Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA PENCEN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1980

Seksyen 10

(2)

(Dipotong oleh Akta A1125).

(3)

Jika seseorang pekerja mencapai umur persaraan paksa lima puluh lima, lima puluh enam, lima puluh lapan atau enam puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan suatu prosiding jenayah

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 17

atau tatatertib yang mungkin berkeputusan dengan pekerja itu disabitkan atau dibuang kerja belum lagi selesai, perkhidmatannya hendaklah disifatkan sebagai telah dilanjutkan melampaui mana-mana umur itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi dikira cuti tanpa gaji sehingga kesnya diputuskan.

(4)

Jika prosiding jenayah atau tatatertib di bawah subseksyen (3)

itu tidak berkeputusan dengan dia disabitkan atau dibuang kerja, dia hendaklah bersara apabila mencapai umur lima puluh lima, lima puluh enam, lima puluh lapan atau enam puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan umur persaraan paksanya, dan tempoh perkhidmatan selepas mana-mana umur ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak dikira sebagai perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.

(5)

Pihak berkuasa yang berkenaan boleh, dengan persetujuan pihak berkuasa pencen, menghendaki mana-mana pekerja supaya bersara dari perkhidmatan dalam pihak berkuasa berkanun atau tempatan—

(a)

jika pihak berkuasa pencen berpuas hati atas keterangan doktor bahawa pekerja itu tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya, disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh badan yang mungkin menjadi kekal;

(b)

apabila jawatan yang dipegangnya dihapuskan;

(c)

bagi maksud supaya organisasi pihak berkuasa berkanun atau tempatan yang pekerja itu bekerja mudah diperbaiki dan dengan itu menghasilkan lebih lagi kecekapan atau ekonomi;

(d)

atas alasan bahawa pekerjaan pekerja itu telah ditamatkan demi kepentingan awam;

(e)

atas alasan bahawa pekerja itu dengan sukarelanya (selain perkahwinan) telah memperoleh kewarganegaraan atau telah menggunakan hak kewarganegaraan, atau telah membuat pengisytiharan kesetiaan kepada, mana-mana negara lain selain Malaysia atau atas alasan bahawa pekerja itu telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysianya; atau 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 239

(f)

atas alasan bahawa pekerja itu telah, bagi maksud pelantikannya ke perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan—

(i)

membuat apa-apa pernyataan atau memberi apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau secara bertulis, sama ada bersumpah atau selainnya; atau

(ii)

membekalkan apa-apa dokumen, yang palsu, silap, tidak tepat, tidak lengkap, atau mengelirukan atau mungkin mengelirukan, dan pelantikannya ke perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan telah dibuat sebahagiannya atau keseluruhannya dengan bersandarkan atas pernyataan, maklumat atau dokumen itu:

Dengan syarat bahawa persaraan itu di bawah perenggan ini tidak boleh dilaksanakan melainkan pekerja itu telah diberikan peluang yang munasabah untuk membuat representasi ke atasnya kepada pihak berkuasa yang berkenaan tersebut.

(6)

Perenggan (5)(f) hendaklah terpakai hanya bagi pekerja yang dilantik ke perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan selepas mula berkuat kuasanya subseksyen ini.

(7)

Umur persaraan paksa enam puluh tahun yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi seseorang pekerja yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012.

(8)

Umur persaraan paksa enam puluh tahun yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang pekerja yang dilantik sebelum 1 Januari 2012 dan telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun.

(9)

Opsyen bagi umur persaraan paksa enam puluh tahun yang dilaksanakan oleh seseorang pekerja yang disebut dalam subseksyen (8) tidak boleh dibatalkan.

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 19

Persaraan dengan kehendak Menteri