Malaysia legislation

Section 25

of *AKTA PENCEN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1980

Seksyen 25

Pencen serendah-rendahnya bagi perkhidmatan penuh

Berkenaan dengan pencen yang telah dikira berdasarkan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira selama tidak kurang daripada dua puluh lima tahun, amaun yang kena dibayar di bawah Akta ini tidak boleh kurang daripada satu ratus lapan puluh ringgit sebulan atau apa-apa amaun sebagaimana ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta.