Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (PERBADANAN) 1980

Seksyen 11

Fungsi dan kuasa Lembaga

(a)

untuk menyelia dan melaksanakan reka bentuk, pembinaan dan penyenggaraan lebuh raya sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan;

(b)

untuk menyelia dan melaksanakan reka bentuk, pembinaan dan penyenggaraan kawasan rehat dan rawat dan kemudahan lain yang difikirkan perlu di sepanjang lebuh raya sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan;

(ba) untuk menasihati Kerajaan Persekutuan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan lebuh raya;

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 15

(bb) untuk membentuk, melaksanakan dan memantau piawaian bagi lebuh raya;

(bc) untuk melaksanakan perancangan, reka bentuk, pembinaan, pengendalian, pengurusan dan penyenggaraan lebuh raya;

(bd) untuk menambah baik sistem pengurusan maklumat yang berhubungan dengan lalu lintas di lebuh raya;

(be) untuk menambah baik infrastruktur dan kemudahan bagi lebuh raya;

(c)

untuk memungut tol daripada pengguna lebuh raya dan bayaran lain daripada kemudahan di sepanjang lebuh raya;

(ca) untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;

(d)

untuk merancang dan menjalankan penyelidikan dan kajian mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan lebuh raya untuk memastikan penggunaan yang cekap lebuh raya dan kemudahan lain di sepanjang lebuh raya; dan

(e)

untuk melakukan apa-apa perkara yang bersampingan dengan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan-peraturan yang semunasabahnya perlu bagi, atau yang bermanfaat atau bersampingan dengan penjalanan fungsinya di bawah subseksyen (1) dan khususnya, tanpa menjejaskan keluasan maksud di atas, peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

membuat peruntukan bagi pembinaan, pengendalian, pengurusan, penjagaan, pengawalseliaan atau perlindungan terhadap harta Lembaga atau mana-mana lebuh raya yang dibina atau dibina semula;

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 231

(b)

membuat peruntukan bagi jenis kenderaan yang dibenarkan menggunakan lebuh raya atau sebahagian daripadanya dan pengelasan kenderaan itu;

(c)

membuat peruntukan bagi pengawalseliaan dan kawalan lalu lintas di lebuh raya;

(ca) menetapkan sistem dan teknologi yang digunakan bagi pungutan tol;

(cb) menetapkan piawaian bagi—

(i)

reka bentuk, pembinaan, pengurusan, pengendalian dan penyenggaraan lebuh raya;

(ii)

pengurusan kemalangan dan kecemasan di lebuh raya;

(iii)

sistem pengawasan dan kawalan lalu lintas;

(iv)

sistem pungutan tol; dan

(v)

perkhidmatan berkaitan dengan lebuh raya yang lain;

(cc)

mengadakan peruntukan bagi fi atau apa-apa caj lain berhubung dengan perkhidmatan yang diberikan oleh

Lembaga; dan

(d)

mengawal selia apa-apa aktiviti yang termasuk dalam bidang fungsi Lembaga.

(3)

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang pada munasabahnya adalah perlu bagi, atau bermanfaat atau bersampingan dengan, penjalanan fungsinya, dan khususnya, tanpa menjejaskan keluasan maksud di atas—

(a)

untuk menubuhkan suatu Unit Perawatan dan Pengawasan

Lebuh Raya;

(b)

untuk mengawal jalan masuk dan jalan keluar di sepanjang lebuh raya; dan

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 17

(c)

membentuk suatu jawatankuasa untuk mengkaji dan melaporkan apa-apa perkara yang ditetapkan oleh Lembaga dan menentukan bidang tugasnya serta elaun bagi anggotanya.