Malaysia legislation

Section 21

of *AKTA PENCEN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1980

Seksyen 21

Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini tidak boleh diserah hak atau dipindah milik atau ditahan, diasingkan atau dilevi mengenai sesuatu tuntutan kecuali bagi maksud—

(a)

menjelaskan hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan, atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan;

(b)

menunaikan perintah sesuatu Mahkamah supaya dibayar jumlah wang berkala untuk nafkah bagi isteri atau bekas

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 239

isteri atau anak, sama ada sah taraf atau tidak, pekerja yang kepadanya telah diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain itu; atau

(c)

menunaikan perintah mahkamah yang dikeluarkan berhubung dengan perkara kebankrapan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengannya.