Malaysia legislation
Section 13
of *AKTA PENCEN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1980
Seksyen 13
(2)
Jika seseorang pekerja berpencen yang berumur kurang daripada empat puluh lima tahun bagi pekerja perempuan dan lima
Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 21
puluh tahun bagi pekerja lelaki dilantik oleh atau dengan kelulusan
Kerajaan untuk berkhidmat dalam mana-mana pertubuhan pada atau selepas 17 Mac 1986 mengikut terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti di dalam Skim Baru dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain apabila mencapai umur enam puluh tahun jika dia telah berkhidmat dalam pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya untuk suatu tempoh berterusan yang tidak kurang dari lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan itu, dalam hal sedemikian, apa-apa tempoh perkhidmatan tersebut mengikut terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti di dalam Skim Baru dengan pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya boleh dimasuk kira bagi maksud memberi pencen, ganjaran atau faedah lain itu kepada pekerja itu.
(2A)
Jika seseorang pekerja yang disebut dalam subseksyen (2) yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan ‘enam puluh’ dengan perkataan ‘lima puluh lima’ atau ‘lima puluh enam’ atau ‘lima puluh lapan’, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Bagi seseorang pekerja berpencen yang subseksyen (2) tidak terpakai baginya, dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain apabila mencapai umur empat puluh lima tahun bagi pekerja perempuan atau lima puluh tahun bagi pekerja lelaki jika dia telah berkhidmat dalam pertubuhan atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa yang dia dilantik oleh atau dengan kelulusan
Kerajaan selama tempoh berterusan tidak kurang dari lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan atau sehingga dia berumur empat puluh lima tahun atau lima puluh tahun, mengikut mana yang berkenaan, mengikut mana yang terdahulu.
(4)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (2) dan (3), jika perkhidmatan pekerja itu ditamatkan oleh pertubuhan atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa yang dia dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan atas sebab pengurangan pekerja atau sakit, atau jika kontrak tidak diperbaharui berkenaan dengan pelantikannya
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 239
dalam pertubuhan antarabangsa itu, dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain.
Persaraan demi kepentingan awam