Seksyen 1
(2)
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia bagi pekerja dalam pihak berkuasa berkanun dan tempatan—
(c)
yang oleh sebab pilihan mereka itu terikat oleh Skim Baru.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 239
Tafsiran
/akn/my/act/act/1980/239
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA PENCEN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1980 is Malaysia Act, cited as Act 239 1980, currently marked in force and first recorded in 1980.
Opening note
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia bagi pekerja dalam pihak berkuasa berkanun dan tempatan—
yang oleh sebab pilihan mereka itu terikat oleh Skim Baru.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 239
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“gaji” ertinya gaji bulanan termasuklah apa-apa elaun berpencen yang kena dibayar mengikut tangga gaji dalam Skim Baru;
“gaji yang akhir diterima” ertinya gaji hakiki bulanan sebenarnya yang akhir diterima yang dibayar kepada seseorang pekerja sebelum dia bersara atau mati atau dalam hal persaraan di bawah subseksyen 13(2) gaji hakiki bulanan sebenarnya yang akhir diterima yang dibayar kepadanya oleh pertubuhan itu semasa dia menikmati terma dan syarat yang sama seperti di dalam Skim Baru; dengan syarat bahawa bagi seseorang pekerja yang menerima apa-apa elaun berpencen, elaun berpencen itu hendaklah menjadi sebahagian daripada gaji yang akhir diterimanya;
“Kumpulan Wang Simpanan Pekerja” ertinya kumpulan wang simpanan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja 1991 [Akta 452], termasuk sesuatu kumpulan wang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu;
“majikan” ertinya pihak berkuasa berkanun atau tempatan;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pencen;
“pekerja” ertinya seseorang yang bekerja sepenuh masa dalam pihak berkuasa berkanun atau tempatan;
“pekerja berpencen” ertinya seseorang pekerja yang telah diberikan taraf berpencen di bawah seksyen 6 atau yang disifatkan sebagai telah diberikan taraf berpencen di bawah subseksyen 6A(6C) atau seksyen 7;
“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 28;
“perkhidmatan”
ertinya perkhidmatan di bawah
Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri, atau dalam mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan;
Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 7
“perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ertinya perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah peraturan-peraturan itu;
“pihak berkuasa berkanun atau tempatan” ertinya pihak berkuasa berkanun atau tempatan dalam had bidang Skim Baru;
“pihak berkuasa pencen” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya secara bertulis untuk bertindak bagi pihaknya;
“pihak berkuasa yang berkenaan” ertinya lembaga atau badan pengurus sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan;
“Skim Baru” ertinya gaji dan had serta syarat perkhidmatan yang telah dipinda bagi pekerja dalam pihak berkuasa berkanun dan tempatan berbangkit dari penyemakan gaji dan had serta syarat perkhidmatan bagi pekerja itu yang dibuat oleh Kerajaan mulai dari 1 Januari 1976, atau dari apa-apa penyemakan lain kemudiannya yang dibuat atau diluluskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa;
“Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja” ertinya suatu skim yang di bawahnya seseorang pekerja terhenti menjadi layak diberikan taraf pekerja berpencen atau terhenti menjadi pekerja berpencen dan sebagai ganti dikehendaki mencarum, bersama-sama dengan majikannya, kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
“Skim Pencen Dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja” ertinya suatu skim yang di bawahnya seseorang pekerja terus menjadi pekerja berpencen dan dikehendaki mencarum, apabila opsyennya mula berkuat kuasa dan menurut kuasa opsyennya, kepada Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja.
Pencen, dsb., bukan suatu hak yang mutlak
Jika pihak berkuasa yang berkenaan telah membuktikan hingga memuaskan hati Menteri bahawa seseorang pekerja telah bersalah atas kecuaian, salah aturan atau salah laku, maka Menteri boleh mengurangkan atau menahan pencen, ganjaran atau faedah lain yang pekerja itu sepatutnya layak mendapat jika tidak kerana seksyen ini.
Pencen, dsb., hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan
Wang Disatukan
Pembayaran apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini sehingga 31 Disember 1980 hendaklah dibuat daripada Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah
Akta Kumpulan Wang Persaraan Pihak Berkuasa Berkanun dan
Tempatan 1977 [Akta 185].
Penghitungan pencen, dsb.
Bagi maksud subseksyen (1), gaji yang akhir diterima oleh seseorang pekerja yang bersara sebelum disahkan dalam jawatannya yang kedua atau yang berikutnya ialah gaji yang akhir diterima bagi jawatannya yang disebut terdahulu dalam mana dia telah disahkan jika sekiranya dia terus memegang jawatannya yang disebut terdahulu itu sehingga persaraannya.
Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan kepada seseorang pekerja yang bersara di bawah seksyen 11 hendaklah dihitung mengikut peraturan-peraturan yang jumlah tempoh
Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 9
perkhidmatan yang boleh dimasuk kira baginya hendaklah dikira seolah-olah pekerja itu telah berkhidmat sehingga mencapai umur persaraan paksanya, yang mana jua terpakai baginya.
Pemberian taraf berpencen
Pihak berkuasa pencen boleh memberi taraf pekerja berpencen kepada seseorang pekerja tetap jika dia telah—
genap tempoh selama tidak kurang daripada tiga tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.
Pelaksanaan opsyen
Opsyen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa melantik yang berkenaan mengikut sesuatu cara yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pencen.
Pelaksanaan opsyen oleh seseorang pekerja di bawah seksyen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada masa dia disahkan dalam jawatannya dan hendaklah pada ketika itu menjadi muktamad.
Apabila seseorang pekerja memilih Skim Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja, peruntukan Akta ini, kecuali seksyen ini dan seksyen 26, tidak terpakai bagi pekerja sedemikian.
Seseorang pekerja yang memilih Skim Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja hendaklah bersara daripada perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan apabila mencapai umur enam puluh tahun.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 239
Subseksyen (5) tidak terpakai bagi seseorang pekerja yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012 dan telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun.
Umur persaraan paksa bagi seseorang pekerja yang tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun yang disebut dalam subseksyen (5A) hendaklah kekal sama ada lima puluh lima tahun atau lima puluh enam tahun atau lima puluh lapan tahun sebagaimana umur yang telah dipilihnya sebelum 1 Januari 2012.
Opsyen bagi umur persaraan paksa enam puluh tahun yang dilaksanakan oleh seseorang pekerja bagi maksud subseksyen (5) dan
Pihak berkuasa yang berkenaan boleh, dengan persetujuan pihak berkuasa pencen, menghendaki seseorang pekerja yang memilih Skim
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja supaya bersara daripada perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam perenggan 10(5)(a), (b),
Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pekerja yang telah memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebelum 1 Januari 2009 dan telah disahkan dalam jawatannya sebelum tarikh itu hendaklah diberikan opsyen untuk memilih pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini.
Opsyen yang dibuat di bawah subseksyen (6A) menjadi muktamad pada 1 Februari 2009 dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi pekerja itu mulai tarikh itu.
Jika seseorang pekerja telah memilih pencen, ganjaran atau faedah lain menurut subseksyen (6A) dan mati sebelum opsyen itu menjadi muktamad menurut subseksyen (6B), pekerja itu disifatkan menjadi pekerja berpencen dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai baginya mulai tarikh kematiannya.
(Dipotong oleh Akta A904).
Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 11
Pekerja berpencen boleh memilih Skim Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja
yang telah diberikan taraf pekerja berpencen di bawah seksyen 6 atau disifatkan menjadi pekerja berpencen di bawah perenggan 7(a), (b) atau (c); atau
yang telah dilantik sebelum 12 April 1991 dan belum diberi taraf pekerja berpencen, boleh memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Opsyen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa melantik yang berkenaan mengikut suatu cara yang diluluskan oleh pihak berkuasa pencen.
Pelaksanaan opsyen oleh seseorang pekerja di bawah seksyen ini hendaklah mula berkuat kuasa apabila opsyen itu disetuju terima oleh pihak berkuasa melantik yang berkenaan dan hendaklah pada ketika itu menjadi muktamad.
Seseorang pekerja berpencen hendaklah terhenti menjadi pekerja berpencen apabila opsyennya mula berkuat kuasa.
Tertakluk pada subseksyen (6), peruntukan Akta ini, khususnya subseksyen 8(1), hendaklah terhenti terpakai bagi seseorang pekerja berpencen apabila opsyennya mula berkuat kuasa.
Subseksyen 6A(5) dan (6) dan seksyen 6C dan 6D hendaklah terpakai bagi seseorang pekerja yang memilih Skim Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja di bawah seksyen ini.
Caruman kebelakangan kepada Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja
Seseorang majikan hendaklah membuat caruman, berkenaan dengan setiap pekerja berpencen yang opsyennya telah mula
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 239
berkuat kuasa, kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pada kadar tujuh belas setengah peratus daripada gaji bulanan pekerja itu bagi setiap bulan dalam tempoh yang bermula pada tarikh pekerja itu menjadi pekerja berpencen di bawah seksyen 6 atau seksyen 7 dan berakhir pada tarikh dia terhenti menjadi pekerja berpencen di bawah seksyen 6B.
Majikan boleh menawarkan Skim Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja
Bagi maksud Akta ini, adalah sah bagi seseorang majikan menawarkan kepada pekerjanya opsyen untuk memilih Skim
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di bawah seksyen 6B.
Pekerja berpencen boleh memilih Skim Pencen Dan Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja
Opsyen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa melantik yang berkenaan mengikut suatu cara yang diluluskan oleh pihak berkuasa pencen.
Pelaksanaan opsyen oleh seseorang pekerja di bawah seksyen ini hendaklah mula berkuat kuasa apabila opsyen itu disetuju terima oleh pihak berkuasa melantik yang berkenaan dan hendaklah pada ketika itu menjadi muktamad.
Seseorang pekerja berpencen hendaklah terus menjadi pekerja berpencen apabila opsyennya mula berkuat kuasa, tetapi perkhidmatannya selepas opsyennya mula berkuat kuasa tidak boleh diambil kira bagi maksud menghitung perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira.
Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 13
Majikan boleh menawarkan skim di bawah seksyen 6E
Bagi maksud Akta ini, adalah sah bagi seseorang majikan menawarkan kepada pekerjanya opsyen yang disebut dalam seksyen 6E.
Keberterusan pemakaian Akta ini dan pemakaian Akta 452
Bagi maksud Akta ini, jika seseorang pekerja berpencen memilih Skim Pencen Dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di bawah subseksyen 6E(1), dia boleh, apabila dia bersara di bawah seksyen 10, 11, 12 atau 13 daripada perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan, diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain berasaskan perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira dalam pihak berkuasa berkanun atau tempatan itu, yang dihitung mengikut peraturan-peraturan.
Jika seseorang pekerja berpencen yang memilih Skim Pencen
Dan
Kumpulan
Wang
Simpanan
Pekerja di bawah subseksyen 6E(1)—
meninggal dunia dalam perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan, pekerja itu hendaklah, bagi maksud seksyen 15, disifatkan telah meninggal dunia dalam perkhidmatan; atau
berkahwin semasa dalam perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan, perkahwinannya hendaklah, bagi maksud seksyen 16, disifatkan sebagai perkahwinan yang telah berlaku ketika pekerja itu masih dalam perkhidmatan.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 239
Pekerja disifatkan menjadi pekerja berpencen
Tanpa menyentuh seksyen 6, pekerja yang berikut hendaklah disifatkan menjadi pekerja berpencen:
seseorang pekerja yang telah dimasukkan atau layak untuk dimasukkan dalam perjawatan berpencen di bawah Akta
Kumpulan Wang Persaraan Pihak Berkuasa Berkanun dan
Tempatan 1977 sebelum dari 1 Julai 1977 bagi seseorang pekerja di
Semenanjung
Malaysia atau 1 Julai 1978 bagi seseorang pekerja di Sabah atau Sarawak;
seseorang pekerja yang telah diberikan taraf seorang pekerja berpencen oleh pihak berkuasa yang berkenaan sebelum penyiaran Akta ini;
seseorang pegawai berpencen di bawah Akta Pencen 1980
[Akta 227] atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain dan yang ditukar tetap secara lantikan ke pihak berkuasa berkanun atau tempatan; dan
seseorang pekerja tetap dan telah disahkan yang mati dalam perkhidmatan, yang bersara atas sebab perubatan atau di bawah seksyen 13 sebelum genap sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira:
Dengan syarat bahawa jika seseorang pekerja didapati telah diberikan taraf sebagai seorang pekerja berpencen dengan salahnya oleh pihak berkuasa yang berkenaan, pihak berkuasa pencen boleh mengarahkan pihak berkuasa yang berkenaan itu supaya membatalkan pemberian taraf itu dan selepas itu pihak berkuasa pencen hendaklah bertanggungjawab atas pemberian taraf berpencen kepada pekerja itu di bawah seksyen 6.
Caruman
Pertubuhan yang seseorang pekerja berpencen dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan di bawah subseksyen 13(2) hendaklah membuat caruman bulanan kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 mengikut kadar sebanyak tujuh belas setengah peratus daripada gaji bulanan pekerja itu berkenaan dengan setiap orang pekerja berpencen semasa dia menikmati terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti di dalam Skim Baru.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), semua caruman bulanan oleh seseorang majikan sehingga 31 Disember 1980
hendaklah dibayar masuk ke dalam Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1977 dan setelah tergulungnya Kumpulan Wang itu, semua caruman dan pendapatannya, ditolak apa-apa pembayaran yang dibuat mengenai pencen, ganjaran atau faedah yang diberikan di bawah Akta ini, hendaklah dipindahkan ke Kumpulan Wang
Disatukan.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), semua caruman yang dibuat oleh seseorang majikan bagi tiap-tiap orang pekerja berpencen mengikut kadar yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta Kumpulan Wang Persaraan Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1977 sehingga 31 Disember 1980 hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat dengan sempurnanya.
