Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(2)
Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada tiga bulan selepas berakhirnya tahun kewangannya, menyebabkan supaya akaunnya diaudit oleh Ketua Audit Negara atau mana-mana juruaudit lain yang diluluskan oleh Ketua Audit Negara.
(3)
Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada 30 Jun setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya satu salinan penyata akaun itu dihantar kepada Menteri bersama dengan suatu salinan pemerhatian yang dibuat oleh juruaudit itu mengenai apa-apa penyata akaun atau mengenai akaun Lembaga.
(4)
Menteri hendaklah menyebabkan supaya satu salinan tiap-tiap penyata dan pemerhatian yang dihantar kepadanya di bawah subseksyen (3) dibentangkan dalam setiap Majlis Parlimen.
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 21
Laporan tahunan