Malaysia legislation

Section

of TRADE MARKS ACT 1976

Section 61

Jika dalam sesuatu pembicaraan di sisi undang-undang sahnya sesuatu cap dagangan berdaftar adalah dipersoalkan dan keputusan dibuat untuk faedah tuanpunya berdaftar cap dagangan itu, maka bolehlah Mahkamah memperakui yang demikian dan jika Mahkamah memperakui sedemikian maka, jika sahnya pendaftaran itu dipersoalkan dalam suatu pembicaraan di sisi undang-undang yang kemudian, tuanpunya berdaftar cap dagangan itu adalah berhak, apabila mendapat suatu perintah atau hukuman muktamad untuk faedahnya, mendapat kos, bayaran dan belanja penuh sebagai antara peguamcara dengan pelanggan, melainkan jika dalam pembicaraan yang kemudian itu Mahkamah memperakui bahawa tuanpunya berdaftar itu tidak patut mendapatnya.