Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, yang baginya tiada apa-apa penalti diperuntukkan secara nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi ***dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
_____________________________________________________________
*CATATAN—Dahulunya “melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit”–lihat perenggan 11(a) Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia
(Pemerbadanan) (Pindaan) 2024 [Akta A1710].
**CATATAN—Dahulunya “melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya”
–lihat perenggan 11(b) Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2024
[Akta A1710].
***CATATAN—Dahulunya “lima ribu ringgit” –lihat seksyen 12 Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia
(Pemerbadanan) (Pindaan) 2024 [Akta A1710].
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 231