/akn/my/act/act/1982/271

AKTA BADAN PENCEGAH RASUAH 1982

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
Repealed
Enacted
1982
Sections
11
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA BADAN PENCEGAH RASUAH 1982 is Malaysia Act, cited as Act 271 1982, currently marked repealed and first recorded in 1982.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi menubuhkan Badan Pencegah Rasuah, bagi memberi kuasa-kuasa kepada pegawai-pegawai Badan itu dan bagi membuat peruntukan-peruntukan yang berkenaan dengannya. MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

Open as pageSuggest a correction

"Badan" ertinya Badan Pencegah Rasuah yang ditubuhkan oleh Akta ini;

"pegawai Badan" ertinya Ketua Pengarah Badan yang dilantik di bawah seksyen 3 (2) dan mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 4;

"undang-undang yang ditetapkan" ertinya manamana undang-undang bertulis yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta yang mengenainya peruntukan-peruntukan Akta ini hendaklah dipakai.

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua pegawai Bacan adalah anggota perkhidmatan awam am Persekutuan.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud-maksud Akta ini, Akta Pencegah Rasuah 1961 dan mana-mana undang-undang yang ditetapkan, seseorang pegawai Badan hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai polis dan hendaklah mempunyai segala kuasa dan imuniti pegawai tersebut yang dilantik di bawah Akta Polis 1967, dan Kanun Prosedur Jenayah dan mana-mana undang-undang bertulis lain hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

Suggest a correction

(2)

Ketua Pengarah Badan hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam suratcara perlantikannya.

Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction
(1)

Bagi maksud-maksud Akta ini, Akta Pencegah Rasuah 1961 dan mana-mana undang-undang yang ditetapkan, maka adalah dengan ini ditubuhkan Badan Pencegah Rasuah.

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(3)

Tertakluk kepada seksyen 6, seseorang pegawai Badan hendaklah mempunyai segala kuasa seseorang pegawai kastam di bawah mana-mana undang-undang yang ditetapkan seolah-olah ianya adalah seorang pegawai yang dilantik di bawah Akta Kastam 1967, dan Kanun Prosedur Jenayah hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau dalam sesuatu perintah yang kemudiannya, Menteri boleh menyatakan bahawa seseorang pegawai Badan dari sesuatu kelas atau gred hendaklah dikira bagi maksud undang-undang itu sebagai setaraf dengan seseorang pegawai dari sesuatu kelas atau gred di bawah undang-undang yang ditetapkan itu.

Suggest a correction

Seksyen 7

BADAN PENCEGAH RASUAH

Open as pageSuggest a correction

(2)

Maka tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi seseorang enggan mematuhi apa-apa permintaan, kehendak atau perintah yang dibuat oleh seseorang pegawai Badan yang bertindak atau berupa sebagai bertindak di bawah mana-mana undang-undang seperti tersebut di atas jika pegawai itu enggan menyatakan jawatannya dan enggan mengemukakan kad kuasanya apabila diminta oleh orang itu.

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah Badan boleh mengeluarkan perintah-perintah tadbir yang dipanggil "Perintah-Perintah Tetap" yang tidak bertentangan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini bagi maksud pengawasan am, latihan, tugas dan kewajipan pegawai-pegawai Badan dan bagi apa-apa perkara lain yang perlu atau bermanfaat untuk kebaikan pentadbiran Badan atau untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa atau kecuaian menjalankan tugas dan pada amnya untuk mempastikan penjalanan fungsi Badan dengan cekap dan berkesan.

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap pegawai Badan hendaklah, bagi maksudmaksud Akta ini, disifatkan sentiasa dalam tugas apabila dikehendaki bertindak sedemikian dan hendaklah menjalankan tugas dan kuasa yang diberi kepadanya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain di mana-mana tempat dalam Persekutuan di mana ia mungkin menjalankan tugas itu.

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa perbuatan yang dilakukan atau apa-apa tindakan yang diambil sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini oleh seseorang pegawai Biro Siasatan Negara hendaklah disifatkan sebagai telah dilakukan atau diambil oleh seseorang pegawai Badan Pencegah Rasuah dan bolehlah diteruskan dengan sewajarnya oleh seseorang pegawai Badan Pencegah Rasuah.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen 6 Akta Biro Siasatan Negara 1973 dan yang berkuatkuasa sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah, sebaik sahaja Akta ini berjalan kuatkuasa, terus berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya dan boleh dimansuhkan atau dipinda mengikut Akta ini.

Suggest a correction

(4)

Maka adalah dengan ini ditetapkan bahawa orang yang memegang jawatan Ketua Pengarah Biro Siasatan Negara dan semua pegawai lain yang memegang jawatan dalam Biro tersebut sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah, masing-masingnya, sebaik sahaja Akta ini berjalan kuatkuasa, menjadi Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai Badan.

Suggest a correction

Common questions

What is ANTI-CORRUPTION AGENCY ACT 1982?
AKTA BADAN PENCEGAH RASUAH 1982 is Malaysia Act, cited as Act 271 1982, currently marked repealed and first recorded in 1982.
Is ANTI-CORRUPTION AGENCY ACT 1982 still in force?
No — ANTI-CORRUPTION AGENCY ACT 1982 has been repealed.
When did ANTI-CORRUPTION AGENCY ACT 1982 take effect?
ANTI-CORRUPTION AGENCY ACT 1982 was first recorded in 1982.
How many sections does ANTI-CORRUPTION AGENCY ACT 1982 have?
ANTI-CORRUPTION AGENCY ACT 1982 contains 11 sections.
Where can I read the official version of ANTI-CORRUPTION AGENCY ACT 1982?
The official text of ANTI-CORRUPTION AGENCY ACT 1982 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA BADAN PENCEGAH RASUAH 1982 (No. 271) | mylaw.my