Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (PERBADANAN) 1980

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain−

“kenderaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

*Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya

Malaysia yang dilantik di bawah seksyen 8;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Lebuh Raya

Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 12;

“lebuh raya” termasuklah semua lorong lalu lintas, lorong laju, lorong perlahan, bahu jalan, garis tengah, lorong mendaki, lorong memotong, terowong, gorong kotak kereta, gantri, hentian sebelah, kemudahan sampingan, ameniti, jambatan, laluan atas, jalan bawah, jalan tembok, jalan bertingkat, jalan tuju, landasan masuk dan keluar, plaza tol, kawasan rawat, kawasan senggara, perabot lebuh raya, papan tanda dan struktur dan lekapan lain dan mana-mana kawasan lain yang berdekatan dengannya di bawah kawalan dan pengurusan Lembaga;

“Menteri” ertinya

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya;

“Lembaga” ertinya Lembaga Lebuh Raya Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Pengerusi”

ertinya

Pengerusi

Lembaga dan termasuklah mana-mana orang yang menjalankan fungsi Pengerusi secara sementara;

“pengguna” ertinya mana-mana orang yang memandu atau mengendalikan apa-apa kenderaan di atas lebuh raya;

_____________________________________________________________

*CATATAN—Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] telah memansuhkan Ordinan Lalulintas

Jalan 1958 [No.49/58]

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 9

“tol” termasuklah apa-apa levi, bayaran atau pampasan yang dibayar kepada

Lembaga bagi menggunakan lebuh raya atau mana-mana bahagiannya oleh kenderaan atau lalu lintas lain.