Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA PENCEN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1980

Seksyen 20

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 25

Menteri boleh memberikan kepada orang tanggungan seseorang pekerja suatu pencen tanggungan yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu jika—

(a)

pekerja itu mati dalam hal keadaan di bawah seksyen 19;

dan

(b)

kematian itu berlaku dalam tempoh tujuh tahun dari tarikh dia menanggung bencana atau mendapat penyakit itu.

Pencen, dsb., tidak boleh diserah hak