Jika amaun caruman bulanan yang seseorang majikan kena bayarkan bagi semua pekerja berpencen tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu, majikan itu hendaklah membayar bunga atas amaun itu mengikut kadar setengah peratus bagi tiap-tiap satu bulan atau sebahagian daripada sebulan selepas tamatnya tempoh selama mana amaun itu masih tidak berbayar kecuali bahawa bunga hendaklah dipungut hanya bagi tunggakan yang berlaku selepas 1 Januari 1981.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 239
Menteri boleh, dengan persetujuan Menteri Kewangan, melalui perintah meminda kadar di bawah subseksyen (1) dan (4).
Menteri Kewangan boleh mengecualikan bunga yang kena dibayar di bawah subseksyen (4) oleh majikan tersebut jika dia berpuas hati bahawa kelewatan itu bukan disebabkan oleh suatu perbuatan sengaja atau adalah disebabkan oleh suatu perbuatan yang di luar pengawalan majikan tersebut.
Pemberian pencen, dsb.
memilih bersara di bawah seksyen 12 setelah genap tempoh selama tidak kurang daripada sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.
Seseorang pekerja berpencen boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain jika dia bersara di bawah seksyen 13.
Persaraan paksa
Jika seseorang pekerja mencapai umur persaraan paksa lima puluh lima, lima puluh enam, lima puluh lapan atau enam puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan suatu prosiding jenayah
Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 17
atau tatatertib yang mungkin berkeputusan dengan pekerja itu disabitkan atau dibuang kerja belum lagi selesai, perkhidmatannya hendaklah disifatkan sebagai telah dilanjutkan melampaui mana-mana umur itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi dikira cuti tanpa gaji sehingga kesnya diputuskan.
Jika prosiding jenayah atau tatatertib di bawah subseksyen (3)
itu tidak berkeputusan dengan dia disabitkan atau dibuang kerja, dia hendaklah bersara apabila mencapai umur lima puluh lima, lima puluh enam, lima puluh lapan atau enam puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan umur persaraan paksanya, dan tempoh perkhidmatan selepas mana-mana umur ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak dikira sebagai perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.
Pihak berkuasa yang berkenaan boleh, dengan persetujuan pihak berkuasa pencen, menghendaki mana-mana pekerja supaya bersara dari perkhidmatan dalam pihak berkuasa berkanun atau tempatan—
jika pihak berkuasa pencen berpuas hati atas keterangan doktor bahawa pekerja itu tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya, disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh badan yang mungkin menjadi kekal;
bagi maksud supaya organisasi pihak berkuasa berkanun atau tempatan yang pekerja itu bekerja mudah diperbaiki dan dengan itu menghasilkan lebih lagi kecekapan atau ekonomi;
atas alasan bahawa pekerjaan pekerja itu telah ditamatkan demi kepentingan awam;
atas alasan bahawa pekerja itu dengan sukarelanya (selain perkahwinan) telah memperoleh kewarganegaraan atau telah menggunakan hak kewarganegaraan, atau telah membuat pengisytiharan kesetiaan kepada, mana-mana negara lain selain Malaysia atau atas alasan bahawa pekerja itu telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysianya; atau 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 239
atas alasan bahawa pekerja itu telah, bagi maksud pelantikannya ke perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan—
membuat apa-apa pernyataan atau memberi apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau secara bertulis, sama ada bersumpah atau selainnya; atau
membekalkan apa-apa dokumen, yang palsu, silap, tidak tepat, tidak lengkap, atau mengelirukan atau mungkin mengelirukan, dan pelantikannya ke perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan telah dibuat sebahagiannya atau keseluruhannya dengan bersandarkan atas pernyataan, maklumat atau dokumen itu:
Dengan syarat bahawa persaraan itu di bawah perenggan ini tidak boleh dilaksanakan melainkan pekerja itu telah diberikan peluang yang munasabah untuk membuat representasi ke atasnya kepada pihak berkuasa yang berkenaan tersebut.
Perenggan (5)(f) hendaklah terpakai hanya bagi pekerja yang dilantik ke perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan selepas mula berkuat kuasanya subseksyen ini.
Umur persaraan paksa enam puluh tahun yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi seseorang pekerja yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012.
