PERMULAAN
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
/akn/my/act/act/1980/231
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (PERBADANAN) 1980 is Malaysia Act, cited as Act 231 1980, currently marked in force and first recorded in 1980.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 231
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain−
“kenderaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
*Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya
Malaysia yang dilantik di bawah seksyen 8;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Lebuh Raya
Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 12;
“lebuh raya” termasuklah semua lorong lalu lintas, lorong laju, lorong perlahan, bahu jalan, garis tengah, lorong mendaki, lorong memotong, terowong, gorong kotak kereta, gantri, hentian sebelah, kemudahan sampingan, ameniti, jambatan, laluan atas, jalan bawah, jalan tembok, jalan bertingkat, jalan tuju, landasan masuk dan keluar, plaza tol, kawasan rawat, kawasan senggara, perabot lebuh raya, papan tanda dan struktur dan lekapan lain dan mana-mana kawasan lain yang berdekatan dengannya di bawah kawalan dan pengurusan Lembaga;
“Menteri” ertinya
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya;
“Lembaga” ertinya Lembaga Lebuh Raya Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Pengerusi”
ertinya
Pengerusi
Lembaga dan termasuklah mana-mana orang yang menjalankan fungsi Pengerusi secara sementara;
“pengguna” ertinya mana-mana orang yang memandu atau mengendalikan apa-apa kenderaan di atas lebuh raya;
_____________________________________________________________
*CATATAN—Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] telah memansuhkan Ordinan Lalulintas
Jalan 1958 [No.49/58]
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 9
“tol” termasuklah apa-apa levi, bayaran atau pampasan yang dibayar kepada
Lembaga bagi menggunakan lebuh raya atau mana-mana bahagiannya oleh kenderaan atau lalu lintas lain.
Bahagian II
Penubuhan Lembaga
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi kewangan atau wakilnya;
Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi atau wakilnya;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 231
Menteri boleh, sebagai tambahan kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1), melantik tidak lebih daripada empat orang lain menjadi anggota Lembaga untuk mewakili kepentingan khas mengenai lebuh raya bagi tempoh tidak melebihi dua tahun.
Mana-mana anggota yang dilantik di bawah subseksyen (2)
yang berhenti menjadi anggota Lembaga adalah layak dilantik semula.
Anggota silih ganti
Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, anggota silih ganti hendaklah bagi semua maksud disifatkan sebagai anggota Lembaga.
Anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia berhenti menjadi anggota terlebih dahulu atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, berhenti daripada menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia menjadi anggota silih ganti itu berhenti daripada menjadi anggota Lembaga.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
Sehingga suatu pelantikan dibuat di bawah subseksyen (1) atau jika pelantikan itu tidak dibuat, anggota yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(b) hendaklah menjalankan semua fungsi Pengerusi dan disifatkan sebagai Pengerusi.
Kuorum, pengundian dan kekosongan
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 11
Sekiranya bilangan undi atas apa-apa soalan didapati sama banyaknya, orang yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
Lembaga boleh bertindak walaupun terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaannya.
Penzahiran kepentingan
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—
tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 231
tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum
Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.
Anggota Lembaga atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Tiada tindakan atau prosiding Lembaga atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.
Bagi maksud seksyen ini—
“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota
Lembaga atau jawatankuasa, termasuklah—
suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan
“sekutu”, berhubung dengan anggota Lembaga atau jawatankuasa, ertinya—
firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsi;
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 13
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya ialah seorang benefisiari; atau
mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta Syarikat 2016
[Akta 777], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.
Pelantikan pegawai dan penjawat
Pelantikan
Ketua
Pengarah hendaklah dibuat dengan mendapatkan kelulusan Menteri terlebih dahulu.
Lembaga hendaklah mendapatkan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan sebelum mewujudkan atau mengubah suai apa-apa skim perkhidmatan bagi pegawai atau penjawatnya, termasuklah terma dan syarat perkhidmatan, gaji, elaun dan saraan lain yang kena dibayar serta faedah lain.
