sesuatu cap dagangan takberdaftar atau menuntut gantirosak kerananya.
Walau apapun peruntukan seksyen-kecil (1), tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan sebagai menyentuh hak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa jua kerana mengelirupakan barang-barang/sebagai barang-barang/seorang lain atau remidi-remidi mengenainya.
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini.
Pada khususnya dan tanpa menyentuh keluasan seksyen-kecil (1), peraturan-peraturan itu boleh membuat peruntukan bagi semua atau mana-mana daripada yang berikut—
mengawal amalan (lain daripada amalan berhubung dengan pembicaraan di hadapan Mahkamah atau berkaitan dengannya) di bawah Akta ini termasuk penyampaian dokumen-dokumen;
mendapatkan dan mengawal penyiaran dan penjualan atau pembahagian salinan-salinan cap dagangan dan lain-lain dokumen dengan apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Menteri;
menetapkan bayaran yang kena dibayar bagi permohonan apabila mendaftarkan cap dagangan dan lain-lain perkara yang ditetapkan di bawah Akta ini:
CAP DAGANGAN dimansuhkan, dilanjutkan, diubah atau dipinda dengan sewajarnya;
apa-apa jua perlantikan yang dibuat di bawah undang-undang yang dimansuhkan itu atau di bawah perundangan kecil yang dibuat di bawahnya itu hendaklah terus berkuatkuasa dan berkesan seolah-olah ia telah dibuat di bawah Akta ini melainkan jika selainnya diarahkan oleh Menteri;
apa-apa jua perakuan yang dikeluarkan di bawah mana-mana daripada undang-undang yang dimansuhkan itu dan yang berkuatkuasa sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah, tertakluk kepada had-had, syarat-syarat dan tempoh sahnya yang dinyatakan dalam perakuan itu, terus berkuatkuasa dan mempunyai kesan yang serupa seolah-olah ia telah dikeluarkan di bawah Akta ini dan Pendaftar boleh meminda, mengubahsuai, membaharui, atau membatalkan perakuan itu mengikut kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh peruntukan-peruntukan yang berkaitan dalam Akta ini berkenaan dengannya.