Umur persaraan paksa enam puluh tahun yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang pekerja yang dilantik sebelum 1 Januari 2012 dan telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun.
Opsyen bagi umur persaraan paksa enam puluh tahun yang dilaksanakan oleh seseorang pekerja yang disebut dalam subseksyen (8) tidak boleh dibatalkan.
Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 19
Persaraan dengan kehendak Menteri
Walau apa pun peruntukan seksyen 10 dan 12, dengan persetujuan pekerja itu, Menteri boleh menghendaki seseorang pekerja supaya bersara pada mana-mana peringkat umur—
demi kepentingan perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan.
Persaraan pilihan
Jika seseorang pekerja yang dilantik sebelum mula berkuat kuasanya seksyen ini bersara di bawah subseksyen (1), pekerja sedemikian boleh diberikan pencen hanya apabila mencapai umur—
seseorang pekerja perempuan; dan
seseorang pekerja perkhidmatan bomba yang berpangkat pegawai rendah dan ke bawah; atau
lima puluh tahun bagi seseorang pekerja lelaki, selain pekerja yang disebut dalam subperenggan (a)(ii).
Jika seseorang pekerja yang dilantik selepas mula berkuat kuasanya seksyen ini bersara di bawah subseksyen (1), pekerja sedemikian boleh diberikan pencen hanya apabila mencapai umur lima puluh lima tahun.
Seseorang pekerja yang bersara di bawah subseksyen (1) boleh diberi ketika persaraannya ganjaran atau faedah lain.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 239
Tertakluk pada seksyen 17, jika seseorang pekerja yang telah bersara di bawah subseksyen (1) mati sebelum mencapai umur empat puluh lima tahun atau lima puluh tahun atau lima puluh lima tahun mengikut mana-mana yang berkenaan, Menteri boleh dengan serta-merta memberikan kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbitan tidak kurang daripada satu perlima daripada gaji yang akhir diterima oleh pekerja yang mati itu dan ganjaran terbitan atau ganjaran terbitan sahaja.
(Dipotong oleh Akta A1344).
Persaraan setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan
Jika seseorang pekerja berpencen yang berumur kurang daripada empat puluh lima tahun bagi pekerja perempuan dan lima
Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 21
puluh tahun bagi pekerja lelaki dilantik oleh atau dengan kelulusan
Kerajaan untuk berkhidmat dalam mana-mana pertubuhan pada atau selepas 17 Mac 1986 mengikut terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti di dalam Skim Baru dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain apabila mencapai umur enam puluh tahun jika dia telah berkhidmat dalam pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya untuk suatu tempoh berterusan yang tidak kurang dari lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan itu, dalam hal sedemikian, apa-apa tempoh perkhidmatan tersebut mengikut terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti di dalam Skim Baru dengan pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya boleh dimasuk kira bagi maksud memberi pencen, ganjaran atau faedah lain itu kepada pekerja itu.
Jika seseorang pekerja yang disebut dalam subseksyen (2) yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan ‘enam puluh’ dengan perkataan ‘lima puluh lima’ atau ‘lima puluh enam’ atau ‘lima puluh lapan’, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bagi seseorang pekerja berpencen yang subseksyen (2) tidak terpakai baginya, dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain apabila mencapai umur empat puluh lima tahun bagi pekerja perempuan atau lima puluh tahun bagi pekerja lelaki jika dia telah berkhidmat dalam pertubuhan atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa yang dia dilantik oleh atau dengan kelulusan
Kerajaan selama tempoh berterusan tidak kurang dari lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan atau sehingga dia berumur empat puluh lima tahun atau lima puluh tahun, mengikut mana yang berkenaan, mengikut mana yang terdahulu.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (2) dan (3), jika perkhidmatan pekerja itu ditamatkan oleh pertubuhan atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa yang dia dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan atas sebab pengurangan pekerja atau sakit, atau jika kontrak tidak diperbaharui berkenaan dengan pelantikannya
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 239
dalam pertubuhan antarabangsa itu, dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain.
Persaraan demi kepentingan awam
Menteri boleh, jika difikirkannya patut, memberikan pencen, ganjaran atau faedah lain kepada seseorang pekerja yang bersara di bawah perenggan 10(5)(d) atau (f), tetapi amaunnya tidak boleh melebihi amaun yang pekerja itu sepatutnya layak mendapat jika sekiranya pencen, ganjaran atau faedah lainnya itu dihitung berdasarkan lama yang sebenar perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira.
Pencen atau ganjaran terbitan jika seseorang pekerja mati dalam perkhidmatan
(Dipotong oleh Akta A1344).
