Malaysia legislation
Section 6A
of *AKTA PENCEN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1980
Seksyen 6A
(2)
Opsyen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa melantik yang berkenaan mengikut sesuatu cara yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pencen.
(3)
Pelaksanaan opsyen oleh seseorang pekerja di bawah seksyen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada masa dia disahkan dalam jawatannya dan hendaklah pada ketika itu menjadi muktamad.
(4)
Apabila seseorang pekerja memilih Skim Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja, peruntukan Akta ini, kecuali seksyen ini dan seksyen 26, tidak terpakai bagi pekerja sedemikian.
(5)
Seseorang pekerja yang memilih Skim Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja hendaklah bersara daripada perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan apabila mencapai umur enam puluh tahun.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 239
(5A)
Subseksyen (5) tidak terpakai bagi seseorang pekerja yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012 dan telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun.
(5B)
Umur persaraan paksa bagi seseorang pekerja yang tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun yang disebut dalam subseksyen (5A) hendaklah kekal sama ada lima puluh lima tahun atau lima puluh enam tahun atau lima puluh lapan tahun sebagaimana umur yang telah dipilihnya sebelum 1 Januari 2012.
(5C)
Opsyen bagi umur persaraan paksa enam puluh tahun yang dilaksanakan oleh seseorang pekerja bagi maksud subseksyen (5) dan
(5A)
tidak boleh dibatalkan.
(6)
Pihak berkuasa yang berkenaan boleh, dengan persetujuan pihak berkuasa pencen, menghendaki seseorang pekerja yang memilih Skim
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja supaya bersara daripada perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam perenggan 10(5)(a), (b),
(c)
, (d), (e) dan (f) atau seksyen 11.
(6A)
Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pekerja yang telah memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebelum 1 Januari 2009 dan telah disahkan dalam jawatannya sebelum tarikh itu hendaklah diberikan opsyen untuk memilih pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini.
(6B)
Opsyen yang dibuat di bawah subseksyen (6A) menjadi muktamad pada 1 Februari 2009 dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi pekerja itu mulai tarikh itu.
(6C)
Jika seseorang pekerja telah memilih pencen, ganjaran atau faedah lain menurut subseksyen (6A) dan mati sebelum opsyen itu menjadi muktamad menurut subseksyen (6B), pekerja itu disifatkan menjadi pekerja berpencen dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai baginya mulai tarikh kematiannya.
(7)
(Dipotong oleh Akta A904).
Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 11
Pekerja berpencen boleh memilih Skim Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja