Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(2)
Apa-apa perbuatan yang dilakukan atau apa-apa tindakan yang diambil sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini oleh seseorang pegawai Biro Siasatan Negara hendaklah disifatkan sebagai telah dilakukan atau diambil oleh seseorang pegawai Badan Pencegah Rasuah dan bolehlah diteruskan dengan sewajarnya oleh seseorang pegawai Badan Pencegah Rasuah.
(3)
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen 6 Akta Biro Siasatan Negara 1973 dan yang berkuatkuasa sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah, sebaik sahaja Akta ini berjalan kuatkuasa, terus berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya dan boleh dimansuhkan atau dipinda mengikut Akta ini.
(4)
Maka adalah dengan ini ditetapkan bahawa orang yang memegang jawatan Ketua Pengarah Biro Siasatan Negara dan semua pegawai lain yang memegang jawatan dalam Biro tersebut sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah, masing-masingnya, sebaik sahaja Akta ini berjalan kuatkuasa, menjadi Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai Badan.