Pencen terbitan jika seseorang pekerja mati selepas bersara
jika seseorang pekerja berpencen mati dalam atau selepas tempoh dua puluh tahun dari tarikh persaraannya Menteri boleh memberikan kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbitan yang sama banyaknya dengan amaun pencen yang dibayar kepadanya:
Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 23
Dengan syarat bahawa apa-apa pemberian pencen terbitan selepas tamatnya tempoh dua puluh tahun dari tarikh persaraannya hendaklah dibuat hanya jika penerimanya—
dalam hal seseorang balu atau duda, telah berkahwin dengan pekerja yang mati itu semasa pekerja itu masih dalam perkhidmatan;
dalam hal seseorang anak atau anak tiri tanggungan, adalah seorang anak atau anak tiri tanggungan daripada perkahwinan yang telah berlaku semasa pekerja itu masih dalam perkhidmatan;
dalam hal seseorang anak angkat adalah seorang anak yang diangkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman semasa pekerja itu masih dalam perkhidmatan; atau
dalam hal seseorang anak tidak sah taraf, adalah seorang anak yang dikandungkan semasa pekerja itu masih dalam perkhidmatan.
Jika seseorang pekerja berpencen mati selepas persaraannya tetapi sepanjang tempoh persaraan sebelum kematian pekerja itu pencennya telah tidak diberi atau telah terhenti di bawah seksyen 23, maka subseksyen (1) hendaklah terpakai dan bagi maksud itu pekerja itu hendaklah disifatkan sebagai telah menerima pencen itu.
(Dipotong oleh Akta A1344).
Terhentinya pencen terbitan
seorang anak, selain anak yang cacat otak atau hilang upaya jasmani dan secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri atau seorang anak yang disebut dalam perenggan (c), apabila berkahwin atau apabila mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana yang lebih dahulu; atau
seorang anak yang sedang mendapat pendidikan di suatu institusi pelajaran tinggi tetapi tidak melampaui pelajaran yang menuju ke arah ijazah pertama, apabila tamat atau berhenti mendapat pendidikan itu atau apabila berkahwin, mengikut mana yang lebih dahulu.
Terhentinya pencen bagi anak yang telah mencapai umur lapan belas tahun disifatkan sah
Jika subseksyen (1) adalah terpakai, tetapi anak itu layak di bawah Akta ini dibayar pencen terbitan atau faedah lain, anak itu hendaklah, tertakluk pada seksyen 17, dibayar bahagian pencen terbitan atau faedah lain yang kena dibayar kepadanya mulai dari tersiarnya Akta ini.
Pencen hilang upaya
menanggung bencana semasa melaksanakan dan berbangkit daripada melaksanakan tugas rasminya atau disebabkan oleh kemalangan dalam perjalanan; atau
mendapat penyakit yang kerana jenis tugasnya itu menyebabkan dirinya terdedah.
Bagi maksud subseksyen (1), “bencana” atau “penyakit” ertinya bencana atau penyakit yang bukan disebabkan oleh, atau yang tidak menjadi semakin teruk oleh kerana atau yang tidak berpunca dari, kecuaian atau salah lakunya.
Pencen tanggungan
Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 25
Menteri boleh memberikan kepada orang tanggungan seseorang pekerja suatu pencen tanggungan yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu jika—
kematian itu berlaku dalam tempoh tujuh tahun dari tarikh dia menanggung bencana atau mendapat penyakit itu.
Pencen, dsb., tidak boleh diserah hak
Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini tidak boleh diserah hak atau dipindah milik atau ditahan, diasingkan atau dilevi mengenai sesuatu tuntutan kecuali bagi maksud—
menjelaskan hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan, atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan;
menunaikan perintah sesuatu Mahkamah supaya dibayar jumlah wang berkala untuk nafkah bagi isteri atau bekas
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 239
isteri atau anak, sama ada sah taraf atau tidak, pekerja yang kepadanya telah diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain itu; atau
menunaikan perintah mahkamah yang dikeluarkan berhubung dengan perkara kebankrapan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengannya.
(Dipotong oleh Akta A1410).
Pencen, dsb., terhenti apabila disabitkan
Pencen atau faedah lain di bawah subseksyen (1) itu hendaklah diberikan semula dengan kuat kuasa kebelakangan bagi seseorang yang selepas disabitkan mendapat pengampunan.
Jika sesuatu pencen atau faedah lain terhenti di bawah subseksyen (1), Menteri boleh memberikan elaun tanggungan nafkah yang banyaknya sama dengan semua atau mana-mana bahagian daripada wang yang pesara itu sepatutnya berhak mendapat sebagai pencen atau faedah lain yang difikirkannya patut kepada isteri atau anak pesara untuk nafkah dan faedah mereka dan, selepas tamat tempoh hukumannya, juga bagi faedah pesara itu sendiri.
