Malaysia legislation
Section 8
of *AKTA PENCEN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1980
Seksyen 8
(1A)
Pertubuhan yang seseorang pekerja berpencen dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan di bawah subseksyen 13(2) hendaklah membuat caruman bulanan kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 mengikut kadar sebanyak tujuh belas setengah peratus daripada gaji bulanan pekerja itu berkenaan dengan setiap orang pekerja berpencen semasa dia menikmati terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti di dalam Skim Baru.
(2)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), semua caruman bulanan oleh seseorang majikan sehingga 31 Disember 1980
hendaklah dibayar masuk ke dalam Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1977 dan setelah tergulungnya Kumpulan Wang itu, semua caruman dan pendapatannya, ditolak apa-apa pembayaran yang dibuat mengenai pencen, ganjaran atau faedah yang diberikan di bawah Akta ini, hendaklah dipindahkan ke Kumpulan Wang
Disatukan.
(3)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), semua caruman yang dibuat oleh seseorang majikan bagi tiap-tiap orang pekerja berpencen mengikut kadar yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta Kumpulan Wang Persaraan Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1977 sehingga 31 Disember 1980 hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat dengan sempurnanya.
(4)
Jika amaun caruman bulanan yang seseorang majikan kena bayarkan bagi semua pekerja berpencen tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu, majikan itu hendaklah membayar bunga atas amaun itu mengikut kadar setengah peratus bagi tiap-tiap satu bulan atau sebahagian daripada sebulan selepas tamatnya tempoh selama mana amaun itu masih tidak berbayar kecuali bahawa bunga hendaklah dipungut hanya bagi tunggakan yang berlaku selepas 1 Januari 1981.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 239
(5)
Menteri boleh, dengan persetujuan Menteri Kewangan, melalui perintah meminda kadar di bawah subseksyen (1) dan (4).
(6)
Menteri Kewangan boleh mengecualikan bunga yang kena dibayar di bawah subseksyen (4) oleh majikan tersebut jika dia berpuas hati bahawa kelewatan itu bukan disebabkan oleh suatu perbuatan sengaja atau adalah disebabkan oleh suatu perbuatan yang di luar pengawalan majikan tersebut.
Pemberian pencen, dsb.