Kewajipan Ketua Pengarah
bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan dasar
Lembaga dan bagi pentadbiran am hal ehwalnya;
menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas semua pegawai atau penjawat yang bekerja dengan Lembaga; dan 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 231
melaksanakan apa-apa kewajipan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Dalam menjalankan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertindak di bawah kuasa am dan arahan Lembaga.
Lembaga boleh melantik secara sementara mana-mana pegawai
Lembaga untuk bertindak sebagai Ketua Pengarah bagi tempoh—
apabila Ketua Pengarah, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipannya.
Penjawat awam
Semua anggota, anggota silih ganti, pegawai dan penjawat
Lembaga hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Fungsi dan kuasa Lembaga
untuk menyelia dan melaksanakan reka bentuk, pembinaan dan penyenggaraan lebuh raya sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan;
untuk menyelia dan melaksanakan reka bentuk, pembinaan dan penyenggaraan kawasan rehat dan rawat dan kemudahan lain yang difikirkan perlu di sepanjang lebuh raya sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan;
(ba) untuk menasihati Kerajaan Persekutuan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan lebuh raya;
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 15
(bb) untuk membentuk, melaksanakan dan memantau piawaian bagi lebuh raya;
(bc) untuk melaksanakan perancangan, reka bentuk, pembinaan, pengendalian, pengurusan dan penyenggaraan lebuh raya;
(bd) untuk menambah baik sistem pengurusan maklumat yang berhubungan dengan lalu lintas di lebuh raya;
(be) untuk menambah baik infrastruktur dan kemudahan bagi lebuh raya;
untuk memungut tol daripada pengguna lebuh raya dan bayaran lain daripada kemudahan di sepanjang lebuh raya;
(ca) untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;
untuk merancang dan menjalankan penyelidikan dan kajian mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan lebuh raya untuk memastikan penggunaan yang cekap lebuh raya dan kemudahan lain di sepanjang lebuh raya; dan
untuk melakukan apa-apa perkara yang bersampingan dengan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan-peraturan yang semunasabahnya perlu bagi, atau yang bermanfaat atau bersampingan dengan penjalanan fungsinya di bawah subseksyen (1) dan khususnya, tanpa menjejaskan keluasan maksud di atas, peraturan-peraturan itu boleh—
membuat peruntukan bagi pembinaan, pengendalian, pengurusan, penjagaan, pengawalseliaan atau perlindungan terhadap harta Lembaga atau mana-mana lebuh raya yang dibina atau dibina semula;
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 231
membuat peruntukan bagi jenis kenderaan yang dibenarkan menggunakan lebuh raya atau sebahagian daripadanya dan pengelasan kenderaan itu;
membuat peruntukan bagi pengawalseliaan dan kawalan lalu lintas di lebuh raya;
(ca) menetapkan sistem dan teknologi yang digunakan bagi pungutan tol;
(cb) menetapkan piawaian bagi—
reka bentuk, pembinaan, pengurusan, pengendalian dan penyenggaraan lebuh raya;
perkhidmatan berkaitan dengan lebuh raya yang lain;
mengadakan peruntukan bagi fi atau apa-apa caj lain berhubung dengan perkhidmatan yang diberikan oleh
Lembaga; dan
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang pada munasabahnya adalah perlu bagi, atau bermanfaat atau bersampingan dengan, penjalanan fungsinya, dan khususnya, tanpa menjejaskan keluasan maksud di atas—
untuk mengawal jalan masuk dan jalan keluar di sepanjang lebuh raya; dan
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 17
membentuk suatu jawatankuasa untuk mengkaji dan melaporkan apa-apa perkara yang ditetapkan oleh Lembaga dan menentukan bidang tugasnya serta elaun bagi anggotanya.
