Malaysia legislation
Section 6B
of *AKTA PENCEN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1980
Seksyen 6B
(a)
yang telah diberikan taraf pekerja berpencen di bawah seksyen 6 atau disifatkan menjadi pekerja berpencen di bawah perenggan 7(a), (b) atau (c); atau
(b)
yang telah dilantik sebelum 12 April 1991 dan belum diberi taraf pekerja berpencen, boleh memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
(2)
Opsyen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa melantik yang berkenaan mengikut suatu cara yang diluluskan oleh pihak berkuasa pencen.
(3)
Pelaksanaan opsyen oleh seseorang pekerja di bawah seksyen ini hendaklah mula berkuat kuasa apabila opsyen itu disetuju terima oleh pihak berkuasa melantik yang berkenaan dan hendaklah pada ketika itu menjadi muktamad.
(4)
Seseorang pekerja berpencen hendaklah terhenti menjadi pekerja berpencen apabila opsyennya mula berkuat kuasa.
(5)
Tertakluk pada subseksyen (6), peruntukan Akta ini, khususnya subseksyen 8(1), hendaklah terhenti terpakai bagi seseorang pekerja berpencen apabila opsyennya mula berkuat kuasa.
(6)
Subseksyen 6A(5) dan (6) dan seksyen 6C dan 6D hendaklah terpakai bagi seseorang pekerja yang memilih Skim Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja di bawah seksyen ini.
Caruman kebelakangan kepada Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja