Malaysia legislation
Section 6G
of *AKTA PENCEN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1980
Seksyen 6G
Keberterusan pemakaian Akta ini dan pemakaian Akta 452
(2)
Bagi maksud Akta ini, jika seseorang pekerja berpencen memilih Skim Pencen Dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di bawah subseksyen 6E(1), dia boleh, apabila dia bersara di bawah seksyen 10, 11, 12 atau 13 daripada perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan, diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain berasaskan perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira dalam pihak berkuasa berkanun atau tempatan itu, yang dihitung mengikut peraturan-peraturan.
(3)
Jika seseorang pekerja berpencen yang memilih Skim Pencen
Dan
Kumpulan
Wang
Simpanan
Pekerja di bawah subseksyen 6E(1)—
(a)
meninggal dunia dalam perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan, pekerja itu hendaklah, bagi maksud seksyen 15, disifatkan telah meninggal dunia dalam perkhidmatan; atau
(b)
berkahwin semasa dalam perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan, perkahwinannya hendaklah, bagi maksud seksyen 16, disifatkan sebagai perkahwinan yang telah berlaku ketika pekerja itu masih dalam perkhidmatan.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 239
Pekerja disifatkan menjadi pekerja berpencen