Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Ketua Pengarah Badan boleh mengeluarkan perintah-perintah tadbir yang dipanggil "Perintah-Perintah Tetap" yang tidak bertentangan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini bagi maksud pengawasan am, latihan, tugas dan kewajipan pegawai-pegawai Badan dan bagi apa-apa perkara lain yang perlu atau bermanfaat untuk kebaikan pentadbiran Badan atau untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa atau kecuaian menjalankan tugas dan pada amnya untuk mempastikan penjalanan fungsi Badan dengan cekap dan berkesan.