Bahagian III
Kumpulan Wang Lembaga Lebuh Raya Malaysia
Maka hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang itu—
apa-apa pemberian yang dibuat kepada Lembaga daripada
Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan;
semua wang yang didapati atau diperoleh daripada apa-apa pelaburan di bawah seksyen 17 atau daripada apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau diletak hak pada Lembaga; dan
semua wang lain yang boleh dalam apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau diletak hak pada Lembaga.
Jika terdapat apa-apa lebihan wang dalam Kumpulan Wang di bawah perenggan (2)(a) berhubung dengan pelaksanaan fungsi
Lembaga di bawah Akta ini, lebihan wang itu hendaklah dibayar oleh
Lembaga ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 231
Perbelanjaan dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang
Kumpulan Wang itu boleh dibelanjakan bagi maksud—
membayar apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang dilakukan sewajarnya oleh Lembaga dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya;
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam oleh Lembaga di bawah seksyen 16 dan bunga yang kena dibayar atasnya;
meminjamkan kepada pekerja Lembaga bagi maksud membeli atau membina rumah kediaman atau membeli kenderaan mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan; dan
secara amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi menguatkuasakan peruntukan Akta ini.
Kumpulan wang rizab
Pembayaran masuk ke dalam dan keluar dari kumpulan wang rizab itu hendaklah ditentukan oleh Lembaga:
Dengan syarat bahawa tiada bahagian daripada kumpulan wang rizab itu boleh digunakan bagi apa-apa maksud selain bagi maksud
Lembaga.
Tol bagi kenderaan yang menggunakan lebuh raya
Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan amaun dan kadar tol yang berlainan bagi jenis dan kategori kenderaan yang berlainan.
Kuasa untuk meminjam
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 19
Lembaga boleh meminjam dalam apa-apa bentuk dan atas apa-apa terma sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri
Kewangan, apa-apa wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi memenuhi mana-mana obligasinya, menunaikan mana-mana fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
Kuasa untuk melabur
Kewangan, melaburkan
Kumpulan
Wang atau mana-mana bahagiannya yang tidak dikehendaki dengan segera untuk menjelaskan obligasi Lembaga atau melaksanakan fungsinya—
dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti yang dibenarkan untuk pelaburan wang amanah oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa pada masa itu;
atau
dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Kuasa untuk menubuhkan syarikat
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri
Kewangan, menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 untuk menjalankan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 231
Tahun kewangan dan anggaran tahunan
Pengerusi hendaklah, tidak lewat daripada satu bulan sebelum setiap tahun kewangan, membentangkan di hadapan Lembaga suatu anggaran hasil dan perbelanjaan, termasuklah perbelanjaan modal,
Lembaga bagi tahun kewangan yang berikutannya mengandungi apa-apa butir dan dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Pengerusi hendaklah menyebabkan supaya satu salinan anggaran itu dihantar kepada tiap-tiap anggota Lembaga tidak lewat daripada empat belas hari sebelum tarikh mesyuarat di mana anggaran itu akan dibentangkan.
Akaun dan audit
Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada tiga bulan selepas berakhirnya tahun kewangannya, menyebabkan supaya akaunnya diaudit oleh Ketua Audit Negara atau mana-mana juruaudit lain yang diluluskan oleh Ketua Audit Negara.
Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada 30 Jun setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya satu salinan penyata akaun itu dihantar kepada Menteri bersama dengan suatu salinan pemerhatian yang dibuat oleh juruaudit itu mengenai apa-apa penyata akaun atau mengenai akaun Lembaga.
Menteri hendaklah menyebabkan supaya satu salinan tiap-tiap penyata dan pemerhatian yang dihantar kepadanya di bawah subseksyen (3) dibentangkan dalam setiap Majlis Parlimen.
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 21
Laporan tahunan
Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan tiap-tiap laporan yang dihantar kepadanya di bawah subseksyen (1)
dibentangkan dalam setiap Majlis Parlimen.
Bahagian IV
Mana-mana lebuh raya atau bahagiannya yang kos pembinaannya telah atau dibayar daripada Kumpulan Wang hendaklah terletak di bawah kawalan dan pengurusan Lembaga.
Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang sedia ada sebaik sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini yang menyentuh mana-mana lebuh raya yang dipindahkan hakmilik itu hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau untuk faedah Lembaga dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan dengan berkesan seolah-olah Lembaga telah dinamakan dalamnya atau
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 231
telah menjadi satu pihak kepadanya menggantikan Kerajaan
Persekutuan.
Berikutan dengan pemberitahuan dalam subseksyen (1), semua tanah yang telah dirizabkan kepada Kerajaan Persekutuan dan, jika berkenaan, dengan persetujuan Kerajaan Negeri yang berkenaan, semua tanah yang dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, bagi maksud lebuh raya itu atau sebahagian daripadanya yang telah dipindahkan hakmilik kepada
Lembaga, hendaklah disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud
Lembaga dan tiap-tiap rizab itu hendaklah terus tertakluk pada undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang terpakai bagi rizab itu.
Penarikan balik lebuh raya daripada kawalan dan pengurusan
Lembaga
Jika lebuh raya atau bahagiannya itu ialah jalan Persekutuan di bawah Akta Jalan Persekutuan 1959 atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang lain, atau jika kos pembinaan lebuh raya atau bahagiannya itu dibayar daripada Kumpulan Wang, maka, walau apa pun pemberitahuan di bawah subseksyen (1), lebuh raya atau bahagiannya itu hendaklah terus atau disifatkan menjadi jalan
Persekutuan sewajarnya.
Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang sedia ada sebaik sebelum tarikh yang dinyatakan dalam pemberitahuan di bawah subseksyen (1) dan yang menyentuh lebuh raya atau bahagiannya yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau untuk faedah Kerajaan Persekutuan, dan boleh dikuatkuasakan dengan
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 23
sepenuhnya dan dengan berkesan, seolah-olah Kerajaan Persekutuan telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya menggantikan Lembaga.
Bermula dari tarikh yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu di bawah subseksyen (1), semua tanah yang telah dirizabkan atau disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Lembaga menurut kuasa subseksyen 21(3) dan yang termasuk dalam lebuh raya atau bahagiannya yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu hendaklah disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Kerajaan Persekutuan dan tiap-tiap rizab itu hendaklah terus tertakluk pada undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang terpakai bagi rizab itu.
Walaupun sesuatu lebuh raya atau bahagiannya telah dihentikan daripada berada di bawah kawalan dan pengurusan Lembaga menurut kuasa pemberitahuan di bawah subseksyen (1), Menteri boleh mengarahkan Lembaga secara bertulis untuk menyelia atau melaksanakan penyenggaraan, sama ada secara umum atau pada aspek tertentu, lebuh raya atau bahagiannya itu, yang dalam hal demikian semua kos dan perbelanjaan yang dilakukan dalam menjalankan arahan itu hendaklah ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dengan mutlak.
Walau apa pun pemberitahuan di bawah subseksyen (1), apa-apa perintah di bawah seksyen 15 yang berhubungan dengan tol berkenaan dengan lebuh raya atau bahagiannya yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Bahagian V
Kuasa am untuk mengambil tanah
Perbelanjaan dan pampasan mengenai mana-mana harta tak alih yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Lembaga.
Jika apa-apa harta tak alih telah diperoleh di bawah seksyen ini,
Lembaga hendaklah mengambil dokumen hakmilik yang perlu mengenai harta itu dan hendaklah membayar apa-apa sewa yang dikenakan ke atas harta itu.
Bahagian VI
Kuasa untuk mengambil bekerja ejen
Lembaga boleh mengambil bekerja dan membayar ejen dan penasihat teknikal termasuklah peguam bela dan peguam cara, pengurus bank, broker saham, jurukur atau penilai atau orang lain, untuk menguruskan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk diuruskan atau dilakukan dalam melaksanakan kewajipannya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik maksud Akta ini.
