Malaysia legislation
Section
Section 41
(1)
Pendaftar hendaklah, atas permohonan yang dibuat oleh tuanpunya berdaftar sesuatu cap dagangan dengan cara yang ditetapkan dan dalam tempoh yang ditetapkan, membaharui pendaftaran cap dagangan itu selama tempoh empat-belas tahun dari tarikh tamatnya pendaftaran asal, atau dari tarikh tamatnya pembaharuan pendaftaran yang akhir, mengikut mana yang berkenaan, dan tarikh ini hendaklah kemudian daripada ini disebut "sebagai tarikh tamatnya pendaftaran yang akhir".