Malaysia legislation
Section 16
of *AKTA PENCEN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1980
Seksyen 16
(a)
(Dipotong oleh Akta A1344).
(b)
jika seseorang pekerja berpencen mati dalam atau selepas tempoh dua puluh tahun dari tarikh persaraannya Menteri boleh memberikan kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbitan yang sama banyaknya dengan amaun pencen yang dibayar kepadanya:
Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 23
Dengan syarat bahawa apa-apa pemberian pencen terbitan selepas tamatnya tempoh dua puluh tahun dari tarikh persaraannya hendaklah dibuat hanya jika penerimanya—
(i)
dalam hal seseorang balu atau duda, telah berkahwin dengan pekerja yang mati itu semasa pekerja itu masih dalam perkhidmatan;
(ii)
dalam hal seseorang anak atau anak tiri tanggungan, adalah seorang anak atau anak tiri tanggungan daripada perkahwinan yang telah berlaku semasa pekerja itu masih dalam perkhidmatan;
(iii)
dalam hal seseorang anak angkat adalah seorang anak yang diangkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman semasa pekerja itu masih dalam perkhidmatan; atau
(iv)
dalam hal seseorang anak tidak sah taraf, adalah seorang anak yang dikandungkan semasa pekerja itu masih dalam perkhidmatan.
(2)
Jika seseorang pekerja berpencen mati selepas persaraannya tetapi sepanjang tempoh persaraan sebelum kematian pekerja itu pencennya telah tidak diberi atau telah terhenti di bawah seksyen 23, maka subseksyen (1) hendaklah terpakai dan bagi maksud itu pekerja itu hendaklah disifatkan sebagai telah menerima pencen itu.