Pencen, dsb., akan terhenti apabila memperoleh kewarganegaraan negara lain
Jika pencen atau faedah lain terhenti di bawah subseksyen (1), tiada pencen atau faedah lain boleh diberikan kepada orang tanggungan.
Pencen maksimum
Pencen yang diberikan di bawah seksyen 9, 15 atau 16 tidak boleh melebihi tiga per lima daripada gaji yang akhir diterima oleh pekerja itu.
Pencen serendah-rendahnya bagi perkhidmatan penuh
Berkenaan dengan pencen yang telah dikira berdasarkan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira selama tidak kurang daripada dua puluh lima tahun, amaun yang kena dibayar di bawah Akta ini tidak boleh kurang daripada satu ratus lapan puluh ringgit sebulan atau apa-apa amaun sebagaimana ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta.
Penggantungan pencen
Tertakluk pada subseksyen (1), jika seseorang pekerja telah bersara di bawah perenggan 11(a) dan dalam tempoh lima tahun persaraannya pekerja itu melibatkan dirinya dalam apa-apa aktiviti yang mungkin bercanggah dengan tujuan dia disarakan, Menteri boleh menggantung pencennya sehingga dia mencapai umur enam puluh
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 239
tahun atau genapnya tempoh bersara selama lima tahun, mengikut mana yang lebih awal.
Jika seseorang pekerja yang disebut dalam subseksyen (2) yang telah dilantik semula sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan ‘enam puluh’ dengan perkataan ‘lima puluh lima’ atau ‘lima puluh enam’ atau ‘lima puluh lapan’, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pembayaran tanpa probet atau surat kuasa mentadbir
Jika apa-apa pembayaran dibuat dengan suci hati di bawah seksyen ini dan menurut peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, pembayaran sedemikian hendaklah menjadi pelepasan yang sepenuh dan sepatutnya akan semua liabiliti dan tiada tindakan, guaman atau prosiding bagi pembayaran tersebut atau yang mempersoalkan tentang pembayaran tersebut boleh dibawa atau diadakan terhadap Kerajaan atau mana-mana pegawai atau pekhidmatnya.
Bagi maksud seksyen ini—
balu kepada si mati;
ibu kepada pekerja yang mati, atau jika ibunya telah mati, bapa tanggungannya;
“belum dibayar” ertinya belum dibayar oleh Kerajaan atau belum dikeluarkan oleh orang yang berkenaan.
Peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud Akta ini, tetapi peraturan-peraturan itu tidak boleh membuat peruntukan mengenai apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang lebih baik daripada pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta Pencen 1980.
Tindakan yang lalu
Perbuatan mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak berkuasa pencen sementara menanti pengisytiharan Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah dilakukan dengan sempurnanya.
Pembayaran hadiah untuk maklumat
kes penipuan untuk menikmati pencen dan faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini; atau
Apa-apa hadiah yang dibayar di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 239
Penggulungan skim pencen
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apabila tergulungnya kumpulan wang skim pencen pihak berkuasa berkanun atau tempatan, pihak berkuasa pencen hendaklah menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan pihak berkuasa yang berkenaan bagi skim tersebut.
Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai mengurangkan amaun pencen, ganjaran atau faedah lain yang seseorang pekerja itu sepatutnya layak menerima jika tidak kerana seksyen ini.
*CATATAN—lihat seksyen 11 Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan
Tempatan (Pindaan) 2011 [Akta A1410] m.b.p. 1 Januari 2012 yang memperuntukkan seperti yang berikut:
Kecualian dan peralihan
Pemberian pencen kepada seseorang pekerja yang sebelum 1 Januari 2012—
belum mencapai umur persaraan paksanya,
Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 31
hendaklah hanya dibuat mulai 1 Januari 2012.
Pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang berbangkit daripada pindaan yang dibuat di bawah seksyen 7 Akta ini kepada mana-mana orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan, jika tempoh dua belas tahun setengah telah habis sebelum 1 Januari 2012, hendaklah diuruskan sebagaimana yang berikut:
orang itu tidak berhak untuk mendapat pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan bagi tempoh selepas habisnya tempoh dua belas tahun setengah hingga 31 Disember 2011; dan
pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu hendaklah hanya dibuat mulai 1 Januari 2012.
