Malaysia legislation

Section 7A

of *AKTA LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (PERBADANAN) 1980

Seksyen 7A

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—

(a)

tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 231

(b)

tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum

Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.

(3)

Anggota Lembaga atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(4)

Tiada tindakan atau prosiding Lembaga atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.

(5)

Bagi maksud seksyen ini—

“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota

Lembaga atau jawatankuasa, termasuklah—

(a)

suami atau isterinya;

(b)

ibu atau bapanya termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya;

(c)

anaknya termasuk anak angkatnya atau anak tirinya;

(d)

adik-beradiknya termasuk adik-beradik suami atau isterinya;

dan

(e)

suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan

“sekutu”, berhubung dengan anggota Lembaga atau jawatankuasa, ertinya—

(a)

orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;

(b)

firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsi;

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 13

(c)

pekongsi anggota itu;

(d)

pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya ialah seorang benefisiari; atau

(e)

mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta Syarikat 2016

[Akta 777], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.

Pelantikan pegawai dan penjawat