Pemakaian Akta Pengangkutan Jalan 1987
Tertakluk pada apa-apa ubah suaian oleh mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, peruntukan Akta
Pengangkutan Jalan 1987 dan semua peraturan-peraturan, kaedah dan perintah yang dibuat di bawahnya hendaklah terpakai bagi mana-mana lebuh raya di bawah kawalan dan pengurusan Lembaga.
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 25
Kesalahan
Mana-mana orang yang—
menggunakan apa-apa tiket atau kupon tiruan atau palsu untuk membayar apa-apa tol yang dikehendaki dibayar kepada Lembaga di bawah Akta ini atau cuba menggunakan lebuh raya itu tanpa membayar tol yang ditetapkan oleh
Lembaga; atau
dengan sengaja, dengan niat jahat dan dengan paksaan memecahkan, merosakkan atau memusnahkan apa-apa harta
Lembaga termasuklah apa-apa alat pungutan tol berjentera atau elektronik kepunyaan Lembaga atau apa-apa alat perlengkapannya,
**melakukan suatu kesalahan.
Penalti am
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, yang baginya tiada apa-apa penalti diperuntukkan secara nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi ***dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
_____________________________________________________________
*CATATAN—Dahulunya “melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit”–lihat perenggan 11(a) Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia
(Pemerbadanan) (Pindaan) 2024 [Akta A1710].
**CATATAN—Dahulunya “melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya”
–lihat perenggan 11(b) Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2024
[Akta A1710].
***CATATAN—Dahulunya “lima ribu ringgit” –lihat seksyen 12 Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia
(Pemerbadanan) (Pindaan) 2024 [Akta A1710].
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 231
Pendakwaan
Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis
Pendakwa Raya.
Pengkompaunan kesalahan
mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai Lembaga yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum pendakwaan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah, suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
Tawaran bertulis di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran bertulis itu dibuat.
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 27
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan Ketua Pengarah, boleh memulangkan apa-apa buku, akaun, rekod atau dokumen lain termasuk rekod elektronik yang disita berkaitan dengan kesalahan itu, tertakluk kepada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.
Obligasi kerahsiaan
tiada anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pegawai atau pekhidmat atau ejen Lembaga atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa menjalankan tugasnya; dan
tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Lembaga boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 231
Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan bertulis
Lembaga—
Lembaga hendaklah memberikan kepada Menteri apa-apa penyata, akaun dan maklumat lain berkenaan dengan harta dan aktivitinya sebagaimana dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
Menteri hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan dengan lebih baik peruntukan
Akta ini dan peraturan-peraturan itu boleh menetapkan pengkompaunan apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dan cara mengkompaunnya.
Pengesahan perbuatan yang dilakukan pada menjangkakan Akta
Bagi mengelakkan keraguan, dengan ini ditetapkan bahawa subseksyen (1) tidak membenarkan pelantikan anggota, pegawai atau penjawat Lembaga kecuali setakat untuk membenarkan pelantikan sementara orang itu sehingga pelantikan yang sewajarnya dibuat di bawah Akta ini.
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 29
Tanggung rugi bagi Lembaga
Kerajaan Persekutuan hendaklah menanggung rugi Lembaga terhadap apa-apa perbelanjaan, kerugian atau ganti rugi yang ditanggung atau dialami oleh Lembaga berbangkit daripada apa-apa tuntutan dalam apa-apa bentuk jua oleh mana-mana orang akibat
Lembaga dihentikan daripada mempunyai kawalan dan pengurusan akan sesuatu lebuh raya atau bahagiannya oleh sebab sesuatu pemberitahuan di bawah seksyen 21A.
Pemindahan hakmilik tanah daripada Lembaga kepada Kerajaan
Persekutuan
Jika mana-mana tanah yang terletak hak pada Lembaga termasuk dalam mana-mana lebuh raya atau bahagiannya yang ditetapkan dalam sesuatu pemberitahuan di bawah seksyen 21A, Kerajaan Persekutuan dan Lembaga hendaklah mencapai suatu perkiraan bagi pemindahan hakmilik tanah itu kepada Kerajaan Persekutuan.
Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan di mana-mana mahkamah terhadap Lembaga atau mana-mana anggota Lembaga, anggota jawatankuasa, pegawai atau pekhidmat Lembaga, atau ejen
Lembaga, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau mana-mana anggota Lembaga, anggota jawatankuasa, pegawai atau pekhidmat Lembaga, atau ejen
Lembaga, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 231
apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.
Kuasa untuk meminda Jadual
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual kepada Akta ini.
JADUAL
[Seksyen 3]
1. (1) Seseorang anggota Lembaga yang—
tidak hadir dan juga tidak pula diwakili oleh anggota silih ganti, jika ada, yang dilantik berkenaan dengan anggota itu di mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah atau tanpa kebenaran bertulis Pengerusi;
telah didapati atau disahkan sebagai tidak sempurna akal;
telah menjadi bankrap atau membuat sesuatu perkiraan dengan pemiutangnya; atau
telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, hendaklah berhenti daripada memegang jawatan.
Subperenggan (1), selain butiran (a), hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi seseorang anggota silih ganti.
Terma dan syarat pelantikan dan saraan anggota Lembaga hendaklah ditentukan oleh Menteri.
Apa-apa elaun hendaklah dibayar kepada mana-mana anggota atau anggota silih ganti Lembaga bagi menghadiri mesyuarat Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Pelantikan tiap-tiap anggota dan anggota silih ganti Lembaga hendaklah disiarkan dalam Warta.
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 31
Tiada seorang pun anggota Lembaga boleh menanggung atas dirinya sendiri bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan atau peninggalan dalam mentadbir hal ehwal Lembaga melainkan jika kerugian atau kerosakan itu telah dilakukan dengan sengaja atau disebabkan oleh tindakan melulu atau kecuaian yang keterlaluan.
2. (1) Menteri hendaklah memanggil mesyuarat yang pertama bagi Lembaga.
Lembaga hendaklah bermesyuarat dengan kerap sehingga jarak tempoh antara suatu mesyuarat dengan suatu mesyuarat yang berikutnya tidak lebih daripada tiga bulan.
Jika pada sesuatu mesyuarat Lembaga, Pengerusi dan juga anggota yang pada masa itu menjalankan fungsi Pengerusi tidak hadir, anggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada bilangan anggota yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
Tertakluk pada perenggan ini, Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Meterai Lembaga hendaklah disahkan oleh Pengerusi dan seorang anggota
Lembaga dan apa-apa dokumen yang berupa sebagai dimeterai dengan meterai
Lembaga dan disahkan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai telah dimeterai dengan sahnya sehingga dibuktikan sebaliknya.
32
Akta 231
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A678
Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia
(Perbadanan) (Pindaan) 1987
01-11-1987
Akta A1710
Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia
(Pemerbadanan) (Pindaan) 2024
01-07-2024
33
Akta 231
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Tajuk Panjang
Akta A1710 01-07-2024 2
Akta A1710 01-07-2024 4
Akta A1710 01-07-2024 7A
Akta A1710 01-07-2024 9
Akta A1710 01-07-2024 11
Akta A678
Akta A1710
01-11-1987 01-07-2024 12
Akta A1710 01-07-2024 16
Akta A1710 01-07-2024 17A
Akta A1710 01-07-2024 21
Akta A678 01-11-1987 21A
Akta A678 01-11-1987 25
Akta A1710 01-07-2024 26
Akta A1710 01-07-2024 26A
Akta A1710 01-07-2024 26B
Akta A1710 01-07-2024 27
Akta A1710 01-07-2024 28
Akta A678 01-11-1987 31
Akta A678 01-11-1987
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 231
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
32
Akta A678 01-11-1987 33
Akta A1710 01-07-2024 34
Akta A1710 01-07-2024 35
Akta A1710 01-07-2024
Jadual
Akta A1710 01-07-2024