Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
Jadual 4 kepada Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas sahaja perenggan 3, perenggan baru 4 yang berikut:
"4. Suatu keuntungan sama banyak dengan amaun duti harta pusaka yang kena dibayar di bawah mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan duti harta pusaka yang terpakai dalam Malaysia atas harta pusaka orang yang telah mati yang terakru mengenai pelupusan suatu aset yang boleh dikenakan cukai dari harta pusaka itu jika Ketua Pengarah adalah berpuas hati bahawa pelupus terpaksa melupuskan harta itu untuk membayar duti harta pusaka.".