32
Akta 239
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A568
Akta
Penyelarasan
Pencen
(Pindaan) 1983 01-07-1980; kecuali perenggan 14(a):
16-12-1983
Akta A619
Akta Pencen Pihak Berkuasa
Berkanun dan
Tempatan
(Pindaan) 1985
31-05-1985
Akta A645
Akta Pencen Pihak Berkuasa
Berkanun dan
Tempatan
(Pindaan) 1986 16-05-1986; kecuali
s. 3,8 dan 10:
01-01-1976;
s. 6:01-07-1980;
s. 5:31-05-1985
Akta A794
Akta Pencen Pihak Berkuasa
Berkanun dan
Tempatan
(Pindaan) 1991
12-04-1991
Akta A824
Akta Pencen Pihak Berkuasa
Berkanun dan
Tempatan
(Pindaan) 1992 17-07-1992; kecuali
s. 2:01-01-1992;
s. 3 dan 4:01-06-1991;
s. 5:12-04-1991;
s. 6:01-06-1985
Akta A904
Akta Pencen Pihak Berkuasa
Berkanun dan
Tempatan
(Pindaan) 1994
01-01-1992
Akta A986
Akta Pencen Pihak Berkuasa
Berkanun dan
Tempatan
(Pindaan) 1997
31-01-1997
Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 33
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1006
Akta Pencen Pihak Berkuasa
Berkanun dan
Tempatan
(Pindaan) (No. 2) 1997
01-12-1997
Akta A1125
Akta Pencen Pihak Berkuasa
Berkanun dan
Tempatan
(Pindaan) 2001
01-10-2001
Akta A1172
Akta Pencen Pihak Berkuasa
Berkanun dan
Tempatan
(Pindaan) 2002
01-01-2002
Akta A1336
Akta Pencen Pihak Berkuasa
Berkanun dan
Tempatan
(Pindaan) 2008
01-07-2008
Akta A1344
Akta Pencen Pihak Berkuasa
Berkanun dan
Tempatan
(Pindaan) 2009
Rujuk ss. 1(2), 1(3) dan 1(4) Akta
Akta A1410
Akta Pencen Pihak Berkuasa
Berkanun dan
Tempatan
(Pindaan) 2011 01-01-2012
34
Akta 239
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa Meminda
Berkuat kuasa dari 2
Akta A568
Akta A619
Akta A904
Akta A1006
Akta A1344 01-07-1980 31-05-1985 01-01-1992 01-12-1997 01-01-2008:
Perenggan 2(b)
01-01-2009:
Perenggan 2(a)
5
Akta A619
Akta A1410
31-05-1985 01-01-2012 6
Akta A824 01-01-1992 6A
Akta A794
Akta A824
Akta A904
Akta A986
Akta A1125
Akta A1336
Akta A1344
Akta A1410 12-04-1991 01-06-1991 01-01-1992 31-01-1997 01-10-2001 01-07-2008 01-01-2009 01-01-2012
6B
Akta A904 01-01-1992
6C
Akta A904
01-01-1992 6D
Akta A904 01-01-1992 6E
Akta A1006 01-12-1997 6F
Akta A1006 01-12-1997
Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 35
Seksyen
Kuasa Meminda
Berkuat kuasa dari 6G
Akta A1006 01-12-1997 7
Akta A619
Akta A794
31-05-1985 12-04-1991 8
Akta A619
Akta A645
Akta A824 31-05-1985 01-01-1976 01-06-1991
9
Akta A619 31-05-1985 10
Akta A645
Akta A794
Akta A1125
Akta A1336
Akta A1410
16-05-1986 12-04-1991 01-10-2001 01-07-2008 01-01-2012 12
Akta A794
Akta A824
Akta A1125
Akta A1136
Akta A1344
Akta A1410 12-04-1991 12-04-1991 01-10-2001 01-07-2008 01-01-2009 01-01-2012
13
Akta A619
Akta A645
Akta A824
Akta A1125
Akta A1336
Akta A1410 31-05-1985 31-05-1985 01-06-1985 01-10-2001 01-07-2008 01-01-2012 14
15
Akta A794
Akta A1344 12-04-1991
01-01-2009
16
Akta A645
Akta A1344
Akta A1410
01-07-1980 01-01-2008 01-01-2012
16A
Akta A568
Akta A1344
01-07-1980 01-01-2008
17
Akta A1172 01-01-2002 21
Akta A1410 01-01-2012
22
Akta A1410 01-01-2012
23A
Akta A645 16-05-1986
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 239
Seksyen
Kuasa Meminda
Berkuat kuasa dari 24
Akta A1344
01-01-2009
26
Akta A1125
Akta A1336
Akta A1410 01-10-2001 01-07-2008 01-01-2012
27
Akta A645 01-01-1976
30
Akta A645 16-05-1986 31
Akta A645 01-01-1976