Malaysia legislation

Section 29

of AKTA KEWANGAN 1983

Seksyen 29

Jadual 2 kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, yang disebut "Akta ibu" dalam Bab ini, adalah dipinda dengan memasukkan selepas sahaja subperenggan (4) perenggan 17, subperenggan baru (5) yang berikut:

"(5) Walau apa pun peruntukan-peruntukan perenggan-perenggan lain dalam Akta ini dan bagi maksud-maksud perenggan ini, jika sesuatu aset dipindahmilik bagi maksud-maksud penyusunan semula bagi mematuhi dasar Kerajaan mengenai penyertaan modal dalam perindustrian yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah, tarikh perolehan oleh syarikat penerima pindahmilik adalah disifatkan sebagai tarikh bila syarikat pemindahmilik mula-mula memperolehi aset itu.".