Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-
"Badan" ertinya Badan Pencegah Rasuah yang ditubuhkan oleh Akta ini;
"pegawai Badan" ertinya Ketua Pengarah Badan yang dilantik di bawah seksyen 3 (2) dan mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 4;
"undang-undang yang ditetapkan" ertinya manamana undang-undang bertulis yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta yang mengenainya peruntukan-peruntukan Akta ini hendaklah dipakai.